Selepas sahaja Si Dia Yang Zalim mengambil alih pemerintahan di Jerman, dia terus nak buat satu perancangan yang sangat gila iaitu menakluk seluruh Eropah. Sasaran pertamanya mestilah negara-negara yang berada berdekatan dengan Jerman seperti Poland. 

Apabila Poland sudah ditakluk, brader misai kontot terus laksanakan dasar penjermanan semua perniagaan milik Yahudi. Bermakna segala benda yang ada kaitan dengan Yahudi akan dirampas tanpa diberi apa-apa pampasan. Ada je yang sudi membeli perniagaan Yahudi ni tapi dengan begitu murah.

Salah satunya adalah Oskar Schindler yang bekerja sebagai pengintip bagi pihak tentera Jerman. Dia telah menubuhkan Emalwarenfabrik Oskar Schindler atau lebih dikenali sebagai Emalia sebaik sahaja mengambil alih perniagaan daripada orang yahudi.

Macam biasa bagi orang yang berniaga, keuntungan dan duit akan menjadi matlamat utama. Nak dapatkan keuntungan, Oskar Schindler perlukan ramai pekerja. Tapi masalahnya orang-orang tempatan banyak yang dah pergi sertai tentera Jerman. Maka terjadilah kekurangan tenaga kerja di sini.

Kebetulan pula berdekatan dengan Emalia, terdapat satu kem tahanan Yahudi yang dipanggil kem Plaszow. Oskar Schindler nampak peluang ini boleh digunakan untuk menghasilkan lebih banyak wang. Sebab Yahudi boleh dikerah sebagai buruh paksa dan tidak akan dibayar gaji sama sekali. Paling baik pun Oskar Schindler cuma bagi mereka makan sahaja.

Jadi Oskar Schindler pun ambil 1000 orang buruh paksa Yahudi untuk bekerja dengannya. Bila dah selalu tengok dan hadap muka Yahudi ni setiap hari, timbul rasa simpati dalam diri Oskar Schindler. Sebab Yahudi ni macam dah tak makna sangat nak hidup. Yelah kerja dekat Emalia cuma dapat makan je dan balik ke kem Plaszow pasti akan kena seksa dengan SS. Begitu hidup Yahudi di Poland sehingga kembali ke alam sebalik mata.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Melihat kepada keadaan Yahudi yang serba daif dan malang, Oskar Schindler banyak kali campur tangan bagi memastikan kehidupan mereka lebih. Kadang kala Oskar Schindler merasuah dan merayu pegawai kem Plaszow agar tidak membawa Yahudi pulang. Tapi lama kelamaan taktik ini tidak berjaya. Terpaksa Oskar Schindler fikir cara baru untuk Yahudi kekal di Emalia.

Oskar Schindler pun pergi tambah bahagian pembuatan senjata bagi mengekalkan Yahudi di Emalia. Katanya buruh paksa Yahudi ni penting dalam penghasilan senjata. Kalau nak senjata siap dengan cepat, mereka perlu bekerja lebih masa. Nak bagi lebih mudah, biarkan je deme tinggal dekat Emalia. Padahal itu adalah taktik untuk memperdayakan SS bagi menyelamatkan 1000 orang Yahudi. 

Bagi memastikan Yahudi terus selamat, Oskar Schindler meminta kebenaran SS agar Emalia dibenarkan untuk ditukar menjadi kem. Tujuannya adalah untuk mengelakkan Yahudi menjadi mangsa kekejaman dan boleh hidup dengan gembira di Emalia. Kegiatan itu berjaya dihidu oleh SS dan Oskar Schindler telah ditangkap sebanyak 3 kali. Tapi SS tak cukup bukti nak dakwa dia atas tuduhan memberi bantuan kepada Yahudi. 

Businessman Oskar Schindler speaks about saving lives during the Holocaust of Germany’s Third Reich at an interview with United Press International.

Sebagai balasan, SS memaksa orang Yahudi yang tinggal di Emalia kembali ke kem Plaszow. Oskar Schindler telah bertindak dengan membawa baki buruh paksa Yahudi yang masih ada ke Brünnlitz yang terletak di Bohemia. Disana Brünnlitz turut membuka kilang senjata sebagai penyamaran untuk melindungi 1000 orang Yahudi. Untuk memastikan kegiatannya tak kantoi, Oskar Schindler telah memalsukan laporan penghasilan senjata.

Penderitaan 1000 orang Yahudi yang dilindungi Oskar Schindler berakhir setelah Red Army menyerbu masuk ke Brünnlitz. Oskar Schindler pulak telah melarikan diri untuk memulakan hidup baru. 

Hari ini jasa  Oskar Schindler sangat dihargai oleh orang-orang Yahudi seluruh dunia. Segala jasa itu dibalas dengan pengebumikan Oskar Schindler di Gunung Zion, Israel. Senang cerita Oskar Schindler boleh dianggap sebagai messiah kecil bagi orang Yahudi. 


Hari ni adalah HARI TERAKHIR untuk korang beli KITAB TAMADUN YAHUDI dengan PROMOSI PRATEMPAH DISKAUN RM10. Cepat beli di bit.ly/kitabtamadunyahudi

 

RUJUKAN

United States Holocaust Memorial Museum. (2023, Februari 10). Oskar Schindler. Holocaust Ecyclopedia. Dipetik daripada https://encyclopedia.ushmm.org/content/en/article/oskar-schindler

Waxman, B. (2018, Disember 7). ‘He was sent by god to take care of u’: Inside the real story behind schindler’s list. Time. Dipetik daripada https://time.com/5470613/schindlers-list-true-story/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Leave A Reply