P.Ramlee dan Nordin Ahmad adalah dua sahabat baik. Mereka berdua mula berkenalan pada tahun 1951 di dalam filem Juwita. Di dalam filem itu P.Ramlee sudah pun menjadi hero bergandingan dengan Kasma Booty. Manakala Nordin Ahmad baru sahaja memulakan kerjaya lakonan sebagai extra di dalam filem itu. Bertolak dari situ, Nordin Ahmad dan P.Ramlee menjadi rapat. Dimana ada P.Ramlee disitu ada Nordin Ahmad. Boleh dikatakan P.Ramlee adalah inspirasi Nordin Ahmad dalam menempatkan dirinya sebagai seorang pelakon.

Tetapi ketika di Studio Jalan Ampas nama Nordin Ahmad tidaklah segagah P.Ramlee. Nordin sering diberi watak sebagai pelakon pembantu sahaja berbanding P.Ramlee. Nordin Ahmad selalu mengadu kepada P.Ramlee bertapa tertekannya beliau untuk menempatkan diri di dalam bidang lakonan ini dan pernah bercadang ingin menggulung tikar dan pulang ke Pulau Pinang. Tetapi P.Ramlee tetap menasihatkan sahabatnya itu supaya bersabar dan mengatakan masanya akan tiba juga nanti untuk Nordin Ahmad menjadi pelakon yang berwibawa.

Pada tahun 1956 P.Ramlee mengarahkan filem Semerah Padi. P.Ramlee telah memberi watak utama kepada Nordin Ahmad sebagai Taruna. Manakala P.Ramlee sendiri memegang watak sebagai hero kedua iaitu Aduka. Semerah Padi meraih kejayaan yang besar dan nama Nordin Ahmad melonjak naik setaraf dengan P.Ramlee dan hero hero yang lain ketika itu. Nordin Ahmad menangis mengucapkan terima kasihnya kepada P.Ramlee. P.Ramlee juga sebak dadanya melihat kejayaan sahabatnya itu.

Bertolak dengan kejayaan itu, Nordin Ahmad telah menerima tawaran daripada pihak studio Cathay-Keris. Tawarannya sangat lumayan berbanding di Jalan Ampas. Nordin Ahmad telah pergi berjumpa P.Ramlee untuk meminta nasihat. P.Ramlee berkata kepada Nordin Ahmad “Pergilah sahabatku, tiada apa yang lebih baik dapat kuberikan padamu disini kerana disini penuh dengan pancaroba”. Secara rasminya pada tahun 1958 Nordin Ahmad berhijrah ke Studio Cathay-Keris.

Apabila di Cathay-Keris nama Nordin Ahmad terlalu hebat. Lakonan beliau juga lebih berkarisma dan dinamik. Sehingga pada satu ketika filem-filem keluaran Cathay-Keris hanya bergantung kepada filem filem lakonan Nordin Ahmad untuk mencapai tahap box office. Ramai pengarah disana berlumba lumba untuk mengambil Nordin Ahmad berlakon sebagai hero di dalam filem arahan mereka.

Apabila nama Nordin Ahmad sudah terkenal, beliau tidak pernah melupakan jasa-jasa P.Ramlee walaupun mereka berlainan studio. Sesekali Nordin Ahmad akan berkunjung ke rumah P.Ramlee untuk bertanya khabar dan bertukar pandangan mengenai kerjaya masing masing. Nordin Ahmad sering berkata kepada rakan rakan pelakon di Cathay-Keris bahawa kalau bukan P.Ramlee yang bagi aku peluang berlakon di dalam Semerah Padi, aku tidak akan jadi begini sekarang.

Begitulah sedikit perkongsian dari saya mengenai dua ikon atau legenda filem Melayu klasik yang sangat tersohor. Jangan tidak tahu mereka berdua berasal dari Pulau Pinang. Betapa sedihnya P.Ramlee semasa menerima berita kematian Nordin Ahmad dengan berkata “I’ve lost a good friend. Dunia filem Melayu kehilangan seorang bintang yang sangat besar. There will never be another Nordin Ahmad”. Itulah kata-kata P.Ramlee kepada wartawan sambil menahan sebak.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Leave A Reply