Pernahkah anda terfikir, apakah yang orang Mesir purba panggil negara mereka?
Siapa sangka, nama Mesir yang kita gunakan hari ini sebenarnya bukanlah nama asal negara ini pada zaman kegemilangannya.
Nama “Mesir” hanya muncul pada era Yunani Purba dan kisah di sebalik nama ini cukup menarik untuk diterokai.
Nama Yunani untuk Mesir
Pada zaman dahulu, dalam karya epik The Odyssey oleh Homer, beliau menggunakan perkataan “Aegyptus” untuk merujuk kepada tanah Mesir. Ini bermakna, nama ini sudah digunakan sejak abad ke-8 SM. Tetapi dari mana asalnya nama ini?
Menurut sumber-sumber zaman Victoria, “Aegyptus” mungkin berasal daripada perkataan Mesir purba “Hwt-ka-Ptah” atau “Ha-ka-Ptah,” yang bermaksud “rumah jiwa Ptah.” Ptah ialah dewa pencipta di kota Memphis, salah satu pusat keagamaan utama di Mesir Purba.
Orang Mesir Purba sendiri mempunyai pelbagai nama untuk negara mereka. Salah satu yang paling terkenal ialah “Dua Tanah.”
Nama ini merujuk kepada cara mereka melihat negara mereka sebagai dua bahagian yang berbeza tetapi bersatu.
Apakah dua bahagian ini?
Sesetengah sejarawan percaya ia merujuk kepada Mesir Hulu (Selatan) dan Mesir Hilir (Utara), yang sering digambarkan sebagai dua wilayah utama Mesir.
Firaun sering menggunakan gelaran “Dua Tanah” untuk menunjukkan bahawa mereka memerintah seluruh negara, bukan sekadar satu wilayah sahaja.
Selain itu, “Dua Tanah” juga mungkin merujuk kepada dua tebing Sungai Nil. Tebing Barat dianggap sebagai tanah kematian, di mana terletaknya nekropolis dan makam-makan diraja.
Manakala Tebing Timur ialah tempat kehidupan, di mana bandar-bandar dan kegiatan harian berlangsung. Mungkin juga nama ini merujuk kepada Tanah Hitam (Kemet) yang subur dan Tanah Merah (Desheret) yang gersang.
Tanah Hitam merujuk kepada kawasan pertanian subur sepanjang Sungai Nil, manakala Tanah Merah ialah gurun yang mengelilingi lembah Nil.
Kemet: Tanah Hitam
Nama “Kemet,” yang bermaksud “Tanah Hitam” mula muncul sekitar Dinasti Ke-11. Nama ini merujuk kepada tanah subur di sepanjang Sungai Nil yang berwarna hitam kerana kaya dengan mineral yang dibawa oleh banjir tahunan sungai tersebut.
“Kemet” digunakan untuk menekankan kesuburan dan kepentingan tanah ini kepada kehidupan dan pertanian orang Mesir Purba.
Selain Kemet, mereka juga menggunakan istilah “Tanah Tercinta” (ta-mery) untuk menggambarkan negara mereka.
Seperti banyak negara lain, Mesir juga mengalami penaklukan oleh pelbagai kuasa asing. Setiap kali ia ditakluk, negara ini sering mendapat nama baru.
Pada pertengahan abad pertama SM, Mesir ditakluk oleh orang Asyur, Parsi dan akhirnya oleh orang Yunani. Orang Parsi misalnya memanggil Mesir sebagai “Mudraya” yang mungkin berasal daripada kata Akkadian “Misir” atau “Musur.”
Jadi, apa sebenarnya yang orang Mesir Purba panggil negara mereka?
Jawapannya tidaklah semudah satu nama sahaja. Mereka mempunyai pelbagai nama untuk menggambarkan tanah air mereka yang kaya dengan sejarah dan budaya.
Daripada “Dua Tanah” kepada “Kemet,” setiap nama mempunyai makna dan signifikan tersendiri. Nama-nama ini bukan sahaja mencerminkan geografi dan alam sekitar Mesir, tetapi juga cara hidup dan pandangan dunia orang Mesir Purba.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu kenapa Ramses II dianggap sebagai Firaun yang mengejar Nabi Musa (as)? Jawapannya ada di dalam KITAB TAMADUN MESIR PURBA! Dapatkan segera sementara stok masih ada!
https://s.shopee.com.my/6fLxzjJ10q
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih