– Seruling Mulut Dan Tangan Masyarakat Penan, Sarawak
BERBICARA mengenai peralatan alat muzik tradisional yang ada di dalam masyarakat Sarawak sebut sahaja sape sudah terkenal seantero dunia malah sekarang sudahpun membarisi persembahan acara-acara bertaraf dunia. Malah tarian-tarian tradisional seperti Ngajat bagi masyarakat Iban, Tarian Beuh bagi Bidayuh dan Datun Julud untuk Kaum Orang Ulu sememangnya antara seni tari yang global sekarang.
Untuk konteks etnik Penan iaitu salah satu pembentuk masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak sudah tentu amat kurang kita mengetahui mengenai mereka. Baik dari tarian mahupun alat muzik tradisional mereka yang mana jika diikutkan sejarah mereka adalah antara yang terawal sekali dijejaki pernah ada di Borneo. Walau tidak banyak publisiti namun hakikatnya etnik Penan itu tidak pernah kurang dengan seni budaya mereka dan keunikannya juga tidak pernah kalah dengan etnik-etnik yang pelbagai di Sarawak Bumi Kenyalang.
Oreng atau Ilut merupakan alat muzik tradisional masyarakat Penan yang begitu unik sekali untuk kita ketengahkan. Ini kerana jika disamakan dengan peralatan muzik moden yang sering dimainkan di dunia barat ianya hampir saja dengan instrumen yang dikenali dengan nama “jaw harp”. Bezanya jika di dunia barat ianya boleh dimainkan oleh mana-mana jantina tetapi untuk masyarakat Penan pula, Oreng atau Ilut itu hanya jantina wanita yang boleh memainkannya.
Umum mengetahui betapa masyarakat Penan itu begitu menghormati alam semulajadi dan setiap bibit penghidupan mereka sehingga ke hari ini masih lagi dikuasai oleh kepercayaan seperti itu. Dan kerana suatu waktu dahulu, etnik Penan ini terkenal dengan berburu di hutan belantara sebagai mata pencarian mereka maka ianya juga sinonim dengan kepercayaan mengenai hanya wanita sahaja dibenarkan untuk memainkan oreng. Sekiranya ada jantina lelaki yang memainkannya adalah dipercayai mereka akan sesat di hutan yang mana sesuatu yang agak mustahil bagi etnik yang terkenal dengan berburu ini.
Jangan pandang sipi-sipi untuk menjadi seorang pakar di dalam meniup seruling mulut dan tangan ini kerana ianya tidaklah semudah yang disangka. Di dalam tiupan Oreng harus ada kelembutannya agar ianya boleh memberi impak kepada setiap halwa telinga yang mendengarnya. Masyarakat Penan mempercayai bahawa setiap irama atau nada Oreng yang dimainkan sebenarnya mampu mengukir rasa dalaman setiap peniupnya samada di dalam emosi gembira mahupun kesedihan.
Mungkin ramai antara kita tidak pernah mendengar Oreng ini dimainkan kerana ianya tidak begitu diketengahkan dan yang lebih membimbangkan dikatakan yang pakar-pakar peniup Oreng hanya dikalangan warga emas masyarakat Penan. Ini kerana generasi muda mereka tidak begitu berminat untuk mempelajarinya.
Harus ada satu mekanisma yang pro-aktif bagi memastikan alunan Oreng atau Ilut ini akan dimainkan sampai bila-bila kerana ini merupakan satu warisan yang harus kita pertahankan. Janganlah satu hari nanti kita hanya mampu melihat Oreng dengan peniupnya di dalam gambar-gambar vintage ataupun “youtube”, itupun jikalau pernah ada yang merakamnya.
Tidak kenal maka tidak cinta.
-HB-
#KamekSayangSarawakBah!
Kredit gambar: CJ.MY
Rujukan:
1. Citizen Journalist Malaysia, 16 Mei 2012 oleh Gayut Lim
http://cj.my/post/64555/keunikan-alat-muzik-masyarakat-penan/
2. Penan Music
Penan Music
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih