Demikian hari ramai mencurahkan pendapat pasal hal perangai bank yang melingkupkan hidup orang. Siapa suka kalau duit yang penat-penat dicari tiba-tiba hilang macam itu saja? Tetapi dalam banyak pendapat, ada satu yang betul-betul merbαhαyα: pakat-pakat kita keluarkan duit daripada bank.

Kalau fikir secara mendalam, pendapat ini ibaratkan marahkan nyamuk tetapi bαkαr kelambu. Namun sebelum ulas panjang, kena faham juga – siapa suka kalau duit penat-penat dicari tiba-tiba hilang? Kalau tiada asap, masakan ada apinya.

Mungkin ramai tidak tahu, tindakan mengosongkan bank ada definisi tersendiri: bank run. Kebiasaannya bank run berlaku kerana orang ramai risaukan sesuatu… selalunya bank gulung tikar. Risau menjadi punca utama. Gulung tikar hanyalah faktor semata-mata. Bermakna kalau ada isu berbangkit, pengguna menjadi risau sampai mengosongkan akaun.

Antara bank run paling awal dalam sejarah.

Cuma hidup tidak pernah bersifat hitam putih. Dan bank juga kadangkala tidak cukup duit untuk menampung permintaan bank run. Ada kes bank run lagi teruk: bank tiada duit langsung, kerana rugi dalam banyak pelaburannya.

Setakat ini ada yang memperlekeh sentimen sedemikian, katanya orang Malaysia sekadar sembang lebat. Walau bagaimanapun, sejarah tidak pernah dan takkan sesekali menipu.

Orang Malaysia terbukti pernah melakukan bank run pada tahun 1999. Sekelip mata, sebanyak RM17 bilion (nilai sekarang: RM28.5 bilion) cuba dikeluarkan pengguna MBf Finance sampai Bank Negara kena masuk campur menyelamatkan syarikat kewangan tersebut (Fuller, 1999).

Ini bukti bank run lebih awal daripada MBf Finance.

Jadi semua yang memperlekeh sebenarnya tidak tahu sejarah barangkali.

Bala Pemusηαh Bank

Tidak boleh dinafikan yang bank run selalunya berlaku ketika negara ditimpa krisis. Pada tahun 1929, ekonomi Amerika Syarikat melutut dimαmαh sebuah krisis kewangan begitu teruk. Dan ketika ini, ramai bertindak mengosongkan akaun bank selepas menyedari orang sekeliling kehilangan simpanan seumur hidup (McGee, 2021).

Sekarang agaknya semua boleh nampak perkaitannya. Zaman semakin berubah, tetapi punca hilangnya kepercayaan orang pada bank masih sama: simpanan yang hilang.

Zaman sekarang, orang ramai tidak perlu beratur di depan bank macam tunggu promosi Starbucks. Duduk rumah boleh buat bank run secara senyap-senyap. Ini yang dikatakan silent bank run, situasi apabila pengguna bank mengeluarkan bank secara atas talian yang sukar dibendung akta-akta sedia ada bank (Fernando, 2022). Sekarang ini pun ramai lebih percaya pada institusi alternatif, seperti rizab emas dan pasaran kripto misalnya. Tambah pula pasaran kripto sekarang nilainya merudum begitu banyak ke paras “market low” (Gailey, 2022).

Jadi bank sepatutnya mengukuhkan prasarana keselamatannya. Kerana bank run secara jangka pendek dan panjang merugikan seluruh negara. Kalau bank tiada duit, sudah pastinya tiada siapa boleh pinjam. Hal ini akan merugikan semua pihak – pengguna dan negara.

Pertama sekali, pengguna bukan sama sekali suatu kumpulan yang bersatu. Masing-masing mempunyai kehendak, keperluan dan kepentingan tersendiri. Dalam kalangan pengguna juga, ada peniaga yang sangat bergantung pada pinjaman bank.

Maka bank adalah wadah yang sangat penting. Kerana perniagaan menjana ekonomi. Jika perniagaan melingkup, habislah ekonomi negara yang akan memberi masalah pada kerajaan pula. Semua orang tahu yang pinjaman ada faedah tertentu.

Oleh sebab masih ramai yang bertanya tentang kedua buah buku ini, kami akan meneruskan promosi ini sehingga 15 September ini! Kali ini, kedua buku ini dapat dibeli di Shopee kami! Jom, klik link di bawah sekarang!
Pencari Cincin Sakti : http://bit.ly/PencariCincinShopee
Sate Untuk Jembalang : https://bit.ly/SateJembalangShopee

Tetapi orang ramai tidak begitu tahu bahawa faedah inilah menciptakan wang baru dalam ekonomi. Wang kertas hanyalah cetakan. Namun faktor yang menjaminkan nilai pada wang kertas tersebut terletak kemas dalam tangan kadar faedah.

Jadi jika bank sudah tidak mampu memberi pinjaman, perkara-perkara ini akan berlaku:

  • Perniagaan yang beroperasi menggunakan pinjaman barangkali gulung tikar. Pekerja yang elok menikmati gaji bulanan pasti terpinga-pinga kerana hilang punca pendapatan.
  • Perniagaan pula tidak dapat membayar cukai pada kerajaan. Maka perolehan negara pasti turun, sekali gus tidak mampu berbelanja pada benda-benda utama.
  • Peniaga yang kehilangan kerja dan rakyat terjejas akibat pengurangan belanja pasti rasa marah kerana ekonomi merudum.

Tiga perkara di atas adalah contoh mudah semata-mata. Kalau tengok dalam lembaran sejarah, banyak benda lagi teruk berlaku. Semuanya berputik apabila orang ramai hilang kepercayaan pada bank yang buat besar kepala sampai kena bala.


Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Fernando, J. (2022, Januari 27). Silent Bank Run. Investopedia.

Fuller, T. (1999, Jun 5). ‘Preemptive Action’ Puts Central Bank in Control: Malaysia Takes Over MBf Finance. The New York Times.

Gailey, A. (2022, Ogos 26). Bitcoin Is ‘Officially on Vacation’, Dropping Below $21,000. Here’s How Investors Should React. Time.

McGee, S. (2021, Mei 13). How Bank Failures Contributed to the Great Depression. History.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply