Tanggapan bahawa penjajahan Portugis ke atas Melaka 1511 bukan untuk menyebarkan agama Kristian adalah salah. Raja Manuel I memang memperkenankan pelayaran kapal Portugis ke Melaka untuk misi 3G (Gold, Gospel & Glory).

Raja Manuel I bertitah kepada Diogo Lopes de Sequeira bahawa setiap kapal Portugis yang tiba, mendarat dan berlabuh di setiap persinggahan mereka supaya menegakkan “padrão” atau tiang batu (pillar-stones) yang padanya memiliki salib dan juga jata kerajaan baginda.

Sebelum Portugis tiba dan menguasai jajahan beriklim tropika seperti Brazil dan India, tiang batu atau padrão mereka diperbuat daripada kayu.

Namun apabila ia didapati cepat rosak akibat pengaruh iklim dan cuaca masa tu, ia ditukar kepada tiang yang diperbuat daripada batu.

Ini ialah Padrão Sunda Kelapa, antara tiang batu terawal di Nusantara selepas Melaka 1511, mungkin paling hampir rupanya dengan tiang batu asal di Melaka. Ditemukan pada 1918 di Jakarta, ia ditegakkan selepas kerajaan Sunda memeterai perjanjian dengan Portugis pada 1522.

Untuk itu, dalam pelayaran Diogo Lopes ke Melaka, kapalnya singgah di Pedir. Portugis menegakkan sebuah tiang batu di tempat mereka berdiri dan bertemu wakil Raja Pedir.

Berdasarkan catatan Portugis ini, padrão di Pedir 1509 ini mungkin pertama seumpamanya di Nusantara.

Dipendekkan cerita, Portugis pun menjajah Melaka sejak 1511. Padrão tanda ketibaan & penguasaan kerajaan Kristian Portugal di Melaka, walaupun tak dapat didirikan pada 1509 kerana tercetusnya insiden serangan dan penangkapan rombongan Portugis, ia didirikan selepas 1511.

Ini peta terawal Melaka yang ditemukan wujud selepas penjajahan Portugis ke atas Melaka pada 1511. Gaspar Correa telah melakarkan peta Melaka ini sekitar 1520. Perhatikan kedudukan padrão di Melaka. Ia terletak di seberang sungai Melaka, dalam kawasan Kg. Jawa hari ini.

Ini pula peta lakaran oleh Eredia pada 1604. Ia jelas menunjukkan bahawa tembok kota A Famosa telah dibesarkan berbanding ketika 1520. Perhatikan kedudukan salib padrão yang telah ditegakkan pula di kawasan pantai atau beting pasir bertentangan dengan Pulau Jawa.

Ini secara tidak langsung menyatakan pada pelayar-pelayar dan kapal-kapal yang berlabuh di Melaka selepas itu bahawa Melaka dan lautnya termasuk Pulau Melaka, Pulau Jawa (kini telah ditambak) dan Pulau Upeh adalah di bawah penguasaan Portugis.

Padrão ini juga kemungkinan diletakkan di kedudukan tersebut kerana Pelabuhan Melaka asalnya mereka bermula dari Pulau Melaka, menganjur dari Pulau Jawa hinggalah ke Pulau Upeh, penuh dengan kapal-kapal berlabuh, kerana kawasan ini kedalamannya sesuai untuk kapal besar.

Begitu juga pada peta Melaka terawal oleh Belanda ini, bersandarkan catatan oleh Cornelis Matelief de Jonge, laksamana Belanda yang terlibat dalam serangan ke atas Portugis di Melaka sejak 1606 lagi (serangan dan pengepungan yang gagal). Perhatikan “dit Chrys” pada E.

Peta ini juga mungkin digunakan lepas 1641 kerana padanya berkibar bendera Belanda di penjuru bandar Melaka, tanda Belanda telah menguasai Melaka.

Jelas, padrão Portugis tetap kekal. Misi kristianisasi ke atas Melaka kekal walaupun Melaka bertukar tangan kepada Belanda.

Peta Melaka beserta persisiran pantai Melaka yang bersandarkan catatan Eredia pada 1613 ini lebih jelas menggambarkan kedudukan padrão Melaka dan Pulau Jawa (Ilha das Naos). Ia juga digelar Ship’s Island kerana banyak kapal berlabuh di situ sebum memasuki Pelabuhan Melaka.

Manuel de Faria Sousa yang melakar peta Melaka 1630 ini pula menonjolkan kembali dua padrão milik Portugis yang ditegakkan di Melaka, satu di tempat asalnya atas darat, dan kedua padrão di laut. Ia antara lakaran pertama dan terawal Melaka dengan dua padrão yang ditemui.


Diambil dari Livro do Estado da India Oriental, peta oleh Pedro Barreto de Resende pada tahun 1641 ini memaparkan 2 padrão itu dengan lebih jelas. Ia memaparkan tiang salib yang ditegakkan pada pantai yang menganjur ke Pelabuhan Melaka, dan padrão asal yang “ditambah baik”.

Perhatikan struktur putih berpalang sebelah padrão pertama. Ia berkemungkinan adalah palang untuk pelaksanaan hukuman gantung. Menjelang tahun-tahun akhir Portugis di Melaka, mereka kerap diserang di laut oleh “lanun”, sentiasa diserang dari arah Naning, Johor dan Pahang. 16/21

Palang hukuman gantung atau “gallows” paling sesuai diletakkan bersebelahan padrão kerana pada padrão ini juga, selain lambang salib dan jata kerajaan, ia seringkali dijadikan tempat mengumumkan dekri, notis, pengumuman undang-undang dan pelaksanaan hukuman.

“Pelanunan” ini sebenarnya adalah siri sabotaj dan serangan balas dendam secara gerila oleh Orang Selat dan Melayu dari luar Melaka. Ia merupakan ancaman berterusan sejak Melaka jatuh ke tangan Portugis. Aktiviti pelanunan amat aktif di Selat Melaka sejak 1540 hingga 1640.

Namun aktiviti “pelanunan”, subversif dan serangan gerila ini lebih aktif sejak pertengahan 1540. Sumpahan Portugis menduduki Melaka malah lebih teruk lagi akibat wujudnya konflik dalaman antara pembesar mereka hinggalah Portugis jatuh ke tangan Belanda pada 1641.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Jadi, pengumuman sabit kesalahan dan pelaksanaan hukuman m.ati dek jenayah sivil dan penentangan terhadap Portugal atas nama agama dan raja amat relevan dan ironi diadakan bersebelahan lambang penguasaan dan pengaruh Portugis, iaitu betul-betul di sebelah padrão Melaka itu.

Apapun, kewujudan padrão yang lengkap dengan salib dan jata negara baik kerajaan Portugis, mahupun Belanda itu jelas menonjolkan justifikasi penjajahan mereka ke atas Melaka selain bermotifkan kekayaan dan kemasyhuran, ia juga semestinya untuk menyebarkan agama Kristian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.