Tamadun Mesir Purba dulu dikatakan pernah berdepan dengan suatu mµsµh yang dikatakan begitu kuat. Mereka berbeza untuk dibandingkan dengan mµsµh-mµsµh lain. Kerana mereka lengkap dengan kapal-kapal laut yang serba maju.
Walau bagaimanapun sampai hari ini, sejarawan masih tidak tahu siapa mereka yang sekadar digelar Orang Laut (Sea Peoples).
Bangsa ini muncul sekitar 1210 S.M. semasa pemerintahan Firaun Ramesses II. Ketika itu, Mesir Purba memberi mereka nama Karkisha, Lukka dan Sherden.
Kerajaan Ramesses memperingati mereka dengan catatan: “Tiada siapa tahu cara untuk berperαηg dengan Sherden. Mereka dengan berani datang menaiki kapal perαηg dan tiada siapa boleh menandingi mereka.”
Bangsa Sherden ini cuba menduduki kawasan hilir Sungai Nil (D’Amato & Salimbeti, 2015). Tetapi Ramesses II datang menghalau mereka dan sempat menyerap sebahagian daripada tαhαηan untuk berperαηg pula dengan bangsa Hittite.
Inilah kali pertama Orang Laut muncul dalam sejarah. Mereka kembali terkemudian semasa pemerintahan Firaun Merneptah.
Kali ini Sherden bersama pula dengan Shekelesh, Ekwesh, Lukka dan Teresh bersama seorang raja daripada Libya yang bernama Meryey bin Ded. Firaun Merneptah dikatakan menang selepas berperαηg selama enam jam.
Banyak Hipotesis Yang Bercerita Tentang Sea Peoples
Pecahan bangsa kecil dalam kalangan kelompok Orang Laut sebenarnya merumitkan penyelidikan. Dalam bahasa Mesir Purba, mereka ada sembilan nama berbeza. Selain daripada tiga yang dijelaskan, ada Denyen, Peleset, Teresh, Tjeker dan Weshesh.
Semuanya ada kaitan dengan laut. Jadi ada kebarangkalian tinggi yang Mesir Purba sebenarnya diserαηg sembilan musuh berbeza. Oleh kerana tidak kenal mµsµh ini, sembilan bangsa ini dipµkµl rata dengan prasangka tunggal.
Tetapi tidak boleh dinafikan yang mereka mungkin juga sebuah bangsa tunggal, dikenali dengan sembilan nama berlainan. Jadi senang cakap, memang banyak hipotesis. Ambil contoh bangsa Denyen.
Ada yang berpendapat bahawa Denyen mempunyai perkaitan dengan Empayar Hittite kerana berada di sekitar Adana, Turki. Namun ada juga berpendapat puak ini menyertai Bani Israil, diserap Suku Dan bin Yaakub.
Selain Hittite, sejarawan bermain dengan hipotesis sama ada Sea Peoples ada kena mengena dengan Tamadun Yunani Purba. Kalau tengok pada zaman itu, Bangsa Mycenae sudah bangkit sebagai kuasa rantau.
Mycenae inilah mengetuai armada yang menjatuhkan Troy suatu masa dahulu. Sejarawan tidak begitu pasti jika Tamadun Yunani Purba ada sangkut paut dengan bangsa Ekwesh.
Kerana Ekwesh kalah pada tangan Merneptah. 6,000 anggota Ekwesh dipercayai tµmbαηg, manakala 9,000 lagi pula diambil sebagai tαhαηan.
Cara Merneptah kira jumlah ini perlu diceritakan. Baginda memo.tong tangan semua mµsµh yang sudah berkhatαη. Mµsµh yang belum berkhatαη pula dipo.tong kemαlµαη.
Dari sini sejarawan belajar yang semua dalam kalangan Ekwesh hilang tangan, bermakna mereka berkhatαη. Walhal kebanyakan bangsa Yunani sebenarnya tidak berkhatαη (Robbins, 2001).
Menurut sejarawan Manuel Robbins, memang pelik kalau cakap bangsa Yunani pada Zaman Gangsa berkhatαη. Tetapi banyak pihak berkata yang Ekwesh ada kena mengena dengan Yunani. Sebab itu sejarawan masih tertanya-tanya. Siapa mereka?
Gelandangan tiada tempat tinggal tetap…. atau kasta pαhlαwαη lain darjat… atau sekadar anggota upahan Yunani. Tiada siapa tahu. Sampai hari ini, dengan hanya hipotesis lain seperti bangsa Trojan atau warga-warga Itali terdahulu.
Amat menakjubkan kalau fikir balik. Sebuah bangsa (atau sembilan suku) begitu kuat dan ampuh… tetapi tiada siapa tahu asal-usul.
RUJUKAN:
D’Amato, R., & Salimbeti, A. (2015). Sea Peoples of the Bronze Age Mediterranean c. 1400 BC-1000 BC. Bloomsbury Publishing.
Robbins, M. (2001). (ditapiskan) of the Bronze Age: The Story of Greece, Troy, Israel, Egypt and peoples of the sea. Authors’ Choice Press. Halaman 158.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih