Orang Malaysia atau purata manusia atas muka Bumi ini ada bias optimism. Kalau suatu malapetaka melanda, mereka optimis mereka tidak akan terkena malapetaka tersebut.

Ini antara sebab mengapa kempen berhenti merokok tidak pernah berjaya. Letaklah gambar paru-paru rosak merata pun. Letaklah video paru hitam merata pun, perokok tetap merasakan dirinya tidak terkena ancaman tersebut.

Walaupun kematian atas jalan raya merupakan salah satu punca kematian utama manusia, tetapi masih ramai lalai dan leka memandu. Masih ramai berani bermain telefon bimbit dan tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Obesiti juga merupakan antara punca kematian tertinggi manusia, tetapi masih ramai manusia galak makan benda bukan-bukan.

Sampai 100, 000 orang berkumpul. Apa benda ni Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia?

Samalah macam kes jangkitan wabak. Nasihatlah macam mana pun, susah manusia nak ikut. Suruh basuh tangan ke, orang yang ada simptom tak perlu keluar ke, “social distancing” ke, tak kisahlah apa nasihat pun, rakyat Malaysia tetap optimis mereka bukan punca sebaran wabak dan tetap optimis mereka tak kena wabak.

Sebab itu saya kurang setuju kalau pihak berkuasa cuma sekadar bagi panduan dan nasihat. Paling-paling kena ada tindakan tegas. Kalau tak nak bagi berhimpun ramai-ramai, tempat itu kena ditutup, penganjur perlu diambil tindakan, bukannya suruh orang ramai jangan berhimpun tetapi punca yang menjadi perhimpunan itu dibiarkan.

Taiwan adalah negara paling dekat dengan China, tetapi kesnya antara paling rendah di rantau Asia berbanding Korea, Jepun dan Malaysia.

Antara sebab kejayaan Taiwan ialah mereka haramkan penerbangan. Mereka merupakan negara pertama yang haramkan penerbangan. Mereka tak suruh rakyatnya jangan pergi melancong.

Mereka beli semua penutup muka, dan jual kepada rakyat dengan harga murah serta buat catuan. Mereka tak suruh kedai jual harga muruh ataupun suruh rakyat jangan beli pukal.

Mereka beli “hand sanitizer” dan letak di tempat-tempat penting, mereka tak minta orang beli “hand sanitizer”. Mereka sendiri sediakan.

Kalau ada satu-dua kes positif wabak, mereka tutup satu bangunan. Mereka tak suruh satu-dua yang kena kes ini duduk rumah. Mana maunya orang macam ini nak ikut.

Aktiviti suruh-menyuruh susah nak berjaya kerana bias optimis. Kena matikan punca, bukan sekadar merawat simptom.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.