Berkat teknologi moden, kita dapat mengkaji semula andaian kita mengenai identiti seorang pahlawan kuno yang sudah 2600 tahun dikvburkan dan ditemui semula dalam keadaan mumia yang diyakini sebagai seorang tenter4 Scythia yang berusia 2600 tahun, apa yang mengejutkan adalah mumia ini didapati milik seorang anak gadis.
Hasil penelitian, srikandi muda itu kelihatan berusia sekitar 13 tahun ketika dia meninggal dunia, maka penemuan ini memberi penerangan yang baru mengenai budaya Scythia yang agak kabur.
Sepanjang sejarah kesusasteraan dunia kuno, kisah tentang para pahlawan dari kalangan wanita kaum Amazon yang hebat telah memikat khayalan pembaca. Sejauh dari China ke Yunani, kisah mereka yang telah digarap secara hikayat sering menawan hati dengan rasa gerun dan kagum.
Kini para sejarawan sudah mula bersetuju bahawa lagenda Ratu dan suku Amazon dalam mitologi Yunani dan Rom adalah sejarah nyata, dengan ciri-ciri tertentu; mereka adalah versi yang memiliki ciri-ciri tenter4 wanita Scythia.
Walaupun selama ini kita tahu bahawa ramai pahlawan yang ditemui terkvbur adalah dikebumikan menurut budaya mereka sebagai tempat perkvburan wanita, analisis DNA moden membolehkan kita mengkaji apakah jantina setiap rangka yang sebelumnya dianggap lelaki.
Satu tinjauan terhadap mumia yang ditemui pada tahun 1988 membuktikan bahawa salah seorang pahlawan muda ini sebenarnya adalah seorang gadis berusia 13 tahun.
Mumia berusia 2600 tahun itu ditemui di Saryg-Bulun di Tuva Tengah pada tahun 1988 ketika wilayah itu masih menjadi sebahagian dari provinsi Kesatuan Soviet. Di dalam keranda yang tertutup rapat yang terbuat dari batang larch, jenaz4h itu diabadikan dan disimpan dengan baik.
Satu laporan menyatakan bahawa ketuat pada wajah anak gadis ini masih jelas kelihatan. Keranda itu juga berisi kapak per4ng, busur dengan anak panah, hiasan kepala, mantel, dan pelbagai perhiasan gangsa. Oleh kerana pahlawan muda itu dianggap sebagai lelaki, para penyelidik terkejut ketika mereka menganalisis genetiknya dan mendapati mumia itu adalah milik seorang wanita muda.
Walaupun penemuan rangka pahlawan wanita sebenarnya adalah perkara biasa dalam dunia arkeologi, keranda ini tidak pula mengandungi barang-barang yang biasanya milik seorang wanita yang sudah meninggal, seperti manik atau cermin.
Perbezaan norma upacara pengebumian ini mendapat penjelasan yang tidak dijangkakan, pertama, mumia yang disangka seorang pemuda itu ternyata seorang gadis, dan gadis ‘Amazon’ muda ini bahkan belum lagi mencapai usia 14 tahun semasa kem4tiannya.
Dahulu, bangsa Scythia kuno berkeliaran dan mengembara ke Eropah dan Asia, mereka meninggalkan gundukan perkvburan yang terperinci yang tersebar di seluruh Kaukasus dari Laut Hitam ke China. Apabila perkvburan ini ditemui, mereka yang terkvbur dengan senjata dianggap sebagai lelaki, sementara rangka yang dikvburkan dengan cermin mestilah wanita.
Pasukan penyelidik berusaha untuk mendapatkan anggaran tarikh kem4tian yang lebih tepat dan akan menggunakan imbasan CT untuk cuba membongkar dengan tepat bagaimana pahlawan muda ini m4ti. Pelbagai artifak yang terdapat di dalam keranda juga dianalisis untuk komposisi logam dan dipelihara.
Siapa Kaum Sycthia?
Orang Scythia adalah kaum nomad yang menguasai dataran rumput dari Ukraine hingga Xinjiang dan ada kemungkinan yang tinggi bahawa mereka adalah bangsa pertama yang mula menggunakan kuda sebagai haiwan pengangkutan. Xiongnu, Turkik dan Mongol mungkin antara cabang keturunan Scythia.
Pahlawan nomad ini juga mempunyai budaya masyarakat egalitarian yang bertamadun di dunia kuno. Banyak sumber bersetuju bahawa amalan berpakaian secara silang (berlawanan jantina) adalah perkara biasa dalam budaya mereka, dan ada yang berpendapat bahawa idea mereka tentang jantina sentiasa berubah-ubah, adakah budaya LGBT telah menjadi kebiasaan 2600 tahun yang lalu?
Sebenarnya, di seluruh dunia padang rumput, kaum wanita dilatih untuk menjadi pahlawan nomad seperti lelaki dan boleh membuktikan keberanian mereka dalam pertempvran.
Tengkorak yang ditemui juga konsisten menjelaskan ia adalah milik perempuan (sekitar seperlima dari semua peninggalan yang ditemui) yang sering memiliki kecederaan pertempvran yang sama dengan lelaki.
Dikvburkan bersama dengan senjata dan semua barang penghormatan bagi seorang pahlawan adalah perkara biasa bagi kedua-dua jantina. Mereka hanya didapati berbeza jantina pada tahun lalu, setelah kvbur pahlawan wanita lain ditemui.
Scythia dikenali sebagai bangsa yang suka berper4ng, dan dipercayai sering membawa seluruh suku-sukunya menyertai satu pertempvran. Dikatakan bahawa tidak akan ada bangsa lain yang mampu menentang mereka tanpa bantuan dari luar.
Namun, Scythia juga banyak meninggalkan hasil seni yang indah, memiliki sistem keagamaan yang rumit, dan terkenal dengan tradisi pakaiannya yang unik. Mereka tidak memiliki sistem penulisan sendiri, tetapi gambaran tentang budaya mereka wujud dalam catatan sejarah jiran-jiran mereka seperti China.
Siapa Pula Kaum Amazon?
Walaupun kaum Amazon tidak begitu realistik, tetapi ciri-ciri mereka digambarkan berdasarkan budaya yang pernah wujud. Di saat kita mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana orang Scythia hidup dan m4ti, kita secara tidak langsung dapat memahami konteks dari kisah lagenda dan mitos yang mereka kemukakan.
Walaubagaimanapun, pahlawan wanita Amazon yang sebenarnya sudah sekian lama dipercayai sebagai mitos fantasi semata-mata. Mereka adalah wanita pahlawan mitos yang merupakan sebahagian daripada dewata bangsa Yunani kuno. Dikatakan, setiap pahlawan atau dewa Yunani, samada Hercules atau Theseus dan Achilles, harus membuktikan keberaniannya dengan memer4ngi Ratu Amazon yang kuat.
Hippolyta, Antiope, Thessalia, ini sebahagian daripada nama-nama pahlawan wanita yang datang daripada cerita-cerita rakyat bangsa Yunani. Sebilangan besar pengkaji masih berpendapat sebegitu.
Tetapi kemajuan arkeologi hari ini membuktikan kewujudan pahlawan wanita yang sesuai dengan gambaran yang diberikan oleh orang-orang Yunani kepada kita tentang orang Amazon dan pahlawan wanita, mungkin benar mereka adalah kaum Sycthia yang mengembara ke Eropah.
Jika kita lihat di Timur Tengah dan Syria beberapa tahun lepas lepas melalui media, sering kita disiarkan dengan rakaman video kaum wanita Kurdish Peshmerga yang memer4ngi pengg4nas IS.
Dalam budaya pop pula terdapat filem dan siri TV yang menampilkan wanita pahlawan berani membawa ciri-ciri kaum Amazon. Ia dimulakan dengan Xena: Warrior Princess, Mulan, Atalanta dalam filem Hercules, dan kini sedang popular dengan watak perwira Wonder Women.
Penulis hanya mampu membayangkan betapa budaya feminisme rupa-rupanya sudah lama wujud sejak ribuan tahun yang dahulu, namun sangat jauh berbeza berbanding budaya membenci kaum lelaki yang sedang merebak hari ini. Malu lah sikit dekat mumia gadis Sycthia ni, umur 13 tahun dah jadi tenter4 turun berper4ng. Jadi, feminisme yang telah menjadi feminazi hari ini adalah mirip dengan mitologi Amazon yang memer4ngi dewa-dewa lelaki.
Mungkin kita boleh katakan bahawa pahlawan wanita Amazon mahupun tenter4 wanita Scythia, baik sebagai kenyataan atau sebagai mitologi sastera, mereka sentiasa wujud di sekeliling kita dalam berbagai bentuk. Sedangkan Hikayat Hang Tuah pun masih ada yang beranggapan ianya adalah mitos walhal mereka yang tidak faham istilah ‘Hikayat’.
RUJUKAN:
Hansen, William F. (26 April 2005). Classical Mythology: A Guide to the Mythical World of the Greeks and Romans. Oxford University Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih