Apabila menginjak tarikh 29 Mei, peminat filem Melayu pasti akan terkenang dengan pemergian P.Ramlee. Apabila berbicara soal muzik dan P.Ramlee kita tidak akan dapat lari dari menceritakan mengenai Pancha Sitara. Menjelang 1960an, kugiran The Platters yang berasal dari Amerika Syarikat menjadi fenomena bukan sahaja di negara Uncle Sam itu, malah di seluruh dunia. Anak-anak muda di Singapura dan malaysia telah menggilai The Platters sehingga mengalami pengaruh kumpulan ataupun penyanyi-penyanyi lain. .
Ramlee sangat bimbang dengan pengaruh The Platters yang semakin meluas kerana P.Ramlee berpendapat kumpulan seperti itu boleh menghanyutkan anak-anak muda ke dalam pengaruh barat yang tidak sihat. P.Ramlee mengakui bahawa menahan pengaruh The Platters memang agak mustahil tetapi sekurang-kurangnya membendungnya sedikit dapatlah dilakukan.
Oleh sebab itu, hasil idea Datuk Zain Hamzah dan P.Ramlee sendiri, maka terbentuklah kumpulan Pancha Sitara. Kumpulan Panca Sitara yang mempunyai stail nyanyian The Platters telah menjadi popular dalam sekelip mata, anak-anak muda telah mengalih pemujaan mereka terhadap kumpulan Panca Sitara pula. Anggota Pancha Sitara mempunyai lima orang dan sering berubah.
Anggota Pancha Sitara yang asal ialah P.Ramlee, Kassim Masdor, Ahmad C, Aziz Jaafar dan Normadiah, sementara Panca Sitara kedua pula tiga daripada anggota Panca Sitara pertama adalah orang yang sama kecuali tempat Aziz Jaafar dan Normadiah yang telah di ganti pula oleh Saloma dan Ahmad Daud.
Penglibatan P.Ramlee dengan rancangan Panca Sitara adalah serius sekali pada masa itu. Sebanyak mungkin masa lapang beliau ditumpukan kepada mencipta lagu, mengubah lagu dan melatih para penyanyi dalam kumpulan itu. P.Ramlee hanya berpisah dengan kumpulan Panca Sitara ketika tumpuannya diberikan kepada penggambaraan filem saja. Selain dari itu P.Ramlee akan menghabiskan masa beliau dengan kumpulan Panca Sitara dengan berlatih menyanyi.
Hasil idea HM Rohaizad, seorang penggubah lagu dan pembantu pengarah, Pancha Sitara juga turut diberi peluang pertama untuk muncul di dalam filem. Filem pertama yang melibatkan mereka ialah filem Labu Labi. Terdapat juga sebuah filem khas yang ingin menampilkan anggota Pancha Sitara sebagai bintang utama, namun filem ini gagal direalisasikan berikutan pemergian mengejut HM Rohaizad yang bertindak sebagai penulis cerita dan skrip bagi filem ini.
Setelah ketiadaan P.Ramlee dan menjelang 80an, Pancha Sitara digantikan dengan muka-muka baharu seperti Ahmad Fauzee, Dian P Ramlee, Anuar Rizman, Zainal Merican dan Nias Ahmad. Selepas itu, Pancha Sitara juga turut menampilkan semula artis veteran termasuk anggota Pancha Sitara asal iaitu Nasir P.Ramlee, Aziz Satar, Normadiah, Aziz Jaafar, dan Ahmad Daud.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih