Sebutannya ialah panung atau pha nung, iaitu pakaian tradisi Thailand yang boleh dipakai oleh kedua-dua lelaki dan wanita. Menariknya, panung ini pernah digambarkan oleh naib konsul AS pada 1921 sebagai kain kapas sepanjang 3 hingga 10 kaki.

Pakaian kebangsaan orang Siam ini adalah sehelai kain lebar kira-kira satu ela dan panjang tiga ela. Ia biasanya dililit di pinggang dan anggota badan, turun ke lutut, dan melepasi antara peha, serta kedua-dua hujungnya diselit di pinggang, satu di hadapan, satu lagi di belakang.

Kain panjang itu kadang-kadang turut melalui di antara kaki dan diselit di belakang dengan cara yang dikenali sebagai chong kraben. Pakaian begini biasanya dipasangkan dengan sabai atau pha hom, kain serupa yang digunakan untuk menutup bahagian atas badan.

Ia dianggap tersendiri kerana kain panjang tidak berjahit ini boleh dijadikan pakaian yang anggun, malah boleh juga digayakan oleh lelaki. Bahan untuk kain panung ini adalah berbeza-beza, daripada kapas sehinggalah sutera mengikut status serta kegunaan seseorang individu.

Panung yang dipakai oleh golongan kaya selalunya diperbuat daripada kain sutera yang cantik, halus, dan meskipun nampak sederhana, ia menunjukkan status kekayaan mereka. Warnanya pula pelbagai, daripada oren, hijau, merah, biru dan ungu, dan ia dipakai dengan warna berbeza setiap hari dalalm seminggu.

Bagi golongan bawahan pula, panung mereka biasanya daripada kain biasa atau kain kapas. Rakyat biasa yang miskin berkaki ayam, berbanding golongan kaya yang memakai stoking sutera untuk dipadankan bersama pemakaian panung.

Bagi wanita, ada tambahan selendang pada bahagian atas badan mereka, dan ini biasanya dipakai oleh wanita yang telah berkahwin.

Wanita kelas atasan, boleh dikatakan semuanya memakai panung, dengan jaket bersulam kain muslin, sutera atau satin yang dipangkas dengan renda mahal, dan butang serta kerongsang berhiaskan permata.

Hari ini, panung tradisi sudah semakin bercampur dengan gaya pakaian moden Thailand, dan jenis kainnya juga lebih pelbagai berbanding zaman dahulu. Namun, masih ramai lagi rakyatnya yang menggayakan panung ini, terutamanya ketika perayaan.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Anak Terengganu yang bercita-cita untuk menjadi food historian, dan memasang impian untuk mengeluarkan buku mengenai kesemua makanan warisan di Malaysia. Memiliki PhD dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan. Sukakan muzik, drama dan filem, tetapi nyata rasanya lebih kepada penulisan. Seorang ghostwriter, penyunting dan penterjemah sambilan. Bidang penulisan yang diminati; pemakanan, sains makanan, gastronomi, sejarah dan eksplorasi karya (drama dan filem).

Comments are closed.