Tamadun China timbul daripada buaian budaya yang lahir di antara Sungai Kuning dan Sungai Yangtze.

Dua sungai ini membangunkan peradaban-peradaban boleh tahan hebat ribuan tahun sebelum kedatangan Dinasti Shang.

Semasa zaman pemerintahan Dinasti Shang, bangsa-bangsa dalam China sudah menikmati kekayaan budaya. Banyak perkara tentang Shang diabadikan dalam kitab seperti Shangshu, Shiji dan Zhushu Jinian.

Salah satu kekurangan kajian kitab adalah had tulisan. Apa yang wujud tetapi tidak ditulis akan tenggelam dalam timbunan masa saban zaman.

Jika ada bukti arkeologi, barulah suatu perkara terbukti wujud. Baru-baru ini, saintis pihak China melaksanakan usaha penggalian di sebuah tapak arkeologi dalam kota Anyang.

Tapak ini sebenarnya merupakan tinggalan bandar Yin, semestinya ibu negara kerajaan Dinasti Shang. Semasa menggali sebuah kompleks makam, kumpulan saintis ini menemui banyak tinggalan.

Kereta kuda ditemui tersimpan dalam beberapa lubang… bersama rangka kuda dan pahlawan.

Makam Yang Bercerita Tentang Kebudayaan

Untuk pengetahuan semua, kompleks makam ini berusia 3,000 tahun.

Apabila bercakap tentang “kompleks”, jangan sesekali bayangkan sebuah lapangan yang diisi dengan rangka prasejarah.

Kompleks makam yang ditemui dalam bandar Anyang.

Memang kompleks betul dibina suatu masa dahulu, kerana sarjana arkeologi menemui batu asas (foundation) 18 buah bangunan dan 24 makam.

Ternyata ‘pemilik’ makam ini adalah seorang yang kaya-raya… atau berasal daripada sebuah puak yang sangat kaya, barangkali pihak berkuasa.

Kalau ikut pendapat kumpulan arkeologi, pihak berkuasa ini mungkin suku Ce.

Malah rangka-rangka ditemui dalam kompleks ini pun barangkali suku Ce juga, termasuk rangka beberapa kuda yang didapati terhias elok dengan tatahan emas dan gangsa.

Objek yang disimpan dalam salah satu liang lahad.

Tidak pasti apa hubungan suku Ce dengan kerajaan yang berkuasa semasa Dinasti Shang. Dan suku ini juga bukan satu-satunya suku yang wujud di kawasan ini… kerana Dinasti Shang berdiri selepas kejatuhan Dinasti Xia.

Pada masa ini lagi, wilayah mereka mempunyai 40 buah kerajaan kecil.

Hasil penemuan ini, sejarawan lebih faham tentang darjat “pemilik kereta kuda” semasa zaman Shang.

 

Salah satu rangka dalam kompleks ngeri ini.

Ibaratkan simbol kebesaran diraja, sampai boleh menentukan jangka hayat seseorang.

Orang-orang yang ditemui dalam kompleks ini sebenarnya merupakan hamba (atau pengikut) yang “menawarkan diri” untuk dikebumikan bersama tuan mereka (Metcalfe, 2022).

Kalau cakap “menawarkan diri”, memang maksudnya satu sajalah: mereka ditanam hidup-hidup untuk bersama tuan mereka.

Amalan ini diketahui sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan budaya-budaya China Kuno.

Ketika zaman ini, golongan bangsawan menguasai wilayah dengan mandat daripada langit. Bangsawan adalah ibaratkan kalangan terpilih… sementara bawahan perlu menerima takdir ini.

Takdir ini pula berbeza antara orang. Sesiapa yang berkhidmat untuk kalangan bangsawan akan diangkat dengan nikmat kekayaan.

Sistem sebegini sudah pasti menyimpan rasa dendam dalam kalangan masyarakat.

Sebab itulah banyak kompleks makam bangsawan menjadi mangsa rompakan… kerana ramai dalam masyarakat tahu khazanah yang tersimpan dalam “kamar-kamar bangkai”.

Setakat ini dapatan mengenai suku Ce hanyalah pendapat profesional daripada sejarawan dan sarjana arkeologi. Dalam konteks ini, ada kemungkinan juga.

Kalau tengok pada dapatan sebelum ini, banyak makam ditemui bersama rumah dan telaga dibina semasa zaman Shang dengan unsur kesenian seakan-akan sama (Xinhua, 2021).

Penemuan ini sudah tentu akan merancakkan lagi aktiviti arkeologi untuk menyingkap lebih banyak rahsia yang tertimbus di Anyang.

RUJUKAN:

Metcalfe, T. (2022, Januari 20). Ancient Chinese tombs hold remains of warriors possibly buried alive. Live Science.

Xinhua.  (2021, Disember 16). Ancient city site discovered in central China.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply