Dunia kewangan bertambah rumit apabila tangan-tangan penguasa berjaya merojakkan harta negara sampai dapat mengambil sedikit untuk diri sendiri, anak isteri, sepupu sepapat, sahabat karib, kawan rapat, sekutu politik – panjang senarainya.

Penat jadi orang politik sebenarnya, sebab kena ambil sikit sikit sampai tinggal tulang melalui tindakan cilik dan cerdik. Mula-mula pelaku akan menubuhkan perbadanan wujud hanya atas kertas yang digelar shell company.

Tiada pejabat. Tiada pekerja. Tetapi ada syarikat. Selain shell company, pelaku juga akan membuka akaun bank luar negara (offshore bank) yang dipantau perbankan antarabangsa.

Gambaran offshore bank.

Dua perkara – shell company dan offshore bank – memang selalu menjadi lubuk simpan duit lari cukai. Dulu ada pihak tertentu mendedahkan 11.5 juta dokumen rahsia.

Maklumat 2.6 terabyte ini dipanggil Panama Papers yang bercerita habis pasal 214,488 shell companies yang digunakan untuk lari cukai dan elak sekatan ekonomi negara. Itu cerita dulu. Cerita hari ini adalah Pandora Papers. Benda sama. Tetapi update. Macam iPhone (jangan sentap).

Pandora Papers adalah hasil kerja 280 anggota wartawan penyiasat yang bercerita tentang duit disimpan dalam akaun offshore bank.

Jumlah wang dijangka mencecah AS$5.6 trilion… boleh jadi AS$32 trilion pun (Walt, 2021). Mana tidaknya – 11.9 juta dokumen tentang 35 pemimpin dunia dan 100 bilionaire. Sekurang-kurangnya. Malah nama Pep Guardiola dan Shakira turut naik dalam senarai Pandora Papers.

Setakat ini empat pemimpin Malaysia tersenarai dalam Pandora Papers. Tiga memang terlibat dalam Kementerian Kewangan, bermula dengan Daim Zainuddin (Razak & Heong, 2021). Nama Tengku Zafrul Aziz dan Yamani Hafez Musa turut naik dalam senarai Pandora Papers.

Daim Zainuddin

Penjelasan daripada pihak kementerian adalah, Tengku Zafrul sudah tidak terlibat dengan offshore company yang dipetik Pandora Papers (FMT, 2021). Malah Ahmad Zahid Hamidi juga perlu memberi penjelasan kerana aktiviti perniagaan yang didedahkan (Chung, 2021).

Tiga nama ini mempunyai peranan dalam kerajaan hari ini. Jadi Anwar Ibrahim menyatakan usul supaya kandungan Pandora Papers didebat dalam Parlimen.

Usul ini ditolak Speaker Azhar Azizan Harun (Aziz, 2021). Walaupun ditolak Dewan Rakyat, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rαsμαh Malaysia meminta Anwar bantu siasatan (Bernama, 2021).

Bercakap pasal Anwar, patut juga beritahu yang Ahli Parlimen Selayang William Leong (PKR) dipetik Pandora Papers kerana terlibat dengan syarikat Collister Holdings Ltd. dan National Steel Mill.

Pandora Papers walau bagaimanapun mustahil boleh memulakan pertuduhan rasmi. Banyak negara yang dituduh sudah sedia ada bergelut dengan masalah lari cukai dan penggelapan wang. Najib Mikati yang baru naik sebagai pemimpin Lubnan pun sudah ada dalam senarai.

Najib Mikati.

Volodymyr Zelensky naik menewaskan Petro Poroshenko dalam Pilihan Raya Presiden Ukraine. Slogan politik beliau berbaur rencah rasa anti-rαsμαh. Dan seperti yang boleh dibayangkan, Zelensky dituduh lari cukai (Al Jazeera, 2021).

Volodymyr Zelensky.

Najib dan Zelensky membuktikan yang sebersih seorang pemimpin kalau masuk dalam paya politik tetap berlumpur juga. Dan bercakap pasal lumpur, itulah kiasan yang wajar diberikan terhadap Amerika Syarikat.

Pandora Papers membuktikan bahawa negara ini mempunyai satu sistem percukaian yang bercabang dua: 1) untuk rakyat marhaen dan 2) untuk golongan kaya-raya.

Joe Biden mungkin boleh menunggang arus Pandora Papers untuk melaksanakan agenda anti- rαsμαh Parti Democratic. Pertama sekali, nama beliau tidak naik. Dan kedua dan paling utama, Florida, South Dakota dan Texas adalah antara negeri yang didakwa melindungi wang berbilion-bilion.

Ini menjadikan Amerika Syarikat lubuk wang elak cukai yang sangat besar. South Dakota saja dipercayai menyimpan AS$367 bilion (Pegg & Rushe, 2021), jumlah terlalu besar yang wajar disiasat secara adil dan rapi.

RUJUKAN:

Al Jazeera. (2021, Oktober 4). Pandora Papers: Ukraine leader seeks to justify offshore accounts.

Aziz, A. (2021, Oktober 6). Anwar Ibrahim’s Pandora Papers debate proposal rejected in parliament. The Edge Markets.

Bernama. (2021, Oktober 17). Anwar Ibrahim asked by MACC to assist in Pandora Papers probe. The Edge Markets.

Chung, N. (2021, Oktober 4). Firm could not bring profits out, says Zahid on Pandora Papers’ leak. FMT.

FMT. (2021, Oktober 4). Zafrul no longer director of firm named in Pandora Papers’ leak, says aide.

Pegg, D., & Rushe, D. (2021, Oktober 4). Pandora papers reveal South Dakota’s role as $367bn tax haven. The Guardian.

Razak, A., & Heong, A. (2021, Oktober 4). How Daim, M’sia’s uber-rich use S’pore to store money offshore. Malaysia Kini.

Walt, V. (2021, Oktober 4). Pandora Papers show tax crackdowns are no match for the superrich. Fortune.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply