Penyepit logam digunakan di Korea meskipun secara tradisionalnya penyepit diperbuat daripada buluh atau kayu. Tradisi makan dengan penyepit berasal dari China dan akhirnya merebak ke Jepun dan Korea pada tahun 500 M.

 

Penyepit Korea lebih panjang daripada Jepun dan lebih pendek daripada Cina. Leper dan biasanya diperbuat daripada logam.

 

Penyepit logam menjadi simbol status sosial. Bermula semasa Kerajaan Baekje di bawah Raja Muryeong.

 

Pada masa itu, penyepit perak dipercayai dapat mengesan racun dalam makanan dan kemudiannya yang diperbuat daripada gangsa digunakan semasa era Dinasti Goryeo. Penyepit perak akan bertukar warna sekiranya ada racun atau arsenik dalam makanan.

 

Walaupun orang ramai masih menggunakan penyepit kayu, penyepit yang diperbuat daripada logam seperti emas dan perak dikhaskan untuk keluarga diraja.

 

Kini, penyepit logam di Korea telah dibuat dengan penggunaan keluli tahan karat atau bangjja, aloi gangsa Korea.

 

Bentuk penyepit logam Korea yang rata dan licin menjadikannya sukar untuk digunakan pada mulanya, tetapi tidak seperti penyepit segi empat sama atau bulat, cengkaman pada makanan akan terasa lebih kuat.

 

Penyepit Korea lebih kurus dan lebih licin daripada penyepit biasa, kawalan otot yang baik diperlukan untuk menggunakan penyepit Korea. Penyepit logam rata juga dapat memotong kimchi dengan mudah.

 

Orang Korea juga menggunakan sudu logam gaya Barat semasa makan dalam satu set dengan penyepit logam yang dipanggil sujeo, atau “sudu dan penyepit Korea”.

 

Orang Korea juga percaya bahawa penyepit logam lebih mudah dibersihkan daripada kayu.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah dan budaya Korea hingga kini. Boleh beli di:

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply