“Spirit… Spirit of the coin, silalah tunjuk siapa jodoh sebenarnya admin TP yang nama dia Jiji Azizan.”
Dialog di atas memang macam kita pernah dengar. Tentang permainan papan di mana terdapat sebuah syiling ditengah-tengahnya. Papan tandanya merangkumi huruf A-Z, nombor 0-9, ditulis dengan perkataan ‘Yes’, ‘No’, ‘Home’ dan ‘Good Bye’. Kononnya melalui permainan ini, setiap orang boleh memanggil roh untuk berbicara dengan pemain-pemainnya. Komunikasi akan berlaku dalam bentuk di mana syiling konon digerakkan oleh kuasa ghaib, membentuk huruf-huruf tertentu. Sambil itu, setiap pemain dengan muka tak malunya bersumpah bahawa bukan mereka yang gerakkan syiling itu. Mungkin untuk soalan di atas, syiling akan menjawab…
“Admin Jiji Azizan terlalu hodoh untuk berjodoh.” (Contoh jawapan.)
Versi di Malaysia lebih dikenali sebagai Spirit Of The Coin. Permainannya lebih kurang dengan Ouija Board, tetapi mungkin sebab betapa tidak ada bajetnya pelajar-pelajar kita di asrama sekolah atau universiti untuk memiliki permainan ini (kali terakhir penulis semak di Lazada, harga Ouija Board yang dijual ialah RM 149), maka mereka pun sekadar menggunakan sehelai kertas lalu menulis sendiri setiap yang perincian untuk membentuk papan Ouija mereka tersendiri. Selebihnya adalah sejarah, kes histeria melampau menjangkiti kaum perempuan yang berbangsa Melayu dan beragama Islam sahaja. (gamaknya jin syaitan ni fetish kat perempuan Melayu ajelah kot).
Jadi, dari mana asal usulnya permainan ini? Kalau kita jejak sejarah, asal-usul Ouija Board ini ialah dari gerakan Spiritualism di Amerika Syarikat pada tahun 1840. Kepercayaan mereka mengatakan bahawa manusia berkemampuan untuk berkomunikasi dengan roh yang sudah mati. Tapi yang buat gempak habis bercakap dengan roh orang yang dah mati ni adalah adik beradik Fox (Margaretta “Maggie” Fox, 14 dan Kate Fox, 11) yang tiba-tiba pergi buat dakwaan yang mereka mampu berkomunikasi dengan roh orang mati.
Komunikasi antara mereka berlaku dengan kononnya kalau terdengar bunyi ketukan di dinding atau seumpama dengannya adalah percubaan roh orang mati nak berkomunikasi dengan mereka. Dalam masa yang singkat, kisah mereka ini pun jadi popular dan sampai ke seluruh Amerika Syarikat. Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat Amerika ketika itu untuk berkomunikasi dengan roh orang mati. Contohnya macam saling berpegang tangan, sambil menunggu meja terbalik. Tapi cara ni membosankan.
Sampailah ada orang pergi ciptakan sebuah papan yang agak sama seperti mana Ouija Board moden hari ini. Papan tanda tersebut terdapat alphabet, angka, perkataan “yes” dan “no”, “good evening, dan goodnight.” Papan komunikasi dengan roh ni kemudiannya mendapat perhatian New York Daily Tribune pada 1896 dan dilaporkan secara meluas. Cara terakhir ini menjadi sangat popular sampai menarik perhatian kapitalis seperti Eijah Bond, Charles Kennard dan William H.A untuk menjualnya sebagai “mainan”, malah mempatenkan ciptaan tersebut.
Idea untuk memanggil papan tersebut sebagai Ouija datang daripada Kennard yang kononnya berilhamkan daripada perkataan Mesir Purba yang bermaksud “good luck.” Terdapat kisah lain pula yang datang daripada William Fuld, seorang pekerja di syarikat penghasilan papan Ouija ini. Katanya Ouija ni nama yang dia cipta, datang daripada Bahasa Jerman dan Perancis yang bermaksud “yes”.
Kononnya ketika proses mempatenkan permainan Ouija Board ini, asalnya pegawal yang bertugas. Ketika itu, Eija Bond bersama dengan kakak iparnya Helen Peters diminta untuk membuktikan bahawa papan tersebut mampu berfungsi denganj betul barulah hak paten diberikan kepada mereka. Persoalan yang diminta ditanyakan kepada “roh” disekeliling mereka ialah nama pegawal yang bertugas, yang kononnya tidak diketahui langsung oleh Bond dan Peters.
Dan mengejutkan, betapa papan Ouija Board itu mampu mengeja nama pegawal tersebut. Lantas, dengan muka pucat, dan badan yang menggigil ketakutan, maka hak paten diserahkan kepada Bond. Hari ini, hak paten telah dimiliki oleh Hasbro yang memiliki hak dalam penjualan permainan ini, malah ke atas filem yang bakal atau sedang dibuat oleh mereka.
Penjelasan sains disebalik fenomena Ouija Board ini dikenali sebagai ideomotor phenomenon, di mana fenomena yang berlaku melibatkan kedua-dua pemain papan Ouija ini tidak menyedari otot mereka bergerak sendiri. Ini barangkali dipandu oleh otak yang mencipta gambaran berdasarkan soalan yang anda tanyakan kepada papan tersebut. Otot akan bergerak tanpa sedar, membentuk jawapan seperti mana yang anda bayang dan gambarkan.
Jadi, kalau lepas ni kau orang main permainan ni, ada tiga kemungkinan. Jin dan syaitan memang nak bermain dengan kau, kawan kau penipu dan nak kenakan kau, atau penjelasan ketiga paling relevan antara semua, otot jari-jemari kau sendiri yang gerakkan tanpa kau menyedarinya.
RUJUKAN:
McCarthy, Erin. (2014). A Brief History of the Ouija Board. Mental Floss.
McRobbie, L.R (2013). The Strange and Mysterious History of the Ouija Board. Smithsonian.
Abbot, Karen. (2012). The Fox Sisters and the Rap on Spiritualism. Smithsonian.
Romano, Aja. (2018). How Ouija boards work. (Hint: It’s not ghosts.). Vox.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih