Sebenarnya, sistem tulisan dan bahasa Ibrani dah pupus sebelum Negara Haram Israel ditubuhkan pada 1948. 

Namun, ia diselamatkan semula pada zaman Uthmaniyah yang lebih bertoleransi dengan Yahudi.

Seriuslah Uthmaniyah?

Ya, Kerajaan Islam yang bantu Yahudi bangunkan balik bahasa Hebrew atau Ibrani ni.

Jauh sebelum tu, orang-orang Yahudi kalau nak belajar Kitab diorang, diorang kena rujuk Septuagint yang dah diterjemah ke dalam bahasa Latin sebab dah takde siapa boleh faham bahasa Ibrani. 

Para Rabbi pun faham sebahagian je bahasa Ibrani dan tak guna sebagai bahasa perantaraan dalam kalangan bangsa Yahudi.

Namun, sejak kurun ke-16M, Uthmaniyah banyak bantu Yahudi bangkitkan kembali Bahasa dan Tulisan Ibrani.

Diorang tolong terjemahkan terma-terma Arab kepada Bahasa Yahudi (Kamus Arab-Ibrani). 

Uthmaniyah pun benarkan Kelompok Yahudi kembali ke Palestin untuk bina penempatan dan beribadat di Tembok Barat yang menjadi tempat suci diorang.

Gelombang Penghijrahan (Aliya) ke Palestin dari tahun 1881 kerana kebangkitan nasionalisme Yahudi di Eropah melalui Gerakan Zionis merancakkan lagi proses tersebut. 

Orang Yahudi yang bertebaran di seluruh dunia selama ribuan tahun disatukan dengan bahasa yang sama iaitu Bahasa Ibrani. 

Sekolah Bahasa Ibrani yang pertama ditubuhkan di Baitulmuqaddis ataupun Jerusalem. 

Kemudiannya, Bahasa Ibrani digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian dan akhirnya menjadi bahasa yang sistematik dan menjadi bahasa kebangsaan mereka.

Kemudian, bahasa dan sistem tulisan Ibrani jadi Lingua Franca bagi kaum Yahudi di Palestin dan seluruh Asia Barat dan Eropah. 

Kesungguhan diorang bangkitkan sistem tulisan tu buatkan Yahudi bertambah kuat sampai dilihat rasis di Jerman dan Rusia yang membawa kepada peristiwa Genosid oleh Nazi pada Perang Dunia Kedua.

Tarikh 14 Mei 1948, negara haram Israel ataupun nama rasminya, “Medīnat Yisrā’el” dalam bahasa Ibrani berjaya ditubuhkan. 

Bahasa rasmi di negara tersebut adalah Bahasa Ibrani dan Arab sehingga tahun 2018. Selepas 2018, hanya Bahasa Ibrani diiktiraf di negara haram Israel sebagai bahasa rasmi.

Oleh: Azizul Farhan

___

Yahudi tak kenang budi. Diorang dah tak pandang orang-orang yang tolong dia dulu. Pendapat korang macam mana?

Dapatkan KITAB TAMADUN YAHUDI, pembelian anda akan disumbangkan ke Tabung Cinta Gaza Malaysia tanda solidariti anda kepada rakyat Palestin!

bit.ly/3MkDT6b


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply