Situasi pandemik Covid-19 mendorong pihak berkuasa dan orang ramai mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan penyakit itu. Bagi rakyat Jepun, selain mengikut nasihat pihak berkuasa kesihatan, mereka turut melukis imej makhluk mistik bernama Amabie dengan harapan ia dapat menghalau Covid-19 dari negara itu.

Kisah Amabie ini dikatakan bermula pada tahun 1846. Mengikut kisah yang disiarkan dalam akhbar ketika itu, seorang pegawai ditugaskan untuk menyiasat kemunculan cahaya hijau misteri di perairan wilayah Higo (kini daerah Himamoto). Sebaik tiba di kawasan yang dinyatakan, alangkah terkejutnya dia melihat seekor makhluk bersinar berambut panjang, bersisik ikan dan mempunyai tiga kaki berbentuk sirip.

Apabila makhluk tersebut melihat kelibat lelaki itu, dia memperkenalkan dirinya sebagai Amabie. Kemudian, dia menceritakan dua ramalan kepadanya iaitu pertama, Jepun akan menikmati musim penuaian padi yang lumayan selama enam tahun dan kedua, wabak penyakit yang bakal melanda negara itu.

Tetapi dia memberitahu untuk menepis ancaman penyakit wabak tersebut, penduduk seharusnya melukis imejnya dan berkongsi imej berkenaan dengan ramai orang. Kisah tersebut menjadi berita hangat pada ketika itu di samping imej Amabie yang disertakan.

Sejak itu, imej Amabie tergantung sepi selama hampir dua abad sebelum ia membuat kemunculan pada tahun ini. Berikutan situasi pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Jepun, imej Amabie kembali dengan harapan dapat menamatkan ancaman pandemik wabak tersebut.

Amabie bukan saja muncul sebagai lukisan tetapi juga muncul dalam pelbagai medium lain termasuk pakaian, makanan dan azimat. Malah, ia turut digunakan oleh Kementerian Kesihatan, Buruh dan Wanita Jepun (MHLW) sebagai ikon kempen kesihatan awam terhadap Covid-19 seperti dipaparkan di bawah:

Iklan kempen kesihatan MHLW Jepun terhadap Covid-19. Sumber: http://www.bbc.com/travel/story/20200422-amabie-the-japanese-monster-going-viral

Seperti maskot beruang Kumamon, imej Amabie dilihat menenangkan orang ramai dalam menghadapi musibah yang melanda negara Matahari Terbit itu. Dan ini banyak dipengaruhi dengan fakta bahawa yokai atau makhluk halus dalam kisah rakyat Jepun mempunyai kaitan dengan agama rasmi Jepun, Shinto.

Walaupun dari konteks sejarah terutama era Edo, yokai amat ditakuti tetapi ada juga yang berkait rapat dengan Shintoism seperti kitsune. Kitsune atau yokai yang menyerupai musang dan boleh berubah pelbagai bentuk dianggap utusan dewa Shinto Inari dan banyak patung yokai tersebut menjadi hiasan kuil-kuil Shinto.

Bagi Ketua Pustakawan Arkib Daerah Fukui, Eishun Nagano, kisah Amabie ini sebenarnya refleksi minda sama yang dipegang masyarakat sama ada era Edo atau era moden hari ini. Manakala pelukis dan pakar yokai Matthew Meyer melihat kisah ini sebagai reaksi kepada gangguan rutin harian rakyat Jepun ketika itu.

Perlu diingat pada ketika itu, polisi pengasingan yang dilaksanakan oleh Keshogunan Tokugawa dari abad ke-17 hingga abad ke-19 berakhir selepas tekanan luar dalam bentuk kapal perang Amerika Syarikat. Tambah Meyer, penamatan polisi ini bukan sekadar membawa masuk idea dan inovasi baru tetapi juga penyakit berjangkit baru seperti kolera .

Mungkin bagi sesetengah orang, Amabie dianggap watak fiksyen silam. Tetapi dalam suasana tidak menentu ini, warga Jepun melihatnya sebagai simbol harapan dan penyatuan dalam melawan wabak Covid-19. Dan bagi kartunis Mari Okazaki, lukisan Amabienya ialah manifestasi harapan agar mereka dilindungi semasa pandemik ini berlaku:

Lukisan Amabie versi Mari Okazaki. Sumber: https://twitter.com/cafemari/status/1241697999731822592

RUJUKAN:

Saunders, Rebecca. (2020). Amabie: The Japanese monster going viral. BBC. http://www.bbc.com/travel/story/20200422-amabie-the-japanese-monster-going-viral

Machemer, Theresa. (2020). Amid Pandemic, Artists Invoke Japanese Spirit Said to Protect Against Disease. Smithsonian Magazine. https://www.smithsonianmag.com/smart-news/artists-invoke-japanese-spirit-amabie-protector-against-disease-180974519/

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.