Seiring dengan pembangunan tamadun, manusia telah mencipta produk yang memudahkan untuk memastikan kepalanya baring dalam keadaan selesa apabila masuk waktu tidur. Produk tersebut ialah bantal. Kita memahami bantal bersifat lebut dan selesa apabila menyokong kepala. Bantal pertama kali dihasilkan ialah 2,000 tahun dahulu dengan sarung disumbatkan dengan bulu pelepah.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Namun, adakah kita terfikir bagaimana mereka berasal dari tamadun kuno seperti Yunani, Mesir, dan China merehatkan kepala jika bantal tidak wujud sebelum 2,000 tahun lalu? Memalui beberapa sumber berupa tulisan dan penemuan artifak, mereka mempunyai apa yang dipanggil sebagai ‘tempat rehatkan kepala’ atau headrest berupa batu atau dihasilkan dari beberapa jenis mineral.

Tamadun Mesir Purba ialah antara tamadun yang mempraktikkan penggunaan bantal kuno ini. Fungsi headrest ini ialah bagi menaikkan kepala semasa berbaring. Headrest orang Mesir biasanya diperbuat dari bahan-bahan seperti gading, batu marmar, seramik, batu, kayu, dan kaca. Headrest tersebut mempunyai tapak dan bahagian sudut pula melengkung bagi menampung kepala.

Salah satu headrest dari 8 buah headrest dari Makam firaun Tutankhamun. Headrest diperbuat dari gading ini diukir dengan bentuk dewa Shu sebagai pelindung kepala firaun itu. (Sumber: Ancient Origins)

Headrest orang Mesir banyak ditemui dalam makam-makan diraja dari 3,000 SM sehingga 30 Masihi. Bantal kuno ini banyak kegunaannya juga walaupun tidak berapa selesa. Antaranya ialah melindungi kepala terutamanya mulut, hidung, dan telinga dari serangan serangga yang merangkak di lantai.

Kena ingat, orang zaman dahulu tidak mempunyai tilam. Mereka hanya tidur di atas lantai atau berlapikkan kain. Jadi, tidak hairan jika serangga datang merangkak di lantai. Satu lagi fungsi headrest ialah apabila cuaca panas, headrest membenarkan aliran udara di bahagian bawah kepala bagi memberikan keselesaan untuk tidur.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Selain kedua-dua fungsi ini, orang Mesir Purba mempunyai kepercayaan penting terhadap kepala manusia. Kepala adalah tempat duduk dalam kehidupan spiritual dan harus dilindungi dari roh-roh jahat. Maka, mereka mengukir patung dewa Bes, iaitu dewa pelindung kepada manusia yang tidur, ke tangkai headrest agar kehadiran dewa itu dapat menghalau roh jahat. Orang Mesir yang meninggal dunia juga disorongkan headrest agar mayatnya tidak diganggu oleh roh jahat.

Selain orang Mesir Purba, orang China juga menggunakan headrest sebagai bantal. Headrest China diperbuat dari batu jed, bambu, batu, kayu, dan gangsa yang diukir dengan motif tumbuhan, haiwan, dan manusia. Mereka percaya bahawa setiap bahan headrest mempunyai manfaat kepada si pengguna. Seperti headrest batu jed, ia mampu meningkatkan kecerdikan seseorang.

Headrest yang diperbuat dari batu jed.

Masuk ke fasa tamadun Yunani Kuno dan Rom, mereka tukarkan headrest kepada bantal lembut yang diisi dengan jerami atau kapas. Manakala para bangsawan dan elit pula mempunyai bantal diisi dengan bulu pelepah. Seiring dengan kemajuan teknologi, bermula abad ke-19 Masihi iaitu permulaan Revolusi Industri, bantal menjadi produk keperluan bagi rakyat seluruh dunia.

RUJUKAN:

Bulovska, K. 25 May 2017. Pillows Throughout History, Fascinating Beginnings. Walls With Stories.

Gillan, J. 21 May 2022. Ancient Egyptians Slept on Pillows Made of Stone. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply