Kalau anda rasa ‘buaya darat’ muncul dalam kalangan lelaki, terutamanya lelaki yang playboy, jangan terkejut jika terdapat kes buaya sebenar berkahwin dengan manusia. Ini tidak bermaksud peribahasa ‘buaya darat’ muncul secara literal. Namun peristiwa sebegini terjadi dan sudah menjadi kebiasaan bagi msyarakat sana yang mengamalkannya, tidak seperti kita sebagai orang luar yang tidak pernah saksikan dan familiar dengan peristiwa sebegitu.
Contohnya ialah majlis perkahwinan yang diadakan pada bulan ini (Julai 2022) di kota San Pedro Huamelula, negeri Oaxaca, Mexico. Majlis tersebut ialah majlis perkahwinan datuk bandar kota itu bernama Mayor Victor Hugo Sosa bersama pengantin wanitanya iaitu anak buaya betina yang dipakaikan dengan gaun buatan sendiri.
Perkahwinan ini ialah majlis yang datuk bandar sendiri mahukan. Pasangan eksotik ini diakhiri dengan kedua-dua pengantin bercium. Jangan risau, mulut ‘isterinya’ diikat dulu supaya si suami dapat cium tanpa mendapat luka.
Adakah Mayor Victor dah muak berhubungan dengan pasangan wanitanya sehingga sanggup berkahwin dengan buaya betina? Tidakkah perbuatan ini dilihat menyeksa buaya yang terpaksa hidup sebagai ‘isteri’ si datuk bandar dan abaikan kehidupan liarnya?
Sebenarnya, tindakan Mayor Victor yang luar dari kebiasaannya ini menepati dengan tradisi orang Mexico yang telah mereka amalkan sejak zaman nenek moyang mereka. Budaya ketua puak berkahwin dengan buaya betina ialah budaya yang diamalkan oleh dua kaum asal Mexico, iaitu Chontal dan Huave yang menetap di Oaxaca. Kedua-dua puak ini adalah puak nelayan yang terdiri dari 16 buah etnik sebelum ketibaan penjajah Sepanyol pada tahun 1521.
Budaya mengahwini buaya secara asalnya ialah upacara ritual bagi kaum Chontal dan Huave untuk menyatukan manusia dengan alam selama lebih 1,000 tahun lalu. Mereka percaya dengan ritual sebegini, doa mereka meminta ‘kuasa suci’ di alam sana berikan kebaikan termakbul dan mengharapkan tuaian serta tangkapan yang baik di daratan dan lautan.
Tidak pasti mengapa ritual ini diadakan dengan sebegitu rupa semata-mata meminta keberkatan dari yang maha kuasa, namun ritual ini amat terkenal dalam kalangan kedua-dua puak dari Mexico ini sehingga jika salah seorang ketua puak tidak mahu mengahwini dengan buaya, dia akan dipulaukan oleh masyarakatnya sendiri.
Setelah penjajahan tentera Sepanyol yang menuju kepada kehancuran empayar kaum Aztec, kaum Chontal dan Huave berusaha memelihara budaya mereka ini dari lupus ditelan zaman-berzaman. Sejak mereka memeluk ajaran Kristian, mereka campurkan budaya Kristian dalam upacara ritual ini dan jadikan sebagai majlis perkahwinan Kristian dengan konsep berkahwin dengan buaya.
Dalam kes Mayor Victor ini, kita harus kenali dahulu kota San Pedro Huamelula yang beliau tadbir. Kota ini asalnya ialah perkampungan nelayan yang dibina di persisiran pantai Pasifik. Populasi kota seramai 9,000 orang ini sebenarnya generasi kini dari nenek moyang kaum Chontal dan Huave yang masih mengamalkan bahasa mereka sendiri. Jadi, ritual ketua puak mengahwini buaya masih lagi mereka amalkan.
Setelah Mayor Victor mengikat ikatan perkahwinannya dengan pasangan buaya betina bernama ‘Little Princess’ yang berusia 7 tahun, pasangan ini akan mengelilingi kota dengan si suami mengipas isterinya supaya tidak mengalami strok panas. Bagi Mayor, ‘isterinya’ adalah simbol yang mewakili dewi Bumi, jadi beliau ingatkan orang ramai bahawa dia berkahwin dengan dewi bukan haiwan reptilia yang biasa. Dengan perkahwinan ini, Mayor Victor percaya doanya untuk mendapat sumber makanan yang cukup dan kotanya peroleh hujan dimakbulkan.
Mungkin ramai yang tidak percaya dan berspekulasi bahawa majlis perkahwinan eksotik ini hanyalah ‘content’ untuk popularkan kota San Pedro Huamelula sebagai lokasi perlancongan. Namun warga generasi terkini kaum Chontal dan Huave ini tidak kisah dan berbangga bahawa majlis ini adalah bukti bahawa kaum mereka masih lagi tidak pupus selepas penjajahan Sepanyol.
Anda rasa, gila tak perbuatan mereka ini hanya semata-mata memelihara budaya kuno mereka dari ditelan zaman?
Banyak buku menarik menanti anda dalam Shopee kami. Layari https://shopee.com.my/thepatriotsasia? dan dapatkan naskhah buku-buku kami.
RUJUKAN:
Falde, Nathan. 5 July 2022. Mexican Mayor Weds Alligator in Colorful Ancient Indigenous Ceremony!. Ancient Origins.
Winters, Clyde. 12 August 2017. Forgotten Voyagers: The Ancient Mexican Merchants Who Took to the Seas. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih