Tahun 1954, unit perisikan tentera *Isr\*\*l* iaitu Aman lancarkan satu operasi rahsia di Mesir. Tujuannya gila: letupkan sasaran milik British dan Amerika, lepas tu salahkan kumpulan Islamis tempatan. Dengan cara ni, mereka nak cipta imej dunia Arab sebagai p***gan*s supaya Barat tangguh keluar dari Mesir.
Nama operasinya “Operasi Susannah”. Tapi seluruh dunia kenal insiden ni sebagai Lavon Affair. Nama itu diambil sempena Pinhas Lavon, Menteri Pertahanan *Isr\*\*l* masa tu, yang akhirnya dipersalahkan bila misi ni kantoi.
Unit khas yang dikenali sebagai “Unit 131” dihantar ke Mesir dan menyamar sebagai rakyat Arab. Mereka letak bom di perpustakaan Amerika, pawagam British dan bangunan awam. Letupan dirancang supaya kelihatan seperti kerja m***tan tempatan.
Tapi semua terbongkar bila seorang ejen bernama Philip Natanson tertangkap tengah bawa bahan letupan. Bila disiasat, pihak Mesir berjaya bongkar seluruh rangkaian. Ramai ejen tertangkap termasuk dua yang dihukum gantung: Moshe Marzouk dan Shmuel Azar.
Pinhas Lavon dituduh dalang operasi ni, tapi dia nafikan dari awal. Dalam *Isr\*\*l*, krisis politik mula meletup. Kerajaan mula berpecah. Ben-Gurion, Perdana Menteri masa tu, tekan Lavon supaya letak jawatan walaupun tiada bukti kukuh.
Ben-Gurion kemudian cuba tutup cerita. Tapi tekanan dari media dan ahli politik lawan buatkan isu ini meledak. Inilah permulaan skandal Lavon Affair, salah satu aib besar dalam sejarah *Isr\*\*l* yang cuba dilupakan.
Ejen yang dipenjara dan dihukum dianggap wira. Bila keadaan dah tenang, kerajaan *Isr\*\*l* beri mereka anugerah. Padahal mereka yang hampir cetuskan perang terbuka antara negara Arab dan Barat.
Amerika dan UK terkejut bila tahu bangunan mereka diletupkan oleh sekutu sendiri. Tapi mereka tak ambil tindakan. Hubungan diplomatik tetap utuh, sebab politik antarabangsa lebih penting dari keadilan.
Lavon Affair jadi bukti operasi false flag *Isr\*\*l* yang licik. Mereka letupkan bangunan sendiri, salahkan pihak lawan, lepas tu reka naratif untuk kawal persepsi dunia. Bila kantoi, salahkan orang lain. Bila reda, angkat jadi wira.
Kesan politiknya besar. Nama baik agensi perisikan tercalar. Kepimpinan *Isr\*\*l* bergolak. Kepercayaan dalam kalangan kabinet retak. Skandal ini jadi simbol bagaimana kuasa digunakan tanpa had demi agenda geopolitik.
Kalau ejen tu tak tertangkap, mungkin dunia akan terus percaya ini kerja p***gan*s Arab. Tapi kerana satu insiden kecuaian, semuanya terbongkar. Ini membuka mata kepada dunia tentang siapa sebenarnya dalang.
Teknik “false flag” macam ni masih digunakan sampai hari ini. Bentuknya mungkin berubah, tapi niat dan modus operandi tetap sama. Pecah, salahkan orang lain, dan cipta simpati.
Operasi Susannah menjadi titik tolak bagaimana persepsi dunia boleh dikawal dengan naratif palsu. Apa yang dulu nampak seperti “tindakan mempertahankan diri”, rupanya serangan terancang.
Lavon Affair ialah bukti sejarah bahawa muslihat boleh dijadikan dasar luar negara. Bila naratif dipegang oleh satu pihak, yang lain akan dilihat sebagai penjahat walaupun sebenarnya mangsa.
Dunia ditipu dengan letupan, dibutakan dengan propaganda. Kuasa besar cipta musuh untuk halalkan perang. Dan bila semuanya terbongkar, tiada siapa pun dihukum. Yang bersalah dipuja. Yang terkorban dilupa.
Inilah wajah sebenar politik global. Kalau kita tak belajar dari sejarah, kita akan terus diperbodohkan olehnya.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.