Kalau buka tv, apa korang paling suka tengok? Maharaja Lawak Mega atau Tanyalah Ustaz? Kalau soal orang Rom diorang akan jawab perlawanan berdarah Gladiator. Sadis betul selera penduduk Roma ni. Biasanya perlawanan tu akan berakhir dengan pesertanya kehilangan nyawa!

Kenapa agaknya diorang suka tonton aksi ganas Gladiator?

Ada teori mengatakan, masyarakat Rom ni pun macam kita jugak, ada masa stress.

Nak shopping kat bazar Porta Portese takde duit, awek Greek pulak lari dengan jantan Parsi dan cukai pulak makin tinggi dari hari ke hari. Jadi nak elak kepala pecah fikir masalah, beli lah tiket colosseum untuk tonton Gladiator sambil kunyah roti. Inilah satu-satunya peluang untuk rakyat biasa dapat menyaksikan persembahan yang sama dinikmati golongan bangsawan.

Maharaja Rom bagi pembiayaan yang besar untuk perlawanan Gladiator.

Salah satu sebabnya bagi melalaikan dan menyibukkan rakyat dengan hiburan. Apa untungnya? Dengan ini, rakyat takkan ada masa untuk fikir masalah korupsi dan salahguna kuasa yang berlaku dalam kerajaan. Kena baca Animal Farm oleh George Orwell baru boleh sembang.

Dari segi connection, inilah masanya rakyat biasa dapat duduk sama majlis dengan kasta atasan.

Petani ladang akan duduk dalam colosseum yang sama dengan senator atau maharaja. Waktu inilah orang biasa dapat tunjukkan apa perasaan diorang dengan situasi negara. Biasanya kalau rakyat Rom tak puas hati, diorang akan lepas geram dengan gladiator yang kalah.

Bila salah seorang peserta tumpas, nasibnya akan ditentukan oleh penonton. Hidup atau mati. Penonton yang menyimpan rasa geram akan lepaskan pada gladiator yang bernasib malang dengan menunjuk isyarat ‘thumb down’. Dengan cara ini juga, aristokrat akan tahu mood orang ramai tak berapa baik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply