Sebelum ini penulis ada membahaskan tentang siapakah gerangan pemilik nama Dracula iaitu Vlad III The Impaler. Vlad III dan ayahnya, Raja Vlad II telah menganggotai sebuah organisasi rahsia yang kebanyakkan ahli anggota organisasi ini terdiri daripada titisan darah para bangsawan. Organisasi rahsia ini dikembangkan oleh seorang pemimpin agung Hungary, Raja Sigismund of Luxembourg sebelum baginda ditabalkan menjadi Maharaja Rom Suci menguasai kerajaan di Itali & Jerman.

Tajuk kali ini akan menceritakan serba sedikit apakah itu Order of the Dragon, kenapa ianya ditubuhkan, apakah matlamat organisasi ini dan lain-lain lagi.

PENGENALAN ORDER OF THE DRAGON.

• Dalam sekitar tahun 1408 M, Raja Sigismund yang masih memegang gelar pemerintah di kerajaaan Hungary telah mendirikan sebuah organisasi rahsia yang bertujuan untuk mempertahankan agama Kristian kerana pada masa ini di pihak musuhnya iaitu Empayar Turki Uthmaniyyah telah berjaya meluaskan kuasa jajahannya sehingga mencapai ke perbatasan wilayah kekuasaan kerajaan Kristian Hungary atau wilayah ‘Holy Roman’.

• Organisasi ini diberikan nama sebagai Order of the Dragon.

• Nama lain organisasi ini:

1) Di dalam bahasa Jerman lebih dikenali sebagai adalah Drachenorden.

2) Di dalam bahasa Latin ianya disebut sebagai Societalis Draconistarum.

• Pada awal penubuhan organisasi ini ianya kebanyakan disertai oleh para bangsawan & keturunan raja yang memerintah wilayah Kristian iaitu seramai 21 orang, diantaranya ialah:

1) Stefan Lazarevic.
2) Hermann II.
3) Fredericus.
4) Nicolaus de Gara.
5) Stiborius de Stiboricz.
6) Joannes Henrici de Thamassy.
7) Jacobus Laczk de Zantho.
8) Joannes de Maroth.
9) Pipo de Ozora.
10) Nicolaus de Zeech.
11) Karolus de Corbauia.
12) Symon de Zecheen.
13) Joannes de Corbauia.
14) Joannes de Alsaan.
15) Petrus Cheh de Lewa.
16) Nicolaus de Chak.
17) Paulus Byssenus.
18) Michael.
19) Petrus de Peren.
20) Emericus de Eadem.
21) Nicolai de Gara.

• Dan setelah beberapa tempoh waktu, keanggotaannya hanya bertambah ke angka 24 orang sahaja.

• Misi utama organisasi ini adalah untuk mempertahankan peradaban Barat, melindungi agama Kristian & menggabungkan hal-hal ketenteraan dengan hal-hal keagamaan di dalam satu sistem yang dikendalikan oleh para bangsawan.

• Pada mulanya gerakan ini hanya menumpukan di beberapa kawasan yang berbatasan dengan wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyyah seperti daerah Balkan yang berada di selatan kerajaan Hungary.

• Gerakan ini ini berkembang dengan mekarnya memasuki ke kawasan Eropah pada awal permulaan abad ke-15 M seperti di wilayah Jerman & Itali.

• Tetapi pada tahun 1413 M, Raja Sigismund memanggil beberapa orang putera raja & orang suruhan yang dipercayai dapat menggunakan mereka dalam melicinkan segala misi yang dijalankan oleh organisasi ini.

Misi objektif kali ini adalah meluaskan pengaruh organisasi ini sehingga ianya mampu diterima oleh masyarakat Kristian pada waktu itu tidak mengira yang bermazhab Katolik atau Orthodok.

• Di antara anggota yang baru menyertai organisasi ini ialah :

1) Stibor de Beckov.
2) Hrvoje Vukcic Hrvatinic.
3) Vuk Lazarevic.
4) Fruzhin.
5) Vlad II Dracul.
6) Vlad III Draculae.
7) Alfonso V of Aragon.
8) Skanderbeg.
9) Ferdinand I.
10) Benjamin de Benyo.
11) Oswald von Wolkenstein.
12) Vladislas II.
13) King Ladislaus II.
14) Grand Duke Vytautas.
15) King Henry V.

DARI MANA RAJA SIGISMUND MENDAPAT IDEA UNTUK MENUBUHKAN ORGANISASI INI?

Ada beberapa pendapat & kisah yang mencatatkan bagaimana Raja Sigismund mendapat ilham untuk menubuhkan organisasi ini, diantaranya:

1) Pendapat pertama:

– Diceritakan, asal muasal organisasi Order of the Dragon adalah cedokan dari sebuah organisasi yang pernah muncul pada masa pemerintahan Sultan Murad I dari empayar Turki Uthmaniyyah iaitu di akhir abad ke-14 M.

– Organisasi yang dinamakan sebagai ‘The Sacred Order of the Dragon’ ditubuhkan oleh seorang panglima dari Serbia iaitu Milos Obilic.

– Organisasi yang diasaskan oleh Milos Obilic ini disertai oleh 20 orang anggota yang terdiri daripada para sahabat & kaum kerabat terdekatnya.

– Tujuan penubuhan organisasi ini hanya satu sahaja iaitu membawa misi utama membunuh Sultan Murad I & misi ini berjaya dilaksanakan oleh Milos di dalam Perang Kosovo Polje yang terjadi pada tanggal 15 Jun 1389 M.

Perang ini terjadi diantara tentera kerajaan Serbia pimpinan Putera Lazar Hrebeljanovic terhadap pasukan tentera Uthmaniyyah pimpinan Sultan Murad I.

– Ketika sedang berkecamuknya perang, Milos Obilic & 20 orang anggotanya berjaya menerobos masuk ke kawasan perkhemahan tentera
Turki Uthmaniyyah serta dengan pantas mereka menuju ke khemah Sultan Murad I.

Milos berjaya membunuh Sultan Murad dengan hanya satu tikaman, tetapi sayangnya Milos juga mati ditikam oleh pengawal peribadi sultan.

– Daripada 20 orang anggota ini hanya seorang sahaja yang terselamat & berjaya melarikan diri (namanya tidak dicatatkan).

– Setelah terjadinya tragedi ini, maka 20 orang anggota ini menjadi masyhur di kalangan masyarakat Kristian pada ketika itu sehingga mereka ini digelar sebagai ‘The 20 Conspirator’.

– Nama Milos pun menjadi legenda dikalangan masyarakat pada masa itu sehingga banyak puisi & kisah dongeng yang mengisahkan tentang sejarah hidupnya yang agung serta kisah-kisah mengenainya tidak terlepas daripada pengisian yang sengaja ditokok tambah oleh pihak tertentu.

Contohnya : Dikatakan Milos merupakan anak kepada seekor naga yang datang daripada angkasa.

– Kisah agung berkenaan Milos Obilic yang menubuhkan organisasi rahsia ini demi melindungi agama Kristian menginspirasikan Raja Sigismund untuk menubuhkan Order of the Dragon di kemudian harinya.

2) Pendapat kedua:

– Kisah kedua ini lebih dipercayai & ramai di kalangan ahli sejarah yang menyetujui pendapat ini.

– Pada tanggal 12 Disember 1408 M, setelah Raja Sigismund memenangi pertempuran di dalam Perang Dobor mengalahkan para bangsawan Crotia & Bosnia maka baginda menubuhkan Order of the Dragon.

– Baginda mendapat ilham untuk mengasaskan gerakan ini daripada gerakan yang pernah muncul dalam sekitar tahun 1326 M.

– Gerakan yang dimaksudkan itu adalah ‘Hungarian Order of Saint George’ yang diasaskan oleh Raja Carol Robert of Anjou.

ORDER OF THE DRAGON : LOGO & MAKNANYA.

Setiap organisasi ataupun suatu gerakan pasti adanya suatu tanda yang dibawa oleh mereka sebagai simnbol perjuangan atau simbol matlamat yang dibawa oleh mereka.

• Raja Sigismund mengambil haiwan mitos yang terkenal iaitu naga & lambang salib sebagai simbol gerakannya.

• Naga di dalam logo ini digambarkan sebagai seekor naga yang dilingkari oleh ekor yang panjang di lehernya.

• Naga dipilih sebagai logo organisasi ini kerana ianya membawa maksud sebagai ‘Beast of Revelation’ atau bahasa yang lebih mudah
ianya lebih dikenali sebagai Satan- Syaitan ( who is slain forces of good ).

• Dalam logo asli Order of the Dragon, tertera dua tulisan iaitu:

1) ‘O guam misericors est Deus’ – Ditulis secara menegak.

2) ‘Justus et pacieus’- Ditulis secara melintang.

• Lambang salib yang digunapakai di dalam logo ini dikenali sebagai Palang Merah Saint George.

Saint George dikenali sebagai ‘Dragon Slayer’.

• Selalunya simbol naga ini ditempa di cap mohor kerajaan, dijadikan kalung atau loket ataupun dipahat di wang syiling.

Seperti Vlad II yang sangat berbangga & mengagungkan organisasi ini, beliau menempa simbol naga bersayap di atas wang syiling
kerajaan Wallachia.

• Setelah kematian Raja Sigismund pada tanggal 9 Disember 1437 M beserta berkembangnya organisasi ini maka simbol ini pun bertukar-tukar
wajah tetapi ianya masih mengekalkan ciri asli logo asal iaitu tidak dibuang simbol naga mahupun simbol salib Saint George & pada waktu
ini logo ini hanya dipakai oleh beberapa orang keluarga bangsawan atau keturunan diraja sahaja.

Sumber Rujukan:

1) Dracula: Prince of Many Faces by Radu Florescu & Raymond McNally, 1989.

2) From the Order of the Dragon to Dracula by Constantin Rezachevici, 1999.

3) Order of the Dragon Founded, History Channel.

– TAMAT –


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply