Rakyat Malaysia memang tidak dengar kata. Disebabkan itulah semboyan telah dibunyikan. Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa bermula Ahad pihak polis akan dibantu ATM (Mazwin, 2020).
Perkara ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani koronavirus yang semakin bertambahan.
Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) diisytiharkan, masih ramai yang berpeleseran di jalanan seolah tiada apa-apa berlaku.
Tidak cukup dengan beratur di Nasi Kandar Line Clear, boleh pula orang ambil kesempatan untuk memperbaharui lesen di Jabatan Pengangkutan Jalan.
Tidak boleh lupa juga dengan golongan degil sampai balik kampung dan buat kenduri.
Rakyat mungkin berasa tidak bebas buat masa seminggu dua ini. Tetapi jelas sekali MCO diisytiharkan untuk membebaskan negara daripada COVID-19.
Jika rakyat tidak mengendahkan MCO, satu realiti sahaja akan menanti. Sama ada masuk hospital atau masuk kubur.
COVID-19 memberikan kesan yang teruk terhadap paru-paru. Batuk dan demam menunjukkan kerosakan dalam saluran pernafasan (Readfearn, 2020).
Jadi pihak perubatan perlu memasang alat bantuan pernafasan untuk membantu mangsa. Malaysia hanya mempunyai 926 alat bantuan di seluruh negara (The Star Online).
Jika kes kian bertambahan, tentu sekali negara akan menghadapi kekangan stok alat bantuan. Pada masa itu, takkan perlu pinjam daripada Singapura atau Thailand?
Mungkin doktor pula perlu membuat keputusan berat untuk memastikan siapa perlu dibantu, sepertimana dibuat di Itali yang mungkin mangsa 80 tahun ke atas hanya perlu bertaubat dan bersedia.
Perlumbaan Untuk Hasilkan Lebih Banyak Peralatan
Dengan COVID-19 teruk membadai negara-negara Barat, syarikat-syarikat pengeluar alat bantuan sedang bergegas untuk memenuhi permintaan (Reynolds & McSweeney, 2020).
Gabenor Andrew Cuomo mengatakan bahawa bekalan alat di New York semakin berkurangan di peringkat global (McCaughey, 2020).
Sehingga 20 Mac, hospital-hospital New York tidak menang tangan dengan 5,711 kes positif (40% daripada jumlah Amerika Syarikat) tanpa seorang pun berjaya disembuhkan.
Nasib New York sebenarnya teruk juga. Anak muda sedang runsing kerana tiada punca pendapatan. Warga emas runsing kerana tiada alat pernafasan. Inilah nasib yang Itali sedang berdepan: tiada alat bantuan langsung (Kliff, et al., 2020).
Malah syarikat pengeluar kereta seperti Ferrari dan Fiat Chrysler sedang mencari jalan untuk menambahkan stok peralatan di Itali (Reuters, 2020).
Jadi jika rakyat Malaysia tidak mendengar kata (walaupun dengan adanya ATM), inilah nasib yang menanti.
Disebabkan itulah ramai yang tidak berpuas hati apabila Dr. Ong Hean Teik masih keluar beriadah waktu petang di Pulau Pinang (Dermawan, 2020).
Malaysia sudahpun mencatat angka kem4tian ketiga dengan seorang paderi dan dua jemaah tabligh. Perintah berkurung penuh di Itali yang tidak diendahkan telah memberikan kejuaraan negatif kepada republik tersebut.
Semasa koronavirus bermula di China, Itali hanya perlu bersedia sahaja dengan kes-kes terpencil seperti di Pelabuhan Civitavecchia.
Hanya melalui kawalan pergerakan sahaja barulah eluk penyebaran COVID-19 boleh ditundukkan (sekaligus penularan ini terkawal).
Dan Muhyiddin Yassin dan mana-mana pemimpin pun sedang menerapkan usaha supaya negara boleh kembali seperti sedia kala. Perkara ini haruslah disokong, memandangkan Aidilfitri kian menghampiri.
Dengan satu demi satu Bazar Ramadan dibatalkan, takkan sampai Aidilfitri perlu diteruskan kekangan pergerakan ini? Tentu sekali tidak.
RUJUKAN:
Dermawan,A. (2020, March 20). Cardiologist remains defiant, says no reason to apologise or be ashamed. New Straits Times. Retrieved from https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/576569/cardiologist-remains-defiant-says-no-reason-apologise-or-be-ashamed
Kliff, S., et al. (2020, March 18). There Aren’t Enough Ventilators to Cope With the Coronavirus. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/18/business/coronavirus-ventilator-shortage.html
Mazwin, N.A. (2020, March 20). PMO: Heed authorities’ instructions or face action. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/20/pmo-heed-authorities039-instructions-or-face-action
McCaughey, B. (2020, March 19). We didn’t have to have ventilator shortage — leaders chose not to prep for pandemic. New York Post. Retrieved from https://nypost.com/2020/03/19/we-didnt-have-to-have-ventilator-shortage-leaders-chose-not-to-prep-for-pandemic/
Readfearn, G. (2020, March 20). Coronavirus: what happens to people’s lungs when they get Covid-19? The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/world/2020/mar/20/coronavirus-what-happens-to-peoples-lungs-when-they-get-covid-19
Reuters. (2020, March 19). Ferrari and Fiat want to help Italy make ventilators. New York Post. Retrieved from https://nypost.com/2020/03/19/ferrari-and-fiat-want-to-help-italy-make-ventilators/
Reynolds, E., & McSweeney, E. (2020, March 19).
‘Desperate’ shortage of ventilators for coronavirus patients puts manufacturers on wartime footing. CNN Business. Retrieved from https://edition.cnn.com/2020/03/19/business/coronavirus-ventilators-manufacture-intl/index.html
The Star Online. (2020, March 19). Hospitals will be overwhelmed if MCO is not taken seriously, warns MMA. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/19/hospitals-will-be-overwhelmed-if-mco-is-not-taken-seriously-warns-mma
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih