Menurut tanggapan sejarawan Kristian Rom, kaum ‘Moor’ hanyalah sebahagian dari kekhalifahan yang berpusat di Baghdad. Kebanyakan masyarakat ketika itu adakalanya memanggil sesiapa sahaja yang beragama Islam sebagai orang Moor tetapi gelaran secara pukul rata itu agak kurang tepat dan mengelirukan, namun adakalanya ia perlu, kerana hari ini terdapat cubaan klaim oleh generasi baru Afrika kulit hitam yang mahu mengambil kredit di atas usaha umat Islan memberi peradaban kepada Eropah.
Eropah diperintah oleh segerombolan keturunan yang mereka gelar sebagai barbar yang menjatuhkan Empayar Rom. Kekhalifahan ketika itu jauh lebih maju dalam pencapaian teknologi, sains dan seni, dan sejarawan Rom juga berpandangan bahawa mereka memulihara warisan kebudayaan Yunani.
Berikut adalah beberapa gambaran ciri-ciri ketamadunan di Eropah yang mungkin memiliki persamaan tetapi memerlukan pembetulan
Orang Kristian pada Abad Pertengahan, terutamanya mazhab Pietistik, sering dilihat oleh orang-orang Islam pada waktu itu dan dunia moden hari ini sebagai “pengotor” dan “mundur.”
Ini kerana orang-orang Kristian pada abad pertengahan lazimnya hanya akan mandi sekali pada setiap bulan manakala orang Islam bersahabat dengan air dan kebersihan, jadi, tidak ada sebarang skeptikal di sini.
Kesan kegemilangan zaman Abad Pertengahan antara lain adalah Katedral yang megah, kesedaran celik huruf yang meluas di kalangan kelompok prelatus dan pendeta terpilih, gambaran tentang dunia semula jadi terutamanya untuk tujuan perubatan dan karya-karya keagamaan lain yang hebat.
Ini memang benar, tetapi ia tidak mencapai ke tahap kemuncak ketamadunan.
Orang Arab Muslim pada mulanya memperhambakan orang Kristian yang jatuh ke tangan mereka. Kemudian, mereka menawarkan pilihan sama ada memeluk Islam atau berbagai jenis hu.kuman “kekal” jika mereka memilih untuk menentang.
Salah satu punca tersebarnya Islam dengan pesat, terutamanya di Timur Tengah dan Afrika adalah kerana kebanyakan orang Kristian di Mesir, atau Syria lebih menganggap pemerintahan Khalifah adalah lebih baik berbanding Empayar Byzantium. Bukan hanya kerana dasar cukai yang lebih baik, tetapi juga kerana toleransi beragama yang lebih tinggi.
Dan sekiranya orang Eropah mahu kekal dengan pandangan bahawa Islam adalah seteruk yang mereka mahu bayangkan, itu bermakna tetapi Kristian Byzantine jauh lebih teruk kerana memang sejarah mengarakan begitu, baik dari sumber Islam mahu pun sumber Eropah sendiri.
Situasi orang Kristian di bawah pemerintahan Islam sentiasa berubah berdasarkan setiap tempat dan abad yang berbeza-beza, dan kita nenyaksikan kewujudan bersama yang efektif dalam kes-kes fundamentalisme dan peninda.san, tetapi memukul rata seluruh tempoh selama 800 tahun dengan ‘perhamb.aan dan penin.dasan’ adalah cara yang salah dalam menggambarkan ciri-ciri sebuah tamadun, lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Islan, kadar peni.ndasan terhadap kaum bukan Islam hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan.
Sejarah Moor
Tahun 1492 adalah3 satu tahun yang amat penting dalam sejarah dunia, bukan hanya kerana kejayaan menyeberangi lautan Atlantik dan pendaratan Christopher Columbus di Dunia Baru semata-mata, ia juga merupakan tahun di mana, raja Kristian Sepanyol, Ferdinand II dari Aragon dan Isabel, Ratu Castilla, akhirnya menewaskan orang Moor dan mendesak mereka berundur.
Moor adalah gelaran untuk orang-orang Islam yang menye.rang Sepanyol dan sebahagian dari Perancis pada tahun 711 Masihi, semasa kebangkitan Islam di sekitar Eropah. Kuasa-kuasa seperti Barbary di Afrika Utara dan Syria di Damsyik mewujudkan satu ketamadunan indah yang dikenali sebagai Al-Andalus, di mana, banyak sisa peninggalannya yang masih dapat dilihat hari ini di selatan Sepanyol.
Para pemerintah mereka melakarkan kegemilangan dengan penuh kebijaksanaan apabila mereka tidaklah pula menghapuskan budaya dan sejarah penduduk asli, malah, mereka menyerap dan meraikan tradisi dan budaya tempatan di wilayah yang mereka tak.luki. Ketamadunan Moor menjadi sebuah ketamadunan melting-pot yang kaya dengan kepelbagaian budaya, agama dan kaum terutamanya Yahudi, Muslim dan Kristian.
Sejarah di mana-mana tamadun adakalanya dibina dengan kisah perkau.man yang ke.jam. Tetapi di Sepanyol, perpaduan dan gabungan setiap tradisi budaya dan agama yang berbeza menyumbang kepada kegemilangan Zaman Keemasan Islam yang dianggarkan bermula dari abad ke-8 hingga ke-15.
Kota-kota Andalusia seperti Cordoba, Sevilla dan Granada berfungsi sebagai ibu kota secara berturut-turut bagi orang Moor. Dalam setiap perubahan iklim pemerintahan inilah amalan toleransi agama, seni, budaya, landskap dan idea politik sentiasa berkembang.
Memandangkan orang Moor ini majoritinya berasal dari gurun Sahara Afrika dan Mesir, mereka amat memahami kepentingan air dalam kehidupan. Di Al-Andalus, mereka menguasai teknik membangunkan sistem pengairan, menciptakan lanskap dan taman yang seakan-akan seperti oasis yang dibawa turun dunia dari syurga.
Patios atau ruang halaman dalaman persendirian di Cordoba, ibu kota Moor di bawah pemerintahan legasi Bani Umayyah pada abad ke-8, masih lagi dapat dilihat hari ini, terutamanya di Juderia, kawasan penempatan kaum Yahudi Cordoba.
Pada abad ke-10, Cordoba merangkumi dari setengah juta populasi penduduk dan merupakan sebuah pusat intelektual Eropah. Masjidnya, yang merupakan masjid terbesar di dunia, didirikan pada tahun 785 Masihi. Ruang halamannya yang teduh dihiasi dengan tanaman pohon oren berbau manis pernah menjadi tempat persidangan, penyelidikan dan perdagangan.
Ruang itu dikatakan seakan-akan menggambarkan keindahan syurga seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Apabila raja-raja Kristian mengambil alih pemerintahan, mereka membuat semula reka bentuk bahagian dalaman masjid dan mengubahnya menjadi gereja.
Nama Granada berasal dari perkataan dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud buah delima – buah yang dibawa ke Sepanyol oleh suku-suku Muslim dari Afrika Utara pada abad ke-8. Mereka dikenali sebagai orang Moor dan mereka datang ke Eropah dari lokasi yang sekarang dikenali sebagai Maghribi (Morocco). Namun, kesan dari percampuran budaya, istilah Moor digunakan oleh orang Eropah bagi merujuk kepada sesiapa saja yang beragama Islam.
Gelaran Moor yang dilabelkan terhadap orang Islam ini dibawa oleh orang Sepanyol sejauh hingga ke kepulauan yang ditaklu.ki mereka di Asia Tenggara iaitu Filipina, di mana terdapat satu kelompok Muslim dipanggil sebagai kaum Moor oleh orang Sepanyol kerana mereka memegang kepercayaan Islam yang sama dengan orang Moor di Sepanyol, di Filipina, hari ini kita kenali mereka sebagai orang-orang Moro.
Selama hampir 800 tahun orang Moor memerintah di Granada, selama tempoh itu juga di wilayah yang luas itu dikenali sebagai Sepanyol Moor atau Al Andalus. Di Granada, di mana orang Moor muncul buat pertama kali pada tahun 711, mereka membina istana kubu yang dikenali sebagai Alhambra.
Alhambra tidak pernah berjaya ditawan oleh musuh mereka tetapi pada tahun 1492, Moor akhirnya dijatuhkan dan menyerahkan kubu mereka yang juga merupakan benteng pertahanan terakhir Moor di Sepanyol kepada raja Katolik, Ferdinand dan Ratu Isabela. Kejatuhan ini telah menamatkan era pemerintahan Islam di Sepanyol dan menandakan permulaan kepada proses Inkuisisi oleh orang Kristian terhadap orang Islam dan Yahudi di Sepanyol.
Tetapi orang Moor berjaya meninggalkan warisan dari segi seni bina dan budaya yang kaya yang masih boleh kita saksikan di seluruh Semenanjung Iberia hingga ke hari ini.
Namun, terdapat beberapa naratif dari Barat tentang orang Moor yang digambarkan sebagai barbarik, liar dan primitif. Dalam pementasan “Othello” yang ditulis oleh Shakespeare, Iago merujuk kepada Othello sebagai “kuda Barbary” dan “biri-biri hitam,” yang mengaitkan ciri-ciri kulit gelap dengan sikap yang keja.m dan barbarik.
Tetapi bertentangan dengan tanggapan berbaur perk.auman tentang Afrika sebagai kaum yang primitif dan tidak banyak menyumbang kepada peradaban, orang-orang Islam berkulit gelap (jangan dikelirukan dengan orang Afrika dari selatan atau Niger) telah bertanggungjawab dalam memperkenalkan cara hidup sebagai sebuah ketamadunan di Eropah dan membuka pintu kepada kemasukan ilmu pengetahuan dan peradaban.
Semasa pembentukan tamadun Eropah Yunani, masyarakat dari Lembah Nil turut menyumbang kepada pembinaan ketamadunan dengan orang Yunani melalui asimilasi. Kemudian, apabila Yunani berkongsi kebudayaan setelah mereka menjadi subjek kepada Empayar Rom, mereka hampir kehilangan identiti, lantas memulakan Zaman Kegelapan sebelum orang Moor tiba dan membantu memulihkan peradaban.
Pada tahun 711 Masihi, setelah kejatuhan Empayar Rom di barat, suku-suku yang berpera.ng dari Kaukusia didorong ke Eropah barat sementara orang-orang Moor menceroboh persisiran pantai Sepanyol lalu membawa kebudayaan kepada suku-suku barbarik. Islam telah memerintah Sepanyol, sebahagian Portugal, sebahagian Perancis selatan dan Afrika Utara selama lebih dari tujuh ratus tahun.
Abad Pertengahan sering dianggap sebagai Zaman Kegelapan kerana kegagalan Eropah mencapai kemajuan dalam bidang ilmu atau budaya serta kepercayaan tahyul semakin menguasai pemikiran masyarakat. Situasi ini berlaku terhadap orang-orang Kristian di Eropah. Ia seakan-akan mengembalikan dunia ke zaman Jahiliyah di dunia Arab sebelum Islam tiba.
Kemajuan Tamadun
Di saat raja-raja Perancis, Jerman dan Inggeris hidup di dalam istana usang tanpa sistem pengudaraan dan hanya menganggap segala kemunduran itu berlaku hingga rakyatnya tidak mampu menikmati kebersihan sebagai balasan Tuhan di atas dosa-dosa mereka, orang Islam di Sepanyol telah maju lebih jauh di hadapan, dengan inovasi sistem pusat mandian awam.
Pada abad ke-10, Cordoba dianggap sebagai kota yang paling moden di Eropah. Kota yang mempunyai setengah juta populasi penduduk ketika itu sudah memiliki lampu jalan, 50 buah hospital dengan sumber air bersih yang mengalir, kira-kira 70 buah perpustakaan dan 500 buah masjid. Manakala di tempat yang dikuasai oleh Gereja Katolik, kota-kota seperti London dan Paris ketika itu masih belum mengenali lampu jalan dan jalan berturap sehingga ratusan tahun kemudian.
Dari statistik penyelidikan global, di Eropah ketika itu hampir hampir 99 peratus penduduknya buta huruf, bahkan majoriti rajanya sendiri tidak boleh membaca atau menulis, sementara pendidikan adalah sesuatu yang universal di bawah pemerintahan Islam di Sepanyol. Ketika Eropah hanya memiliki dua buah universiti, Sepanyol sudah pun memiliki 17 buah universiti.
Pengasas Oxford University of England, simbol pendidikan Eropah Barat, mendapat inspirasi dari institusi pendidikan di Sepanyol. Menurut Sektor Pendidikan UNESCO, sebuah universiti tertua di dunia yang masih beroperasi hingga ke hari ini, Universiti Al-Qarawiyin di Maghribi ia ditubuhkan pada zaman pada tahun 859 M oleh seorang Muslimah bernama Fatima al-Fihri.
Dari segi kemajuan dalam bidang perubatan juga turut dipelopori oleh tamadun Islam. Model vaksin bagi mencegah penularan wabak penyakit yang terawal di dunia telah dipelopori oleh orang Islam pada zaman Uthmaniyah.Tamadun Islam juga bertanggungjawab menyumbang kepada revolusi penyelidikan saintifik di Eropah. Mereka memperkenalkan sistem angka dan sistem perpuluhan yang menjadi pelopor dalam menyelesaikan masalah matematik.
Pada tahun 875 M, Abbas bin Firnas membuat ujian saintifik pertama di dunia dengan melakukan penerbangan yang hampir berjaya. Orang Islam di Sepanyol turut memiliki teknologi navigasi yang hebat dengan kepakaram dalam kartografi dan pertukangan untuk membina kapal, kelebihan ini dimanfaatkan oleh monarki Sepanyol dan Portugis setelah mengalahkan dan menamatkan pemerintahan Islam di rantau ini pada tahun 1400-an, ia turut membantu melancarkan proses penja.jahan di benua Amerika.
Walau bagaimanapun, memang benar, hampir keseluruhan Eropah telah menerima peradaban hasil dari pengaruh ketamadunan Islam yang lebih maju. Tetapi terdapat segelintir kelompok yang memukul rata semua ini sebagai peradaban dari ‘Afrika’ yang membantu kemajuan Eropah dalam peradaban.
Sebenarnya Afrika yang dimaksudkan bukanlah Afrika dari wilayah yang jauh di selatan, tamadun yang dimaksudkan bukanlah tamadun orang kulit hitam, mereka dipanggil sebegitu kerana melihat orang Mesir yang berkulit gelap.
Afrika yang dimaksudkan adalah Afrika Utara, terutamanya yang merangkumi wilayah-wilayah di Maghribi, Tunisia, atau terutama sekali di Mesir. Sejarah ini dipergunakan pihak tak bertanggungjawab demi kepentingan untuk menaikkan darjat kaum tertentu di mata dunia.
Lagi pula, memandangkan peradaban Eropah yang paling awal dipercayai bermula di wilayah Aegean, maka tidak hairanlah jika terdapat kesan pengaruh Afrika di Eropah, khususnya budaya Mesir, tetapi mereka adalah peradaban yang dikembangkan secara tempatan atau secara genetik dan antropologi, mereka mempunyai banyak kaitan dengan anteseden budaya di Eropah Tenggara itu sendiri dan di Anatolia berbanding budaya Afrika.
Maka, pemikiran tentang orang kulit hitam membawa ketamadunan kepada Eropah adalah tidak tepat, tetapi lebih sesuai jika disebut bahawa orang Moor atau orang Islam yang memperkenalkan cara hidup yang lebih teratur itu kepada orang Eropah. Bahkan istilah Moor itu sendiri seolah-olah telah menjadi terjemahan terbaru merujuk kepada ‘Muslim’ oleh orang Sepanyol.
Kejatuhan Moor dan Reconquista
Pada tahun 1492, Emiriah Granada menjadi kubu terakhir Moor yang jatuh semasa kempen La Reconquista yang diketuai oleh pakatan salib Ratu Isabel dan Raja Ferdinand. Emir Moor yang terakhir, Boabdil, menyerah kalah kepada raja-raja Kristian Sepanyol di dataran bawah kubu. Alhambra tidak pernah diambil alih atau diduduki, tetapi Raja-raja Katolik kemudian berpindah ke bangunan paling indah yang pernah dibuat oleh orang-orang Moor selama 800 tahun pemerintahan mereka.
Kompleks Alhambra sangat luas, seluas 35 ekar, dan menampilkan ciri-ciri diraja yang unggul. Alcazaba, atau kubu pelindung, di hujung barat Alhambra adalah tapak tertua di kompleks ini dan dibina di atas tanjung yang terpencil dan curam sehingga ia menjadi mustahil untuk diduduki.
Selebihnya adalah dataran tinggi terdiri dari beberapa istana Moor sebelumnya dan kemudian yang dikelilingi oleh tembok besar dan 13 buah menara pertahanan. Selepas Reconquista, raja Sepanyol, Charles ke-5 membina sebuah istana Renaissance gergasi tepat di tengah-tengah kompleks. Hingga ke hari ini, ia masih berada di antara seni bina ketamadunan Moor di Alhambra.
Selepas pemerintahan Islam Moor yang terakhir digulingkan, perkembangan golongan Inkuisisi (penentang fahaman bida’ah atau yang bertentangan dengan ajaran popular Katolik) dipertingkatkan, dan mana-mana kaum minoriti yang dilihat bersimpati terhadap Islam kerana mereka pernah ditoleransi dengan baik di bawah pemerintah Islam akan diu.sir atau dibu.nuh. Antaranya adalah kaum Yahudi yang difitnah sebagai ahli sihir.
Grand Inquisator, Tomas de Torquemada, dikatakan telah menjalankan 100,000 perbicaraan, membakar 2,000 orang Yahudi dan Islam, serta mengusulkan kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabela untuk mengeluarkan perintah pengusi.ran.
Ini menyebabkan 100,000 orang Yahudi terpaksa memeluk agama Kristian dan 200,000 mengambil keputusan meninggalkan semenanjung Iberia. Mereka yang dius.ir telah diselamatkan oleh pemerintah Empayar Uthmaniyah, Sultan Bayezid II mengirimkan sejumlah armada laut yang besar untuk mengangkut pelarian Yahudi dari Sepanyol.
Reconquista turut menjadi satu usaha Katolik untuk membasmi kepercayaan dan ajaran Islam, mereka telah melaksanakan proses pembaptisan besar-besaran, membakar kitab-kitab Islam dan melarang bertutur dan menulis dalam bahasa Arab.
Menjelang tahun 1500, kira-kira 300,000 umat Islam telah dibaptis dan memeluk Kristian secara terpaksa kerana ancaman pengu.s.iran. Tetapi orang-orang Moor yang kemudian akan dikenali sebagai orang Mouriscos selepas mereka memeluk agama Kristian ini, seperti yang dicatatkan sejarah, akhirnya tetap akan diusi.r jua selepas 100 tahun kemudian.
Kemenangan kaum Kristian yang menjatuhkan pengaruh orang Moor di Sepanyol pada tahun 1492 telah mengakibatkan berlakunya fasa yang dikenali sebagai Exodus iaitu migrasi para pelarian secara besar-besaran dari semenanjung Iberia baik dari orang Islam mahupun Yahudi.
Namun semua itu tidak pernah mengubah hakikat bahawa Islam telah membawa peradaban yang sesuai dengan kualiti hidup sebagai manusia terhadap Eropah yang mundur dalam Zaman Kegelapan.
Warisan peninggalan ketamadunan Moor terus kekal menjadi sejarah di Maghribi dan pada binaan monumen besar yang ditinggalkan di Sepanyol dan sekitarnya. Ia tetap menjadi dinasti dengan sebuah peradaban yang paling lama bertahan di dunia.
RUJUKAN:
Assouline, David. “’Moors’ from Oxford Islamic Studies Online”. Muslim Journeys. The Oxford Encyclopedia of the Islamic World in the Oxford Islamic Studies Online.
Zeldes, Nadia (1999-12-01). “The account books of the Spanish inquisition in Sicily (1500–1550) as a source for the study of material culture in a Mediterranean country”. Mediterranean Historical Review.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih