Pada artikel lepas, aku ada ulas isu Covid-19 dari sudut Akidah, Syariat & Hakikat. Dalam IG story aku pulak, aku ada cerita tentang selain Syariat dan Hakikat, sesuatu perkara itu boleh juga dipandang dari sudut Hikmah. Jadi, apa hikmah Covid-19 ni berlaku?

Sebenarnya, sangat banyak Hikmah yang kita dapat insafi waktu Covid-19 ni. Tapi untuk artikel kali ni, aku nak share hanya satu Hikmah sahaja. Hikmahnya adalah : “Adakah ilmu yang kita pelajari selama ini memberi manfaat kepada kita?”. Ilmu yang nak diperincikan di sini adalah “Teori Konspirasi”. Adakah benda ni bermanfaat pada kita?

Pertama sekali, harus jelas bahawa aku tak tolak Teori Konspirasi itu 100%. Freemason tu wujud, Illuminati tu wujud. Tapi tak semua dakwaan dari Teori Konspirasi itu boleh kita terima. Bahkan yang lebih terutama, bukan kesemua Teori Konspirasi itu layak dipanggil Ilmu Fitan. Ilmu Fitan dan Teori Konspirasi itu adalah dua perkara yang sangat berbeza walaupun nampak macam hampir sama. Ilmu Fitan tu ada disiplinnya yang tersendiri dalam pengajian Islami.

Golongan pentaksub Teori Konspirasi di awal kedatangan Covid-19 haritu mengeluarkan pelbagai dakwaan yang disaluti dengan dalil-dalil agama. Kononnya, virus ini ciptaan Yahudi, wabak ini agenda Freemason, menutup masjid adalah untuk melepaskan tambatan Dajjal dan pelbagai lagi dakwaan. Kesan dari doktrin ini, ramai yang melanggar perintah ulil amri untuk patuhi peraturan lockdown pada awal fasa PKP lalu.

Bahkan, kesan dari paranoid terhadap Teori Konspirasi ini juga mengakibatkan masyarakat memandang serong terhadap usaha KKM. Segala Ubat, vaksin, WHO ni agenda Yahudi belaka. Maka muncul lah pula penunggang agama yang menjual “ubat Islamik” seperti sanitizer ruqyah dan sebagainya sebab nak lawan “ubat Yahudi”.

Makin galak video-video pendek Teori Konspirasi yang bertopengkan “Ilmu Fitan” dan dalil-dalil yang disalah tafsir di sebarkan di Facebook, Whatsapp dan Youube. Antara video yang paling laris di media adalah video dari seberang iaitu oleh penceramah bernama Zulkifli Ali dan Rahmat Baequni.

Nak dengar tu boleh, aku takda hak nak larang hampa dengar. Tapi suka untuk aku nasihatkan, agar berhati-hati dan kena pandai tapis lah apa yang mereka berdua ni sampaikan. Kerana isi ceramah mereka ini banyak kekeliruan dari pelbagai aspek sama ada Akidah, Hadis, Tafsir dan sebagainya.

Banyak perkara Zhanni, mereka hurai seolah-olah Qatie. Mereka juga banyak guna maklumat palsu yang disandarkan kepada pihak tertentu seperti “kajian NASA” dan sebagainya. Mereka mendakwa tentera Imam Mahdi datangnya dari Indonesia bahkan suka meramal tarikh-tarikh kiamat seolah-olah mereka adalah panitia Malaikat Israfil sang peniup sangkakala. Sering dengar dakwaan-dakwaan mereka seperti ;

“Saking dekatnya hari kiamat itu bapak ibuk sekalian, demi Auloh kiamat akan berlaku pada tahun sekian sekian”

Bahkan baru-baru ini masyarakat menjadi tidak keruan apabila video-video ramalan kiamat dua orang penceramah ini tersebar berkenaan akan berlakunya Dukhan pada 15 Ramadhan tahun ini dan Dajjal akan keluar tidak lama setelah itu. Ternyata, 15 Ramadhan yang lalu, tiada pun Dukhan yang melanda.

Kalau ada yang berkata, “Ustaz Teori Konspirasi ni bercakap berdasarkan dalil Hadis Sahih”. Maka kita jawab, “Kesemua ajaran sesat juga mempunyai dalil dari Hadis Sahih bahkan dari Quran sendiri yang lebih Mutawatir. Tetapi kenapa jadi sesat? Kerana huraiannya salah walaupun Hadisnya Sahih”.

Pendek kata, terkadang memang sesuatu dakwaan itu ada bersandar kepada HADIS SAHIH, tetapi dengan HURAIAN SAFIH (huraian dangkal/salah). Nak bagi mudah faham, ni salah satu contohnya.

Memang ada Hadis bahkan ayat al-Quran yang menceritakan tentang Dukhan. Ianya sahih dan bukan palsu. Tetapi dihurai secara salah oleh dua orang penceramah tersebut. Maka di sini bukanlah Hadis atau ayat al-Quran itu yang palsu, tetapi huraian penceramah itulah yang palsu.

Contoh lain, memang ada hadis yang menceritakan tentang “Pasukan Panji Hitam Dari Timur”. Tapi jika hadis ini difahami dengan huraian yang salah, maka masyarakat tetap juga tersesat menyertai gerakan pengganas Daesh 1S1S, al-Q4eda, B0k0 Haram, Ta1iban dan sebagainya yang kesemua mereka memakai Bendera Hitam. Mereka masing-masing mendakwa kumpulan merekalah yang dimaksudkan sebagai “Pasukan Panji Hitam Dari Timur” dalam sabdaan nabi.

Bukankah bahaya jika Hadis disalah hurai sehingga jadi begini? Oleh itu, perlulah kita selidik apa yang dikhabarkan oleh penceramah terutamanya berkaitan Teori Konspirasi yang bertopengkan ilmu Fitan. Sedangkan ilmu Fitan ini ada disiplinnya yang tersendiri seperti yang disusun oleh Habib Abu Bakr Adni al-Masyhur dalam Fiqh Tahawulat.

Kesimpulannya, jangan kita cepat keliru dengan semua orang yang kononnya berdalilkan hadis, tetapi hakikatnya huraian mereka adalah salah.

Ini adalah sikap orang Khawarij sepertimana pesan Saiyidina Ali “Kalimatul Haq, wa yuridul batil” (Perkataan yang benar, tapi kehendak yang salah).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

Comments are closed.