Pada Mei 1851, kota London telah membina sebuah pusat pameran perniagaan dan perdagangan di Hyde Park. Sesaknya kota London pada ketika itu bukan sahaja disebabkan kerana ramainya manusia yang tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi pameran tersebut, malah ada juga yang melawat ke sana semata-mata untuk menyaksikan keindahan dan keunikan seni bina bangunan tersebut.

Antara daya tarikan utama seni bina bangunan tersebut ialah bangunan ini dihiasi dengan 300 000 kepingan kaca yang besarnya saiz kaca ini yang belum pernah direka dan dibuat pada ketika itu. Dalam hanya 9 bulan sahaja, bangunan yang megah ini siap sepenuhnya dan menjadi antara mercu tanda utama bagi kota London suatu ketika dahulu.

Buah Fikiran Di Perantauan

Pameran yang dianjurkan ini merupakan hasil buah fikiran bersama suami Queen Victoria, Prince Albert dan Henry Cole, seorang pereka cipta dan ahli kepada Royal Society of Arts. Pameran ini secara asasnya dilaksanakan bagi tujuan pameran, persaingan dan galakan terhadap warga British dalam membuka mata mereka terhadap kemajuan. Tambahan, Prince Albert mempunyai minat yang mendalam dalam bidang industri dan pembuatan, sekaligus menjadi antara individu penting yang mendorong dan memimpin British ke arah modenisasi.

Sebenarnya, aktiviti pameran ini bukanlah suatu fenomena yang janggal pada era tersebut. Perancis telah mendahului kerajaan British dalam penganjuran pameran kemodenan ini. Cole sendiri pernah menghadiri ke majlis Pengenalan Industri Perancis pada tahun 1844. Hasilnya, Cole telah mempersembahkan konsep idea yang sama kepada Prince Albert. Senada dengan Cole, baginda telah bersetuju dan telah menjemput negara-negara lain untuk turut sama terlibat dalam pameran tersebut, di samping mempamerkan kemegahan dan pencapaian negara masing-masing.

Istana Kaca Dibina

Sebanyak 248 pelan binaan telah diserahkan untuk dibuat penilaian. Para artikek dari Perancis juga antara individu yang menyumbang idea dalam pelan binaan tersebut. Namun begitu, pada Mei 1850, para ahli Jawatankuasa Binaan sebulat suara untuk menghasilkan pelan mereka sendiri. Walaubagaimanapun, pelan yang telah mereka hasilkan itu, menerima maklum balas yang negatif.

Jawatankuasa Binaan telah mencadangkan agar sebuah bangunan batu bata bewarna merah dibina. Tempoh masa binaan bangunan ini mengambil masa hampir 15 bulan untuk disiapkan dan memerlukan hampir 15 juta batu –bata untuk mendirikan bangunan tersebut. Walaubagaimanapun, pameran tersebut telah ditetapkan pelaksanaannya pada 1 Mei 1851. Maka, dengan batas waktu yang dihadapi, pelan binaan para ahli Jawatankuasa Binaan wajar ditolak.

Dalam keserabutan dan perbalahan sesama mereka memilih pelan binaan, muncullah seorang petani bernama Joseph Paxton untuk memberi solusi. Petani yang bukan calang-calang ini, merupakan “arkitek” penting yang telah membina sebuah rumah hijau ternama di Derbyshire.

London Illustrated News telah menerbitkan pelan bangunan Paxton sebagai tanda sokongan terhadap beliau. Hebohlah rekaan ini sesama warga British. Sebelum ahli Jawatankuasa Binaan, Cole dan Prince Albert membuat keputusan, majoriti warga British telah bersepakat dan bersetuju dengan idea yang diketengahkan Paxton yang mampu menyiapkan bangunan tersebut di bawah tempoh 10 bulan dan pelbagai faktor yang lainnya.

Pada Ogos 1850, kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dengan penglibatan hampir 2000 tenaga kerja lelaki dewasa. Sebanyak 1000 tiang besi telah ditegakkan untuk menyokong struktur bangunan ribuan kaca tersebut.Bangunan ini berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan. Bangunan yang memiliki panjang 562 meter, 124 meter lebar dan 30 meter tinggi ini dinamakan sebagai Crystal Palace.

Keharmonian Dalam Menuju Modenisasi

Pada 1 Mei 1851, hari yang dinantikan ramaipun tiba. Pameran Terulung ini telah menjual awal tiketnya dan didapati sebanyak 20 000 tiket telah terjual. Ramailah pengunjung yang kagum dan riang semasa pameran itu berlangsung. Bunyi trompet dan meriam saling bersahutan semasa hadirnya Queen Victoria sekeluarga di Hyde Park. Sekumpulan 1000 orang ahli koir juga, telah menyanyikan lagu kebangsaan negara mereka dengan penih kebanggaan. Kemuncak acara menyaksikan, perasmian Crystal Palace oleh Queen Victoria dengan penuh gilang-gemilang.

Sebagai negara penganjur, Britain memiliki hampir separuh dari keseluruhan ruang pameran. Selebihnya, diberikan ruang kepada 48 buah negara lain yang  turut serta dalam pameran tersebut. Sebanyak 100 000 barangan telah dipamerkan dalam Crystal Palace.

Semasa pameran, Switzerland telah mempamerkan pelbagai koleksi jam tangan emas. Denmark pula telah mempertontonkan sebatang tiang besi yang telah digunakan dalam pembuatan piano-pertama sekali dibina di Eropah. Selain itu, Amerika Syarikat pula telah menghantar sebuah tugu helang gergasi sambil memegang bendera Amerika Syarikat dan juga turut membawa telegraf yang baru mereka cipta ke pameran tersebut.

Bagi pihak British pula, antara barangan yang dipamerkan ialah susu pekat. Perkara ini telah disepakat untuk menyerlahkan sisi moden dan kebijaksanaan pereka cipta British. Warga tua mereka tidak perlu risau lagi akan tahap kesegaran susu lembu yang dimiliki dan susu pekat ini juga mampu bertahan untuk berbulan lamanya.

Secara keseluruhannya, penganjuran pameran ini merupakan sebuah kejayaan yang amat membanggakan dan tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat juga kritikan yang dilontarkan terhadap penganjuran ini. Harga tiket yang berbeza juga antara penyumbang terbesar kejayaan pameran ini. Bagi pengunjung yang kurang berkemampuan, bolehlah melawat ke pameran ini pada hari Isnin hingga Khamis kerana harga bagi satu tiket hanyalah 1s sahaja berbanding 1 Euro pada hari lainnya. Crystal Palace dan Pameran Terulung 1851, sememangnya antara gandingan memori paling indah dalam lipatan sejarah British.

RUJUKAN:

The 1851 Great Exhibition: Inside the Victorian spectacle. (2020, September 01). Retrieved September 24, 2020, from https://www.historyextra.com/period/victorian/great-exhibition-1851-victoria-albert-what-crystal-palace/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.