Baru-baru ini, satu kajian yang diterbitkan dalam majalah Frontiers in Ecology and Evolution mendedahkan otak manusia telah mengecil kira-kira 3,000 tahun lalu. Pendedahan ini merupakan satu perkara yang mengejutkan dalam kajian evolusi manusia.

Dan para saintis percaya ia terjadi kerana pengkhususan kerja dan perkongsian maklumat melalui pembangunan bahasa dan lingkaran sosial. Ini mengakibatkan otak manusia lebih bijak memanfaatkan tenaga dan mengecil dari segi saiz. Walaupun perubahan otak saiz manusia dikesan mengikut lipatan sejarah, perubahan yang paling signifikan pada era Pleistocene atau tahun-tahun terakhir Zaman Ais kira-kira 12,000 tahun lalu.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Mengikut penulis kajian Profesor Jeremy M. DeSilva, kira-kira enam juta tahun lalu, otak manusia mempunyai saiz yang besar iaitu kira-kira empat kali ganda daripada saiz otak hari ini. Kajian ini dibuat dengan membuat pentarikhan saintifik yang berkait dengan analisis titik perubahan bagi menentukan perubahan yang dilalui otak manusia.

Dapatan mereka mendapati otak manusia mula mengalami perubahan positif kira-kira 2.1 juta dan 1.5 juta tahun lalu. Pentarikhan ini dilihat sama dengan rekod arkeologi dari segi evolusi awal dan perubahan teknologi dan inovasi pada ketika itu. Salah satu daripadanya ialah kawalan api oleh kumpulan Homo sapiens.

Tetapi pengurangan otak yang terbaru berlaku kira-kira 3,000 tahun lalu. Menariknya, pengurangan otak berlaku bukan kerana perubahan diet, pengurangan saiz badan atau peralihan kepada kehidupan domestik. Tetapi ia terjadi kerana pengambilan ilmu dari luar dan kelebihan dalam membuat keputusan secara berkumpulan – biasanya terjadi apabila wujud hierarki sosial manusia.

Semua itu mula berlaku antara 10,000 dan 6,000 tahun lalu, tempoh di mana manusia tinggal di kawasan petempatan dan mengamalkan pertanian tersusun. Tempoh ini dikenali juga sebagai Revolusi Neolitik. Disebabkan kewujudan lebihan hasil pertanian, masyarakat mula terbentuk menerusi hierarki, patriarki dan pembahagian kerja buruh khusus. Dari situ, terbentuklah kelas-kelas sosial seperti artisan, petani, pengembala haiwan ternakan dan ketua-ketua puak.

Apabila manusia duduk dalam hierarki sosial tersusun dengan pelbagai idea disumbang dalam proses membuat keputusan, ia membawa kepada kemunculan kepintaran terkumpul. Profesor DeSilva yang mengajar di Jabatan Antropologi, Kolej Dartmouth juga percaya otak manusia moden lebih kecil hari ini kerana kewujudan teknologi komputer awam yang berperanan sebagai penyimpan memori luar manusia.

Ini disokong oleh Dr James Traniello dari Jabatan Biologi, Universiti Boston di mana idea kepintaran terkumpul atau sekumpulan orang lebih pintar daripada orang yang paling bijak. Konsep ini dipanggil sebagai konsep kepintaran orang ramai (wisdom of the crowd). Traniello juga percaya semut turut berkongsi pengecilan otak sama seperti manusia. Ini terjadi akibat kognitif tahap kumpulan dan pembahagian kerja sekaligus membawa kepada variasi adatapsi otak yang berbeza.

RUJUKAN

Sahir. (2021, 26 Oktober). Three Thousand Years Ago Human Brain Size Decreased, Says Study. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.