Here’s a list of all of our authors.
Our Authors
ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan54 Articles
Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.53 Articles
Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.52 Articles
Khairul Azri mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan dan pasaran kewangan semenjak 7 tahun lalu. Mulai dikenali kerana tulisan-tulisan berkaitan ekonomi di Facebook pasca PRU14 lalu dalam bahasa yang mudah difahami berserta sumber dan rujukan yang tepat.49 Articles
Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.48 Articles
Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada45 Articles
Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.45 Articles
Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy44 Articles
Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.42 Articles
