Pentaksub-pentaksub teori konspirasi saban hari semakin membiak menyebarkan info tidak benar sepanjang wabak COVID-19. Ia umpama cendawan tumbuh selepas hujan, tidak berhenti menyebarkan berita-berita palsu semata-mata menakutkan orang ramai. Namun begitu, para saintis telah bersepakat akan kepercayaan teori konspirasi ini:
Teori konspirasi menyeksakan manusia.
Kajian baru menunjukkan ‘trend’ di mana apabila kepercayaan seseorang terhadap teori konspirasi ini tinggi, semakin rendah keupayaan untuk berfikiran kritikal. Menurut ahli psikologi bernama Anthony Lantian dari Paris Nanterre Unversity, teori konspirasi cenderung untuk menerangkan sebab utama dalam memahami peristiwa penting (sosial, politik, perubahan cuaca dan sebagainya), dengan menyalahkan organisasi rahsia yang terdiri dari ahli-ahli berpengaruh atau organisasi yang mempunyai perancangan untuk melaksanakan peristiwa-peristiwa itu.
Mula-mula pengkaji memberikan penilaian upaya pemikiran kritikal kepada 338 orang pelajar jurusan ijazah muda dengan menjawab soalan pada ujian versi Perancis bernama Ennis-Weir Critical Thinking Essay Test. Kemudian mereka menilai kecenderungan pelajar kepada teori konspirasi dan keupayaan berfikiran kritial.
Pemikiran kritikal, seperti yang kita sedia maklum adalah keupayaan untuk berfikiran logik atau relevan dalam menghadapi sebarang masalah atau ancaman. Ini termasuk juga menapis informasi-informasi manakah yang benar atau palsu, mengetahui pandangan orang lain, dan berfikir luar kota untuk mencapai keupayaan ini.
Sebelum wujudnya golongan mempercayai teori konspirasi, kita perlu ingat bahawa tidak semua manusia mempunyai keupayaan pemikiran kritikal ini. Ini tidak bermaksud mereka tidak berapa bijak, namun kehidupan mereka tidak memerlukan keupayaan pemikiran kritikal.
Para pengkaji tidak menemui sebarang bukti mengenai keupayaan berfikiran kritis subjektif yang tinggi (atau rendah) dalam golongan pentaksub teori konspirasi ini. Kata Lantian, tidak sesuai jika pengamal teori konspirasi ini melihat diri mereka sebagai pemikir.
Ini tidak bermaksud bagi mereka yang berfikiran kritis, mereka tidak akan terpera.ngkap dalam mempercayai perkara-perkara yang terkeluar dari realiti. Setiap pemikiran antara kita adalah berbeza kerana naluri sebagai makhluk sosial, menyebabkan ada antara kita mempercayai kepada mereka yang sebahagian dari kolompok sendiri, tidak kira berapa banyak ilmu di dada.
Kepercayaan memainkan peranan penting terhadap sesiapa yang kita percaya; kita cenderung untuk mempercayai sesiapa saja melebihi menapis sebarang informasi yang salah. Para penyelidik juga menghubungkan keperluan untuk percaya kepada individu yang lebih tinggi dari percaya kepada konspirasi.
Sementara Lantian dan pasukan penyelidikannya menunjukkan bahawa pemikiran kritis mampu menurunkan peluang seseorang percaya kepada teori konspirasi, penemuan ini juga tidak dapat tentukan sama ada pemikiran ini mampu mengesan konspirasi yang sebenar.
Berbalik kepada kajian 338 orang pelajar ijazah muda, terdapat keseragaman dari populasi pelajar ini dalam berfikiran kritikal selepas menjawab soalan-soalan yang diberi. Ini bermaksud kajian ini tidak semestinya tepat dalam mengkaji pemikiran masyarakat dan pengkaji tidak menemui sebarang hubungan yang membenarkan teori mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat kajian lepas yang dapat membuktikan bahawa seseorang yang berpendidikan tinggi cenderung untuk tidak mempercayai teori konspirasi.
Kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi bernama Dan Kahan bersama kumpulannya dari Yale University berkenaan pemberian soalan kepada para peserta menunjukkan keputusan yang diimpikan: kebanyakan peserta mempunyai mata tertinggi dalam menjawab soalan berkenaan sains yang memerlukan pemikiran tinggi – bermaksud mereka mempunyai kemahiran tinggi dalam pemikiran bebas.
Kahan dan pasukannya juga menemui bahawa sifat ingin tahu adalah kunci untuk mengatasi kepercayaan maklumat yang bias dan salah yang cenderung seseorang untuk menerimanya.
Dari sini kedua-dua pasukan penyelidikan psikologi konklusikan bahawa pemikiran kritis membantu seseorang untuk menapis sebarang informasi yang kontradik berbanding percaya membabi buta terhadap teori konspirasi, selagi konspirasi itu masih boleh dicabar. Mereka berharap bahawa kajian ini mampu membantu pengkaji lain bagi mencari jalan untuk kritikalkan minda masyarakat apabila berdepan dengan sebarang lambakan informasi.
RUJUKAN:
Koumoundouros, Tessa. (11 July 2021). Belief in Conspiracies Tied to Lower Critical Thinking Skills, But Don’t Get Smug. Science Alert.
Maybe A Free Thinker But Not A Critical One: High Conspiracy Belief Is Associated With Low Critical Thinking Ability. Applied Cognitive Psychology.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih