Salam encik Hamka, pada malam jummaat lepas, (email ini sudah dua minggu) saya telah mendengar Radio IXXX.FM pada jam lebih kurang 8 malam dan terdengar ceramah ugama dari seorang ustaz yang saya terlupa namanya bercerita tentang pahala yang berbeza dalam islam berdasarkan lokasi lokasi tertentu.

Kata Ustaz itu, jika solat di Mekah selama 3 hari, pahalanya sama dengan 900 tahun solat di Malaysia kerana ganjaran solat di depan kaabah adalah 100 ribu kali ganda dari bersolat di Malaysia, jika bersolat di Madinah pula pahalanya 10 ribu kali ganda, sedangkan di Malaysia, jika kita berjemaah di masjid baru mendapat 27 kali ganda, tapi bersolat jemaah di depan kaabah bersamaan, 27 darab 100 ribu kali ganda, bersamaan 300 tahun solat di Malaysia untuk sehari di Mekah.

Di hujung ceramah ustaz itu menggalakkan kita pergi bersolat di Mekah terutama di bulan puasa kerana pahala akan di darab lagi dengan 70. Bunyinya seperti menyuruh kita kerja kuat kumpul duit dan ‘melabur’ di Mekah dalam ibadat:- mungkin saya salah faham sebab dengar ceramah sambil memandu.

Apa yang menjadi kemushkilan saya, seolah tidak adil dalam ugama islam yang mana orang arab yang duduk sekitar Mekah dan Madinah sudah pasti akan mendapat ganjaran pahala yang akan lebih banyak dari mana mana penduduk lain hanya di sebabkan faktor geografi, dan bagi penduduk Malaysia macam saya pula, untuk kumpul wang dan tinggal di Mekkah selama beberapa hari bukanlah satu perkara yang mudah.

Harap encik Hamka dapat menjelaskan kemushkilan saya ini.

Jawapan dari Hamka keretamayat yang bukan Ustaz:

Salam. Aku rasa mungkin kau salah dengar bab Ustaz tu suruh kita kumpul duit dan pergi ibadat di Mekah semata mata untuk mendapat ganjaran pahala yang banyak dan mudah, tapi oleh kerana aku pun tak dengar ceramah itu, sama samalah kita sangka buruk pada ustaz tu supaya senang aku nak jawab. Ha ha.

Sangka buruk kita berbentuk: mungkin ustaz tu ajen syarikat umrah pakej bulan ramadhan yang menggalakkan orang ramai pergi umrah dengan agensi beliau lalu guna hujah ugama supaya orang ramai bersemangat dan mendaftar dengannya, jika ustaz tu tidak ikhlas, berniat untuk dapat duit semata mata, maka hujah ustaz itu sudah jatuh dalam katogeri fatwa kaum kera.

Atau aku sangka baik pada ustaz tu dan sangka buruk pada kamu yang tersilap dengar sebab kurang tumpuan kerana sedang memandu lalu tafsir ustaz tu guna fatwa kaum kera sedangkan mungkin ceramah itu ada sambungannya yang mana minggu depan mungkin ustaz tu akan cerita tentang pahala dalam islam yang tidak terikat dengan geografi.

Walau bagaimanapun, untuk senang aku jawab soalan kamu, aku kena sangka baik pada kamu dan sama sama kita sangka buruk pada ustaz tu supaya kemuskilan kamu itu terjawab, dah habis jawapan aku, barulah kita sangka baik pada ustaz tu dan kamu mengaku bersalah supaya aku tidak perlu sangka buruk pada kamu kerana kamu memang buruk-woha!

Ok, tukar mood dengan lebih serius.

Memang betul terdapat hadith Nabi yang mengatakan, solat di Mekah mendapat ganjaran sebanyak Seratus ribu kali ganda, solat di Madinah mendapat seribu kali ganda, dan solat di masjidil Aqsa mendapat 500 kali ganda.

Wah wah wah, untungnya mereka mereka yang lahir di sekitar tanah Hijaz, nampak macam islam tidak adil kerana pahala yang berbeza berdasarkan geografi.

Tapi, ketahuilah kalian, bahawa ada terdapat satu lagi tempat yang pahalanya jauh lebih besar dari tiga tempat di atas dan tidak terikat langsung dengan kedudukkan geografi.

Bukanlah aku nak galakkan kamu supaya tidak pergi ke Mekah dan madinah, bodohlah sape yang faham lagu tu, itu perkara wajib sekali seumur hidup, tapi aku nak bagitahu korang bahawa terdapat lagi ilmu yang perlu kita tahu tentang ganjaran pahala yang jauh lebih besar dari tiga factor geogarafi tadi.

Iaitu pahala berada di jalan Allah.

Jalan Allah tidak terikat pada mana mana geografi ugama, ia mungkin berada di sebelah rumah kita, di kampung sebelah, di Bandar atau di hujung kampung, pendek kata di mana sahaja tempat, asalkan di sana ada takazar(keperluan) ugama yang perlu disegerakan, disitulah jalan Allah.

Untuk bagi mudah paham, Jalan Allah itu sendiri pula terbahagi kepada dua, satu jalan Allah umum, seperti pergi solat berjemaah (dapat 27 kali ganda), pergi menuntut ilmu (di doakan Rahmat oleh malaikat), atau pergi mencari rezeki yang halal (diberkati hidup), itu memang termasuk jalan Allah, tapi pahalanya terikat pada hadith Fadail yang biasa.

Tapi terdapat satu lagi jalan Allah yang khusus yang mana ganjaran pahalanya besar sekali!

Aku petik beberapa hadith:

Hadith riwayat Aisyah: Debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar di jalan Allah, akan di haramkan api neraka ke atasnya (HR Tabrani)

Sehari di jalan Allah, lebih baik dari seribu hari di jalan lain (HR Nasai)

Sepagi atau sepetang di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isinya (HR Anas)

Berdiri di jalan Allah, lebih baik dari bersolat di rumah selama 70 tahun.(HR Tarmizi)

Dari Abu hurairah, berdiri sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan Hajar Aswad di malam lailatul qadar. (HR Ibn Hibban)

Siapa yang menjaga harta dan keluarga orang keluar di jalan Allah, akan mendapat pahala yang sama (HR Baihaiki)

Setiap amalan di jalan Allah akan di ganjarkan sebanyak 700 ribu kali ganda bagi orang bujang dan di darab 4.9 juta kali ganda untuk orang yang sudah berkahwin.

Orang yang mengaji siang malam, tahajjud sepanjang malam, dan berpuasa setiap hari tidak akan dapat menandingi pahala orang yang tidur di jalan Allah.

Dan banyak lagi-tak payah tulis semua, korang rujuk sendiri.

Bermakna disini, ada pahala yang jauh lebih besar dalam Islam melangkau faktor geografi, kerana itu ramai sahabat keluar berdakwah ke seluruh dunia sedangkan jika mereka mahu pahala banyak, cukup lepak di Mekkah, Madinah, tapi tak, kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam, kerana sahabat faham tentang takazar (keperluan) ugama dan faham bahawa pahala berada di jalan Allah sangat besar sekali.

Pernah ketika Abu Hurairah menghantar satu jemaah jihad di sempadan madinah, selesai jemaah itu bertolak, kelihatan Abu Hurairah berdiri termenung sekitika di sempadan tanpa bergerak gerak.

Sahabat lain yang rasa pelik lantas bertanya: “Buat apa tu?”

Jawab Abu Hurairah, Nabi pernah bersabda: Berdiri seketika di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seluruh isi-isinya.

Masalah ini di anggap selesai, tak perlu habiskan semua wang untuk belanja ke mekah dan Madinah jika berniat setakat pahala lebih, simpan wang itu juga untuk keluar ke jalan Allah yang pahalanya jauh lebih besar.

Sebagai penutup: aku kongsi satu kisah yang mana pada suatu hari, Rasulullah SAW telah menghantar jemaah dakwah kepada pelbagai Raja, antara jemaah itu ada yang di hantar kepada Raja Busra yang mana salah seorang dari jemaah islam itu telah di bunuh oleh pegawai Qaisar, nama sahabat yang syahid ini adalah Haris bin Umar r.a.

Nabi SAW sangat sedih dan telah menghantar jemaah jihad seramai 300 ribu orang, Amir jemaah yang di lantik oleh Nabi adalah Zaid bin Harithah r.a.

Pesan Nabi lebih kurang maksud kepada jemaah tersebut sebelum bertolak:

Wahai Zaid bin Harithah, Jika kamu terkorban syahid, tempat kamu hendaklah di ganti oleh Jaafar bin abu Talib, jika Jaafar terkorban syahid, tempatnya hendaklah di gantikan dengan Abdullah bin Rawahah, dan jika Abdullah terkorban, bermesyuaratlah anatara kamu dan lantiklah salah seorang dari para jemaah sebagai ketua baru.

Seorang yahudi yang merupakan ahli kitab selepas mendengar kata kata Nabi, terus berkata, mereka semua pasti akan syahid, Nabi Nabi terdahulu, jika berpesan sebegini, maka pesanan itu membawa maksud yang sebenarnya.

Abdullah bin Rawahah r.a yang faham bahawa beliau akan mati syahid telah buat satu keputusan, iaitu ketika jemaah jihad itu bertolak di pagi jummaat, beliau telah menangguhkan pemergiannya kerana ingin bersolat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, bayangkan betapa besarnya pahala bersolat di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, ketika hampir jummat, Nabi telah terlihat beliau dan bertanya kenapa belum bertolak? Beliaupun menerangkan hajatnya iaitu mahu bersolat buat kali terakhir di belakang Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi.

Nabi bagitahu, kika kamu ada harta sebanyak dunia dan seisinya, lalu kamu sedekahkan, tidak dapat menandingi pahala sahabat kamu yang telah bertolak pagi tadi di jalan Allah.

Dalam riwayat yang lain, Nabi bersabda, kamu telah terlambat masuk ke syurga berbanding sahabatmu pagi tadi sejauh 500 tahun ketinggalan.

Jadi cuba korang bayangkan betapa adilnya Allah kerana pahala terbesar yang sebenar bukan terhad kepada faktor geogarfi Mekah dan madinah sahaja, tapi pahala dan ganjaran terbesar adalah pahala orang yang keluar di jalan Allah.

Sehinggakan sepagi di jalan Allah adalah lebih besar ganjarannya dari bersolat jummaat di belakang Nabi Muhammad SAW di dalam Masjid Nabawi di zaman terbaik.

Ada riwayat mengatakan, Malaikat Iibril memberitahu bahawa beliau boleh menghintung titisan hujan dari zaman Nabi Adam, tapi beliau tidak dapat menghintung pahala orang yang keluar dijalan Allah.

Oleh kerana sahabat Nabi faham tentang perkara ini, maka tidak banyak kubur sahabat Nabi di Mekah dan Madinah, rekod mengatakan jumlah sehabat Nabi ketika Nabi memberi khutbah terakhir adalah berjumlah 124 ribu para sahabat, tapi jika kalian menghintung jumlah kubur sahabat Nabi di sekitar tanah arab, jumlahnya hanya dalam 10 ribu sahaja.

Itupun termasuk jumlah mereka yang telah mati syahid ketika berperang di sekitar lembah hijaz, tapi baki 114 ribu lagi kubur sahabat telah bertebaran seluruh alam kerena mereka telah meninggal di hujung hujung dunia terkorban dalam misi mengembangkan agama lalu syahid di jalan Allah.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hamka keretamayat adalah seorang penulis, penceramah bebas, pembuat tanjak. Sudah tiga belas buah buku pelbagai tajuk di tulis oleh beliau seperti: Kisah Laki Bini, Kerana Dia Anak Syurga, Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha, Permata Yang Hilang Kini Dijumpai, Mengeteh DI Kubur Ayah dan banyak lagi. Untuk kenali Hamka Keretamayat secara lebih dekat, boleh godek godek atau follow link ini: Youtube Channel https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube) FB Page https://www.facebook.com/keretamayat/ (Facebook Page) IG https://www.instagram.com/hamka_keretamayat/ (Instagram) Blog http://keretamayat.blogspot.com/ (Blog) Telegram https://t.me/keretamayat (Telegram) Terima kasih sudi follow, walau hakikatnya, kereta mayat sedang follow anda semua. Woha!

Comments are closed.