Ramai orang kita buta sejarah sebenarnya.

Ramai sangka sewaktu era Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia, tidak ada ‘shooting war’.

Dan tidak ramai tahu sewaktu Malaysia sebagai sebuah Persekutuan yang meliputi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak mempunyai keanggotaan tentera tak sampai 20 ribu pun, nak menghadap Indonesia yang waktu itu diterajui Soekarno dan dihasut oleh kalangan kader kader komunis dari Partai Komunis Indonesia yang jumlah tentera sahaja merangkumi 200 000 orang tidak termasuk kelengkapan persenjataan yang dibekal oleh Kesatuan Soviet pada waktu itu yang terdiri dari pesawat pengebom strategik Tu-16 Badger, sejumlah pesawat tempur dan kapal-kapal untuk Ganyang Malaysia.

Itu tak dikira lagi entah berapa ratus orang KKO yang menyusup masuk Sarawak, menjadi gerilawan menghasut penduduk tempatan memberontak dibawah panji PARAKU dan PGRS dan TKNU.

Orang hanya ingat serangan KKO di Labis yang gagal tapi kita sikit pun tak tahu betapa ramai kalangan pasukan SAS dari Britain dan Australia bersama sama Gurkha, Sarawak Rangers dan Rejimen Askar Melayu sama sama sebelah menyebelah menggempur dan mengejar KKO, PARAKU, TKNU dan PGRS disempadan Sarawak-Kalimantan.

Ini berlaku diwaktu Persekutuan Malaysia digagaskan oleh Tunku Abdul Rahman.

Ya Konfrontasi ketika itu sangat serius, sangat memghampiri ‘full scale war’ sehinggakan British menempatkan skuadron pesawat pengebom strategik mereka yang terdiri dari pesawat Avro Vulcan di pangkalan udara Butterworth dan pangkalan udara Tengah sebagai cegah rintang.

Pangkalan Udara Butterworth

Ia sungguh serius sehinggakan sejumlah 48 butir senjata nuklear disimpan rapi di Butterworth.

Ia turut menyebabkan British mengatur gerak kapal pengangkut pesawat mereka di Selat Sunda.

Australia sendiri menempatkan skuadron pesawat tempur mereka di Butterworth.

260 000 orang tentera Angkatan Bersenjata Republik Indonesia vs 14 000 orang tentera Angkatan Tentera Malaysia. Itu tak termasuk keanggotaan negara Komanwel.

Itu jumlah yang kita kena hadap dalam negara baru sahaja selesai Darurat pertama, baru sahaja membentuk negara baru dan baru tak sampai 10 tahun merdeka.

Tapi di atas kebijaksanaan Tunku berunding, membolehkan bekas penjajah kita tidak tinggalkan tanah air kita ni begitu saja. Mereka dipertanggungjawabkan untuk membantu dari segi kelengkapan setelah ratusan tahun makan hasil bumi kita nak senang-senang angkat kaki? Tunku tak bagi peluang.

Sebab pada waktu itu kita menghadapi satu ‘common enemy’ yaitu komunis.

Ya Indonesia pada waktu itu mempunyai pengaruh komunis yang sangat besar. Malah diperakui oleh kesatuan Soviet dimana Indonesia adalah negara bukan sosialis yang mempunyai keahlian Comintern paling ramai diuar Pakatan Warsaw.

Dan komunis dari Partai Komunis Indonesia ini mempengaruhi dan menghasut serta cuba mengambil alih kepimpinan Soekarno malahan cuba mengawal tampuk pemerintahan ABRI waktu itu.

Petikan daripada buku “Conversations With Tunku Abdul Rahman” yang menunjukkan bahawa negara komunis China dulu pernah menyokong Konfrontasi

Syukur kalangan nasionalis, ulama dan tentera tidak menyukai PKI yang cuba ambil alih kuasa secara halus dan akhirnya menghapuskan elemen komunis ini melalui GESTAPU.

Jadi segala veteran Mat Salleh yang datang kenegara kita ini kita sambut bukan sebagai penjajah tetapi sebagai sahabat yang sama sama lawan musuh utama kita waktu itu yakni komunis yang menganggu gugat negara dari dalam dan diluar sempadan.

Mereka adalah tulang belakamg Operation Claret yang merupakan misi khusus dan sulit melawan PARAKU dan elemen gerila lain di Sarawak bersempadan Kalimantan.

Mereka ini terlibat memburu kalangan gerila PARAKU dan TKNU jauh kedalam sempadan Kalimantan dan seringkali berada didalam hutan dalam kumpulan kecil tetapi cukup padu memberi tentangan. Dibantu pula kalangan Iban Trackers dan Sarawak Rangers dan kemudian Rejimen Askar Melayu pada akhirnya.

Kalau tak kerna mereka pasti Sarawak dan Sabah hari ini jadi wilayah Indonesia.

Mereka datang setelah kita merdeka. Mereka datang setelah kita menyampai hasrat dengan budi bicara baik. Dan mereka datang secara sukarela walaupun ini bukan tanah air mereka.

Bacalah Operation Claret. Bacalah misi misi pasukan keselamatan kita di Borneo. Bacalah operasi TLDM yang memintas KKO diperairan negara kita.

Mereka datang berganding bahu sebagai sahabat, walaupun dulu mereka penjajah. Kita bukannya sambut mereka sebagai penjajah sebab generasi penjajah dah hapus sudah. Mereka ini adalah sebahagian dari ribuan lagi anggota keselamatan yang mempertahankan negara ini.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply