Selalunya bila mendengar soalan “Berapa tahun usia awak?”, kebanyakan orang dapat menjawabnya dengan mudah. Tapi soalan ini amat sukar dijawab oleh warga Korea disebabkan sistem usia mereka yang rumit. Namun begitu, ia boleh saja berubah sekiranya Presiden Korea Selatan yang baru, Yoon Seok-yeol memenuhi manifesto pilihan raya presiden yang dimenanginya baru-baru ini.

Di Korea Selatan, bayi yang baru lahir dianggap berusia setahun. Dan jika mereka lahir pada bulan Disember dan melepasi 1 Januari tahun berikutnya, maka mereka dianggap berusia dua tahun dalam tempoh beberapa minggu. Sistem usia Korea ini dianggap mengelirukan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan sistem usia antarabangsa atau sistem usia rasmi Korea.

Usia ahli kumpulan BTS, V berbeza mengikut sistem usia mana yang digunakan. Sumber: Getty Images

Bagi membantu para pembaca memahami isu ini, penulis memberi contoh ahli kumpulan BTS, V. V atau nama sebenarnya Kim Tae-hyung dilahirkan pada 30 Disember 1995. Kalau mengikut tiga sistem usia berbeza, maka anda akan mendapat tiga umur ahli BTS itu. Umur V boleh saja sekitar 28 tahun (usia Korea), 26 tahun (usia antarabangsa) dan 27 tahun (usia rasmi Korea).

Kaedah pengiraan usia Korea ini digunakan bagi menentukan had usia sah mengikut beberapa undang-undang seperti kerahan tentera atau usia kanak-kanak bila menyertai sesi persekolahan. Kaedah pengiraan usia ini pernah diamalkan di negara-negara yang mempunyai tradisi Konfusianisme seperti China dan Jepun. Bagaimanapun, Korea Selatan merupakan satu-satunya negara yang masih mengiktiraf kaedah pengiraan usia sebegini.

Polisi sebegini sudah mencetuskan rasa kurang senang warga Korea terutama generasi muda. Bukan satu rahsia ada yang cuba menipu sistem pendaftaran kelahiran kerana bimbang anak mereka yang lahir pada Disember akan berdepan pelbagai kekurangan di kemudian hari. Hal ini juga menyukarkan vaksinasi Covid-19 membabitkan kumpulan umur penerima akibat kekeliruan sistem usia mana yang patut dipakai untuk penerima vaksin.

Seok-yeol menjanjikan pemansuhan usia Korea sebagai sebahagian daripada manifestonya sekiranya dipilih sebagai Presiden Korea Selatan. Sumber: Kyodo.

Oleh sebab itu, apabila Seok-yeol mengumumkan salah satu manifestonya ialah memansuhkan sistem usia Korea, ia mendapat sokongan meluas ramai warga Korea. Mengikut kaji selidik Hankook Research yang dijalankan pada Januari, tujuh daripada 10 orang responden menyatakan sokongan terhadap janji berkenaan. 40% melihat ia dapat mengurangkan konflik dalam hierarki sosial Korea. Sementara 53% melihat ia dapat mengurangkan kekeliruan di peringkat pentadbiran.

Begitupun, menyingkirkan usia Korea bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika ia sudah menjadi sebahagian daripada Bahasa Korea. Menurut Profesor Suh Chan S. dari Universiti Chung-Ang, Seoul, orang yang mempunyai usia sama dianggap rakan-rakan.

Tetapi bagi individu yang berusia lebih atau kurang daripada si polan, maka individu tersebut perlu digelar mengikut gelaran bersesuaian dengan usia mereka seperti “unni”, “hyung” atau “oppa”. Hal sebegini menyusahkan lebih-lebih lagi jika ada yang cuba memulakan perbualan sesama mereka. Tambah Prof Chan S., dengan menghentikan usia sebahagian daripada subjek perbualan, itu dijangka mengubah dinamik pergaulan dalam kalangan warga Korea.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Usia Korea juga turut melambangkan hierarki berasaskan usia bagi setiap kumpulan dan jangkaan tersendiri. Jika ada yang cuba menyimpang daripada hierarki sosial ini, ia akan membuatkan orang tidak selesa. Tambah Profesor Yoon In-jin dari Universiti Korea, ini dapat dilihat bila ada orang yang lebih muda dilantik sebagai bos atau pemimpin di sekolah/kolej.

Salah seorang yang pernah berdepan masalah ini ialah kakitangan jualan Jeon Hyuk-jin. Hyuk-jin memasuki kolej pada usia lewat – dua tahun lebih tua daripada rakan-rakan pengajiannya. Kebiasaannya, pelajar senior atau junior dilantik sebagai pemimpin pelajar. Tetapi mereka tidak tahu memanggilnya dengan gelaran apa disebabkan status usia Hyuk-jin. Baginya, ia sesuatu yang merenyahkan dan sistem usia Korea patut dimansuhkan.

Tetapi ada yang melihat idea ini sebagai idea buruk. Sekiranya sistem usia Korea ditarik balik, ia akan mengakibatkan hubungan sesama mereka renggang merentasi pelbagai status dari ibu bapa hinggalah guru dan pelajar. Malah, ada yang menyifatkan ia sebagai cubaan memadam tradisi Korea yang unik di mata dunia.

Ini menjelaskan mengapa usaha pemansuhan usia Korea yang digerakkan sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Pada 2019 dan 2021, dua wakil rakyat cuba mengetengahkan usul pemansuhan usia Korea tetapi gagal mendapat sokongan mencukupi wakil-wakil rakyat lain. Justeru, amat menarik untuk melihat usaha Seok-yeol ini sama ada gagal seperti sebelumnya atau diberi lampu hijau atas nama rakyat.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

RUJUKAN

Sun-yeung, J. (2022, 20 April). Why Koreans could soon become a year younger. BBC News.

Yu-yeung, J. (2022, 29 April). Millions of South Koreans Could Soon Get Younger (on Paper). New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply