Baru-baru ini, para ahli arkeologi mengkaji cangkerang siput laut yang dipamerkan dalam muzium sejarah alam di Toulouse, Perancis. Cengkerang ini pada awalnya ditemui dalam gua Marsoulas di selatan Perancis. Apabila diamati betul-batul, ternyata cangkerang itu bukan sembarangan cangkerang. Ia adalah alat muzik orang-orang kuno!

Berdasarkan lengkungan dan bentuk yang hampir menutupi ruangan terbuka cangkerang, ia dipercayai pernah digunakan sebagai cangkir perarakan bagi kaum pemburu Magdalenia yang bermaharajalela di kawasan sekitar Pergunungan Pyrenees (antara Sepanyol dan Perancis) ketika akhir Zaman Ais.

Setelah dikaji secara teliti menggunakan teknologi penggambaran, saintis menemui bahawa cangkerang siput laut ini bukanlah cangkir perarakan. Ia adalah alat muzik yang mampu mengeluarkan bunyi not C, C tajam (C#) dan D. Apabila menggunakan analisis pentarikhan karbon, cangkerang ini wujud sekitar 15,000 SM, bermaksud cangkerang ini digunakan pada Fasa Paleotitik Atas (Upper Palaeolithic).

Bahagian atas cangkerang jika dilihat betul-betul, bucunya dibuang dan dijadikan sebagai lubang meniup yang bersambung dengan dua lubang khas yang ditebuk di bahagian dalam cangkerang. Lubang pertama berfungsi sebagai kawasan kemasukan angin dan lubang kedua berfungsi sebagai kawasan keluarkan bunyi bermuzik.

Manakala bahagian bibir cangkerang (lubang siput keluar dan masukkan kepalanya) diubahsuai untuk dijadikan sebagai pemegang. Tambahan lagi, cap jari berwarna merah pigmen ditemui di bahagian dalam cangkerang menguatkan bukti bahawa cangkerang ini sememangnya telah diubahsuai menjadi alat muzik.

Inilah cangkerang gua Marsoulas yang diubahsuai menjadi alat muzik.

Cangkerang biasanya digunakan sebagai alat muzik, seru, dan mistik atau sembahan bergantung kepada kegunaan pemiliknya. Ia biasa ditemui di kawasan penempatan kuno seluruh dunia. Tulang juga digunakan sebagai wisel atau seruling. Namun, cangkerang dari gua Marsoulas adalah yang pertama diubahsuai dari bentuk asalnya.

Gua Marsoulas juga kaya dengan penemuan arkeologi selain penemuan cangkerang tersebut, salah satunya adalah lukisan dinding gua. Lukisan tersebut dilukis oleh orang Paleolitik Atas yang pernah menetap di selatan Eropah. Dalam lukisan pigmen merah sepanjang 100 meter, mereka melukis pelbagai jenis haiwan termasuklah bison, sejenis spesis lembu yang biasa orang Paleolitik ini buru.

Lukisan lain juga hadir bersama haiwan-haiwan iaitu lembaga bertopeng dan beberapa bentuk geometrik yang begitu abstrak. Pengkaji-pengkaji gua yang telah meneliti lukisan tersebut telah nyatakan teori begitu popular, iaitu teori halusinasi. Mereka percaya lukisan ini dilukis oleh para bomoh yang melalui fasa khayal apabila mengadakan ritual tertentu.

Pengkaji yang memulakan teori halusinasi ini adalah Lewis-Williams iaitu ahli arkeologi dari Afrika Selatan. Menurut hipotesis beliau, bomoh akan berkhayal, mungkin akibat memakan bahan yang mengkhayalkan atau terpukau dari muzik yang merangsang mindanya, di mana para hadirin menari dengan rancak, menyanyi atau memainkan muzik menggunakan alat.

Setelah masuk fasa khayal, bomoh tersebut akan mengalami pengalaman visual yang samar-samar kemudian melukis apa yang dia lihat di dinding gua. Mungkin bomoh itu melukis lukisan gua Marsoulas atau pelukis yang bertanggungjawab menafsir bayangan bomoh itu kemudian melukiskannya.

Lukisan dinding gua Marsoulas yang dipercayai dilukis oleh bomoh yang berkhayal.

Dari teori ini, Williams percaya bahawa gua tersebut adalah tempat ritual menghubungkan bomoh dengan alam ghaib, cangkerang yang diubahsuai menjadi alat muzik itu boleh jadi bukti kukuh menyokong teori halusinasi Williams ini.

Jika benar teori yang dikemukakan oleh Williams, ia suatu penemuan menarik bagi pengkaji gua Marsoulas kerana mereka menemui budaya orang Paleolitik Atas di selatan Eropah telah lakukan selain hanya tahu memburu dan menggunakan batu dan tulang sebagai alat-alatan, iaitu melakukan ritual ghaib yang mana orang Paleolitik dilihat mempunyai budaya sembahan.

Kumpulan pengkaji cangkerang Marsoulas ini kemudian merancang untuk pergi ke gua tersebut untuk membuktikan teori Williams adalah benar, melalui tiupan cangkerang dalam gua, suatu hari nanti.

Dan kepada sesiapa yang nak mengetahui bagaimana bunyinya alat muzik ini, boleh layan video di bawah:

RUJUKAN:

Falde, N. (11 February 2021). 17,000-Year-Old Musical Instrument Is “Discovered” By Archaeologists. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.