Cinta dan kasih sayang yang dipancarkan oleh Jalaluddin Rumi sangat menyentuh hati sehinggakan non-muslim pun tertarik dengan Islam.
Ada kisah menarik tentang rombongan gereja dari Constantinople.
Sebelum tahun 1453M, kota Constantinople merupakan ibu kota Rom Byzantine. Sementara itu, Rumi tinggal di Anatolia yang sudah ditawan oleh kerajaan Bani Seljuk.
Pada suatu hari, seorang paderi Kristian terkemuka dari Constantinople datang menziarahi Rumi. Dia telah mendengar tentang mewanginya adab ulama sufi ini, lalu timbul hasrat di hati untuk menghela haruman itu sendiri. Kedatangan paderi Constantinople telah disambut baik oleh paderi gereja Konya dan dia membawanya berjumpa Rumi.
Sebaik sahaja melihat wajah Rumi, sarjana itu langsung menundukkan kepala, menunjukkan hormat sebanyak 30 kali. Akibat rasa kagum, dia segan melihat secara terus ke wajah Rumi.
Ketika paderi ini membuka mata dan melihat ke hadapannya, dia terkejut. Tidak menyangka, rupa-rupanya Rumi pun berbuat hal yang sama. Rumi menunjukkan rasa hormat kepada paderi Kristian itu dengan ketinggian adab yang sama.
Dia menangis terharu dan berkata, “Wahai sultan agama, betapa santunnya engkau, berapa merendah dirinya engkau! Adakah paderi yang hina seperti aku ini layak untuk dihormati?”
Maulana Jalaluddin Rumi menjawab, “Nabi SAW pernah berpesan bahawa Allah Taala merahmati sesiapa sahaja yang diberikan kekayaan, keindahan, prestij dan penghormatan masyarakat, masih tetap bersikap pemurah, menjaga maruah, dan merendahkan diri meskipun dihormati dan dikagumi.
Nabi SAW ialah guru dan sultan kami. Disebabkan aku merupakan pengikut kepada Rasul yang sebegini, bagaimana mungkin aku tidak menampilkan akhlak yang baik kepada hamba Allah yang lain? Mengapa tidak aku merendahkan diri? Jikalau aku tidak berbuat sebegini, apalah gunanya diriku ini?”
Sebaik sahaja mendengar mutiara kata Rumi, paderi itu serta rombongannya mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Mereka menukarkan busana Kristian dengan busana Muslim.
Di rumah setelah pulang, Rumi berkata kepada anaknya, “Bahauddin, tadi ada seorang paderi yang kasihan sekali, cuba mengatasi kita dalam merendahkan diri.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan madad daripada Rasulullah, sifat kerendahan hati kita masih tidak boleh diatasi.” Dengan akhlak semulia ini, tidak hairanlah mengapa Rumi menjadi kesayangan semua orang merentasi agama dan bangsa.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 15% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy
Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih