Eropah pernah ada satu zaman kegelapan yang tidak selamat untuk hidup. Ramai dulu rela mengamalkan gaya hidup serba jahil tanpa mengambil kira nilai kemanusiaan. Mereka menyambung pegangan sebegini hingga Empayar Rom datang menyebarkan pemikiran bertamadun. Namun Rom mengambil masa selama beberapa abad sebelum berjaya menjadi sebuah kuasa rantau.
Sekitar 400 S.M., Rom hanyalah sebuah republik yang baru segar tanpa pengaruh raja jahat seperti Lucius Tarquinius Superbus (535-509 S.M.). Inilah zaman yang sangat gelap dalam lembaran sejarah benua. Denmark pun tidak terkecuali. Dan tiada siapa lebih tahu tentang zaman kegelapan Denmark melainkan seorang lelaki daripada Tollund.
Orang Tollund bukan lagi seorang yang bermisteri. Hari ini sudah ada banyak ilmu pengetahuan tentangnya. Kalau tengok pada rangkanya, Orang Tollund nampak seperti baru meninggal dunia padahal sudah beralaf-alaf. Itulah rahsia pertama yang disingkap saintis.
Penemuan Orang Tollund
Denmark adalah sebuah negara yang kaya dengan tanah gambut serba subur untuk apa-apa jua tanaman bersesuaian dengan cuaca dan musim. Bagi yang tidak faham definisi pertanian, tanah gambut sebenarnya bukan tanah pun. Denmark mempunyai suhu yang sejuk. Jadi air yang bertakung lambat kering. Kalau ada saluran dan larian air, memang akan bertakung lama. Tumbuhan tertentu akan mαti jika air bertakung lama. Dalam keadaan ini, tumbuhan yang mαti akan lambat lerai (Bell, 2013).
Maka terjadilah tanah gambut. Untuk menanam sesuatu di Denmark, sebuah kawasan perlu dibersihkan terlebih dahulu. Tanah gambut tidak boleh digunakan secara pukal, tambah pula kalau masih bertakung. Jadi pada 8 Mei 1950, Viggo dan Emil Hojgaard dibayar untuk membersihkan tanah gambut di sebuah kawasan luas. Tanpa disangka, mereka menemui mαyαt yang dibuang berkedudukan seperti bayi (Foer, Morton, & Thuras, 2019). Viggo dan Emil terus berhenti.
Kerana mereka sangka itu adalah orang yang dibµnµh. Sudahlah masih segar, ditemui dalam keadaan tanpa pakaian pula. Tetapi ada banyak persoalan yang bermain dalam fikiran penyiasat. Orang Tollund ditanam dalam lingkungan 2.5 meter di bawah timbunan gambut. Pakaiannya hanya topi diperbuat daripada kulit kambing.
Bagaimana Tubuhnya Boleh Jadi Seperti Ini?
Jawapan kepada persoalan ini ialah pada lokasi mayat itu ditemui iaitu Paya Air Tawar, tanah gambut tempat dia disemadikan. Bila kita sebut paya air tawar, mesti semua terbayang baunya yang tak enak. Itu sebenarnya bau reputan bahagian tumbuh tumbuhan yang dah mati. Sebab itulah kalau kita perasan, paya air tawar banyak reranting dan dedaun yang tenggelam dalam lopak lopak air mereka.
Perkara ini juga menyebabkan rumput dan tumbuh tumbuhan lain tak boleh hidup di paya – kawasan tu kawasan bertoksik. Selepas reranting dan dedaun tu semua tenggelam, bakteria akan mereputkan bahan bahan ini menjadi makanan. Perkara ini menyebabkan gas gas metana terhasil dan inilah punca bau busuk tersebut. Di Eropah, tindak balas kimia gas ini di waktu malam telah mewujudkan mitos will o wisp.
Pereputan bahan bahan ini oleh bakteria juga telah mewujudkan kimia sampingan – asid. Kalau setakat sedikit sahaja asidnya tu tak mengapa. Namun, jumlah bahan organik yang tenggelam dalam lopak paya adalah banyak dan ini memberi bakteria tersebut makanan yang banyak. Jadi, tak hairanlah kadar asid di kawasan paya air tawar ini agak rendah. Bagi paya di kawasan Lelaki Tollund, sumber utama bahan reput dan asid tersebut ialah lumut. Tapi, apa kaitan asid ni dengan jasad paya Orang Tollund?
Bakteria ni, bergantung pada spesis masing masing, bukan semua tempat dia boleh hidup. Bakteria yang hidup di kawasan berais tak boleh hidup di Malaysia sebab panas sangat. Sama juga dengan bakteria bawah laut yang tak boleh hidup di kawasan permukaan air.
Bagi Orang Tollund, jasadnya tak mereput kerana bakteria yang bertanggungjawab dalam mereputkan bangkai tak mampu hidup di kawasan berasid. Bakteria yang mereputkan bahan organik seperti kayu tu pula tak boleh reputkan daging bangkai. Jadi, jasad itu dijerukkan oleh paya dalam keadaan yang masih sempurna.
Kenapa Orang Tollund Mati?
Orang Tollund disahkan seorang mαngsα pembµnµhan. Cuma konteks pembµnµhan itu sendiri jauh berbeza untuk dibandingkan dengan tanggapan moden. Orang Tollund pergi buat selamanya angkara tali yang masih ada pada lehernya. Saintis pada awalnya berpendapat Orang Tollund adalah penjeηαγαh yang dijatuhi hµkµman gαηtµηg sampai mαti.
Walau bagaimanapun setelah melihat segala bahan bukti, mereka memberi jawapan yang lebih meyakinkan. Tidak pasti kenapa dia dikorbαηkan. Sama ada untuk menolak bala. Ataupun sebab-sebab tertentu yang mungkin terlalu dangkal untuk difikirkan. Walau bagaimanapun, Orang Tollund diberi penghormatan terakhir dengan upacara pengebµmian lengkap.
Sebelum menjalani proses hµkµman, Orang Tollund diberi makan bubur ikan yang masih ada dalam ususnya (oleh kerana mαyαtnya diawet dalam tanah gambut). Bubur ini dimakan dalam tempoh 12 hingga 24 jam sebelum Orang Tollund pergi buat selamanya (McGreevy, 2021).
RUJUKAN:
Bell, F.G. (2013). Engineering Properties of Soils and Rocks. Elsevier. Halaman 147. Foer, J., Morton, E., & Thuras, D. (2019).
Atlas Obscura, 2nd Edition: An Explorer’s Guide to the World’s Hidden Wonders. Workman Publishing. Halaman 100. McGreevy, N. (2021, Julai 22).
What Did Tollund Man, One of Europe’s Famed Bog Bodies, Eat Before He (ditapiskan)? Smithsonian Magazine.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih