Di negeri Qinghai, China terdapat tiga buah gua dalam sebuah piramd misteri berdekatan dengan Gunung Baigong. Ketiga-tiga gua ini mempunyai sejenis struktur berupa paip besi yang menyambung ke tasik air asin. Paip ini juga di bawah dasar tasik tersebut dan di tepi tasik.
Anehnya pada paip bernama Paip Baigong ini ialah saintis menganggarkan ia berusia 150,000 tahun! Usia ini membuatkan kita tertanya-tanya, adakah terdapat sistem saliran air yang canggih sebelum kewujudan tamadun China?
Tanah China menurut sejarah telah diduduki oleh manusia bermula dari 30,000 tahun dulu. Namun, pada waktu itu mereka hanya bersifat nomad, tidak menetap lama dan sentiasa berpindah mengikut musim. Biasanya orang nomad membawa barang bersama mereka tanpa tinggalkan apa-apa.
Paip yang ditemui oleh saintis yang telah lama mengkaji di ketiga-tiga gua sejak 2002 tahun ini diselidik usianya menggunakan teknik ‘thermoluminescence’, iaitu teknik menentukan tempoh mineral kristal terdedah terhadap cahaya matahari atau haba. Keputusannya, paip ini berusia kira-kira 150,000 tahun.
Menurut Yang Ji, salah satu kumpulan saintis dari Chinese Academy of Social Sciences, beliau mendakwa bahawa piramid yang wujud di Qinghai itu ialah binaan makhluk asing yang tiba di bumi pada masa dulu. Jadi, tidak hairan jika paip itu berusia sedemikian.
Teori lain juga menyatakan bahawa piramid dan paip tersebut dibina oleh manusia prasejarah yang mempunyai teknik pembinaan yang tidak lagi diamalkan oleh generasi kemudian. Tambah beliau lagi, kajian selanjutnya bakal mendedahkan bahawa sama ada andaiannya benar atau ada fenomena lain.
Paip itu kemudian dikaji dari segi mineral binaannya dan keputusannya hanya 8% dari kandungan paip tidak diketahui. Selebihnya paip ini mempunyai kandungan ferik oksida, silikon dioksida, dan kalsium oksida.
Kehadiran silikon dioksida dan kalsium oksida lagi membingungkan sains. Kedua-dua mineral ini hadir akibat reaksi kimia besi terhadap sekeliling batu pasir. Jadi menurut jurutera bernama Liu Shaolin, paip ini ternyata paip sebenar.
Adalah mustahil terdapat binaan berasaskan industri di Qinghai kerana alam sekitar tidak membenarkan mana-mana manusia membina penempatan selain hanya komuniti nomad yang sentiasa melintasi ke utara.
Terdapat laporan dari Zheng Jiandong, ahli geologi dari jabatan pengurusan gempa bumi China yang mengikuti ekspedisi Qinghai ini menyatakan paip tersebut mempunyai kesan radioaktif yang tinggi, kemudian laporannya disiarkan dalam surat khabar People’s Daily pada 2007.
Namun Jiandong mempunyai teori tersendiri bagaimana paip tersebut terbentuk melalui fenomena alam. Beliau mengandaikan bahawa magma yang kaya dengan besi berkemungkinan menaik dari lapisan magma, kemudian magma tersebut menyejuk menjadi bentuk paip yang kaya dengan besi.
Teori lain juga menyatakan besi berkemungkinan dihakis oleh air bah sehingga menjadi bentuk paip. Dari sini, saintis berandaian bahawa piramid misteri itu juga terbentuk oleh fenomena alam.
Teori ketiga pula agak munasabah sikit. Paip besi itu berkemungkinan berasal dari fosil akar kayu. Dalam laporan Xinmin Weekly pada 2003, saintis telah menemui fosil tumbuhan bersama paip besi itu dan juga menemui fosil yang berbentuk cincin pokok, lingkaran dalam dahan pokok.
Fosil kayu yang ditemui itu mengalami proses diagenesis iaitu pembentukan dari tanah hingga jadi batu. Namun teori ini tidak kuat kerana kekurangan rujukan yang mengesahkan penemuan ini.
Sehingga kini, saintis China masih mencari jawapan akan kemisterian paip Baigong ini.
RUJUKAN:
Maclsaac, Tara. 22 June 2014. 150,000-Year-Old Pipes Baffle Scientists in China: Out of Place in Time? Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih