Ramai yang tahu bahawa P. Ramlee merupakan seorang seniman yang serba boleh. Tanpa bakatnya yang luar biasa, kita mungkin tidak akan mengenali Nordin Ahmad, Jins Shamsuddin, Sarimah dan lain-lain. Malah, filem-filem seperti Esok Masih Ada, Gelora, dan Bukit Kepong mungkin tidak akan wujud tanpa kehebatan P Ramlee.

 

Namun, dalam artikel ini, fokus saya bukanlah kepada artis-artis Melayu, tetapi untuk membincangkan kritikan P Ramlee dalam filem-filemnya.

 

Filem pertama arahannya ialah Penarek Becha yang ditayangkan pada tahun 1955, sekaligus menjadi filem debut beliau sebagai seorang pengarah.

 

Pada zaman pasca perang hingga pembentukan Malaysia, sifat feudalisme dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu masih tebal.

 

Dalam filem tersebut, terdapat satu babak di mana Amran membawa Orang Kaya Marzuki menggunakan becanya, melalui kawasan rumah orang kaya itu. Babak ini jelas menunjukkan perbezaan antara si kaya dan si miskin.

 

Selain itu, kritikan jelas P. Ramlee terhadap feudalisme juga boleh dilihat dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

 

Dalam satu babak, Ahmad Nesfu datang ke penambang dan disambut oleh anak-anak buahnya. Ini menunjukkan betapa kuatnya sifat kefeudalan masyarakat pada masa itu terhadap penjajah atau orang kaya.

 

Dalam babak lain, kita dapat lihat hierarki merupakan elemen penting dalam feudalisme. Contohnya, dalam babak di mana Tauke Penambang mengarahkan anak-anak buahnya untuk membelasah Wak Mustarjo, dan Shariff Dol mengarahkan rakan-rakannya untuk melakukan perkara yang sama. Ini adalah contoh mudah feudalisme dalam filem ini.

 

Terdapat juga filem di mana P Ramlee mengkritik feudalisme secara langsung, seperti Antara Dua Darjat yang menceritakan tentang pangkat dan harta yang memberikan kuasa kepada seseorang.

 

Filem ini mengkritik feudalisme secara berterusan. Contohnya, di awal filem, P Ramlee mengkritik feudalisme ketika Tengku Mukri turun dari kapal terbang BOAC (British Overseas Aircraft Corp) yang datang dari London.

 

Di sini jelas bahawa hanya golongan feudal yang mendapat keistimewaan seperti melanjutkan pelajaran ke luar negara.

 

Dalam filem ini juga, kita melihat wakil-wakil arketipe golongan feudal. Contohnya, Tengku Karim yang berfikiran feudal ala kuno, Tengku Hassan yang mendapat keistimewaan kerana beliau anak Tengku Karim, dan Tengku Aziz yang memahami nasib rakyat biasa.

 

Kesimpulannya, masih banyak lagi kritikan feudalisme oleh P Ramlee semasa beliau di Singapura. Walaupun zaman feudal sudah berlalu, kritikan-kritikan yang disampaikan P Ramlee masih relevan hingga ke hari ini.

 

Jika sebelum ini kita hanya menonton filem beliau tanpa memahami mesejnya, mungkin selepas ini kita boleh mengkaji apa yang P Ramlee cuba sampaikan melalui filem-filemnya.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?

 

Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!

 

Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply