Jarang sekali orang fikir tentang Milevsko yang didiami 8,300 penduduk. Ia merupakan sebua kota kecil dalam wilayah Bohemia Selatan, terletak dalam Czechia.

Tidak ramai sebenarnya tahu bahawa Milevsko mempunyai sejarah yang dalam. Sejak zaman prasejarah lagi, manusia sudah menetap di Milevsko hinggalah kedatangan etnik Slavik pada abad kelapan.

Ajaran Kristian semakin mekar, kerana Milevsko 400 tahun kemudian menjadi titik pertemuan antara dua laluan perdagangan.

Kedudukan Milevsko di Czechia.

Milevsko tidak memainkan peranan besar dalam pertembungan zaman feudalisme Eropah.

Seruan Clermont walau bagaimanapun mengubahkan segalanya, apabila Eropah mengetepikan sekularisme demi agama.

Berpuluh-puluh ribu orang meninggalkan tempat tinggal mereka, untuk menyertai Adhemar dari Le Puy, Bohemond dari Taranto, Godfrey dari Bouillon dan ramai pembesar lain yang mahu mengambil Jerusalem daripada tangan Fatimiyyah.

Per.an.g Salib Pertama memulakan satu arus baharu, yang disambung berkali-kali.

Pada tahun 1187, ketika P.er.ang Salib Ketiga, sebuah gereja dibina di Milevsko yang sangat selari dengan ajaran kepausan (papacy).

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh dapatkan di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Kehidupan di Milevsko berjalan seperti biasa, ketika Richard I dari England, Philip II dari Perancis dan Frederick I Barbarossa cuba menjatuhkan Salah ad-Din dan Kilij Arslan II. Pasar dibuka waktu pagi dan ditutup ketika malam.

Orang ramai pergi ke gereja pada hari Ahad, disambut para paderi yang berkhidmat di situ.

Mereka menyimpan sebuah kotak berlapis emas 21 karat yang mengandungi ukiran “IR”.

Bagi yang tidak tahu, “IR” ialah dua huruf bermaksud “Ieosus Rex” (Isa ialah Raja).

Kotak ini ditemui para arkeologi yang menggali baru-baru ini. Di dalam kotak tersebut, mereka terjumpa sebuah paku usang.

Penemuan ini mengubahkan segala-galanya, kerana kotak ini disimpan dalam sebuah ruangan rahsia dibawah tanah sebuah gereja.

Golongan pakar arkeologi tertanya-tanya: kenapa perlu simpan sebuah paku enam inci dalam kotak bertatah emas di bawah tanah?

Melihat sejarah Milevsko, mereka nampak sesuatu yang tidak kena.

Pada tahun 1420, kota ini ditimpa bala Hussite yang membawa ajaran proto-Protestanisme.

Mereka ini menentang ajaran Katolik, sekali gus membangkitkan satu teori menarik: paku ini sangat-sangat penting! Paderi Katolik tidak mahu paku tersebut jatuh ke tangan Hussite.

Cuma persoalannya… kenapa?

Ieosus Rex dan Paku

Penemuan paku usang yang begitu besar dalam kotak tertulis Ieosus Rex amat merangsangkan minat pengkaji.

Sesiapa yang terlibat dalam bidang arkeologi sekalipun seorang ateis tentu sekali ingin menyelesaikan persoalan paling besar dalam sejarah: apa jadi pada sa.lib yang digunakan Rom 2,000 tahun dahulu?

Agama Kristian berpegang dengan teguh bahawa Nabi Isa (as) disa.libkan hingga ma.ti dan kemudian hidup semula selepas hari ketiga.

40 hari kemudian, baginda berangkat ke langit. Islam mengajar versi sedikit berlainan, iaitu baginda (as) diselamatkan daripada pengsa.liban (jadi baginda tidak ma.ti). Dalam kedua-dua versi, pengsa.liban tetap berlaku. Cuma dua agama ini berbeza pandangan tentang siapa yang disa.libkan.

Dalam hal ini, Kristian memandang yang sa.lib digunakan pada hari itu sangatlah suci. Dan paku ditemui di Milevsko ada kaitan dengan sa.lib tersebut (Liberatore, 2020).

Satu-satunya cara untuk mengesahkan teori ini ialah pentarikhan radiokarbon. Mereka menjalankan ujian pada kotak tersebut terlebih dahulu.

Kotak itu dibuat dengan kayu larch berasal daripada zaman antara 1290 hingga 1394. Larch selalunya didapati di negara-negara Timur Tengah seperti Israel.

Sepanjang tempoh ini, Jerusalem berada dalam pegangan Mamluk. Mereka juga menemui sumber oak daripada zaman 260 hingga 416 yang tentu sekali ketika kemasyhuran Rom.

Jadi ini menimbulkan pendapat bahawa kotak tersebut sudah lama digunakan, cuma diperbaiki mengikut masa.

Sekarang ini tunggu masa untuk saintis menjalankan ujian pada paku tersebut, yang perlu dikendalikan dengan teliti.

Jika benar daripada zaman awal Selepas Masihi, ini akan membuka jendela baharu untuk mengenal pasti sisa dar.ah jika ada.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Walau apa pun, buat masa sekarang paku ini sudah mengatasi relik Saint Maurus – iaitu sebuah keranda emas yang menyimpan sisa-sisa jasad Saint Maurus, Saint John the Baptist dan Saint Timothy.

Pihak Katolik tidak berkata apa-apa lagi, kerana setakat ini dunia mereka sudah mengagung-agungkan lebih daripada 30 paku dikatakan suci (Hahn, 2020).

RUJUKAN:

Hahn, C. (2020). Passion Relics and the Medieval Imagination: Art, Architecture and Society. University of California Press. Halaman 66.

Liberatore, S. (2020, Disember 22). ‘Nail from Christ’s (ditapiskan)’ is found inside box inscribed with ‘Jesus is King’ in a hidden chamber of Czech monastery. Daily Mail UK.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.