Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa tahun 1943 bukanlah tahun yang baik bagi diktator fasis Itali, Benito Mussolini. Keinginannya untuk menguasai seluruh Afrika Utara berakhir dengan sebuah kekalahan yang memalukan;  keputusannya untuk menghantar tentera yang tidak bersedia ke Medan Timur bagi memer*ngi Kesatuan Soviet yang sedang mengalami peningkatan moral, telah mengundang padah hingga mengakibatkan korb*n jiwa yang tidak berlanjutan, dan pencerobohan tentera Sekutu terhadap Sicily telah membawa Per*ng Dunia Kedua betul-betul di pintu belakang Itali.

Tidak seperti di Jerman, di mana Adolf Hitl*r dan orang sekeliling dalamannya memerintah negara itu secara kuku besi, manakala Itali pula sebuah negara yang masih mempunyai raja dan Dewan Agung yang sangat mampu jika mereka mahu mengusir Mussolini yang semakin terdesak dari jawatannya. Ketika Julai bermula, Mussolini baru saja hendak bertahan, tapi untuk berapa lamakah?

Dijatuhkan Oleh Kerajaan Sendiri

Pada 19 Julai 1943, pesawat pengeb*m pihak Sekutu muncul di ruang udara ‘Kota Keabadian’, Rom. Ini bukanlah kali pertama kota itu dib*m, tetapi ia terbukti telah menjadi satu titik tolak terpenting yang menyumbang kepada kejatuhan diktator. Pengeb*man itu telah meratakan kawasan kelas pekerja di San Lorenzo, menyebabkan kerosakan yang besar terhadap dua lapangan terbang Rom dan menjadikan sebahagian infrastruktur binaan Basilika Saint Lawrence kuno di luar tembok runtuh.

Anggota barisan kepimpinan kerajaan dibawah Benito Mussolini yang naik marah bertindak menentang pemimpin mereka yang terkepung, penentangan itu memuncak dengan usul undi tidak percaya oleh Dewan Agung pada 24 Julai.Keesokan harinya, Il Duce (gelaran untuk seorang pemerintah Itali) dipanggil ke istana Raja Victor Emmanuel III yang disangkakannya hanya akan menjadi satu pertemuan dua minggu sekali yang biasa dilakukan mereka.

Raja memaklumkan, bahawa dia digantikan oleh Marsekal Pietro Badoglio. “Wahai Duce, sudah tidak ada gunanya lagi,” kata raja kepada diktator yang telah dirundung kekecewaan itu. “Itali telah berpecah belah. Tentera tidak mahu berjuang lagi. Pada saat ini kamu adalah lelaki yang paling dibenci di Itali.”

Mussolini meninggalkan istana dalam keadaan terkejut. Dia telah memerintah Itali sejak tahun 1922, dan sekarang tanpa diduga, dia telah ditendang keluar dari pejabatnya setelah dikhianati oleh anggota pentadbirannya sendiri. Pandangannya menjadi gelap ketika dia ditahan oleh anggota Carabinieri (polis tentera Itali) dan dipenjarakan atas titah raja.

Ketika Hitl*r menerima berita kejatuhan Mussolini, dia amat terkejut. Sekiranya Mussolini boleh digulingkan dengan mudah, mungkinkah nasib yang sama menanti Adolf Hitl*r?

Misi Berani M*ti

Marah dan takut akan implikasi dari potensi akan wujud pakatan baharu antara pihak Sekutu dengan Itali yang kini bukan lagi dianggap sebagai sahabat Jerman akibat peralihan kuasa, Hitl*r memutuskan satu-satunya tindakan terbaik adalah dengan menyerap bekas wilayah Itali dan segala aset kepentingan di luar negeri serta menyelamatkan rakan diktatornya dari tawanan.

Pihak Itali khuatir sekiranya Hitl*r mungkin melakukan usaha menyelamatkan Mussolini, jadi Mussolini telah digerakkan terus menerus dan tidak konsisten di satu tempat sejak penangkapannya untuk mengelakkan kedudukannya diketahui orang Jerman. Namun, Hitl*r telah menjangkakan taktik ini dan oleh itu dia memutuskan untuk menghantar Hauptsturmführer Otto Skorzeny ke Itali bagi mengesan bekas diktator itu dan melaksanakan misi menyelamat. Operasi menyelamatkan Benito Mussolini ini diberikan nama kod Operasi Eiche. Dalam konteks sejarah, peristiwa ini turut dikenali sebagai Gran Sasso Raid.

Skorzeny pernah beraksi semasa pencerobohan Kesatuan Soviet pada tahun 1941, setelah terced*ra di belakang kepala akibat serpihan l*tupan pada tahun 1942 (dia menerima pingat Iron Cross untuk keced*raannya), dia kemudian ditugaskan sebagai kakitangan di Berlin di mana dia mula mengembangkan teknik untuk per*ng komando yang tidak konvensional.

Skorzeny tidak mengambil masa yang lama untuk mengesan kedudukan diktator Itali yang digulingkan itu. Transimisi radio yang dipintas menunjukkan Mussolini ditahan di bawah kawalan bersenjata di Hotel Campo, sebuah pusat peranginan ski yang tinggi di Pergunungan Apennine di wilayah Gran Sasso, selatan Itali. Masalah yang tinggal ialah bagaimanakah cara untuk mengeluarkan Mussolini dengan selamat.

Foto-foto pengintipan udara menunjukkan bahawa lokasi hotel di atas gunung tidak boleh dilakukan kaedah serbuan payung terjun. Namun, gambar tersebut menunjukkan sebidang tanah kecil yang berdekatan dengan hotel yang difikirkan oleh Skorzeny sebagai sangat sesuai untuk mendaratkan satu skuadron dengan kapal terbang.

Hotel Campo tempat Mussolini ditahan

Pada pagi 12 September 1943, Skorzeny dan pecahan pasukan komando SS bersama pasukan paratruper Fallschirmjäger menaiki sepuluh pesawat peluncur DFS 230 dan berangkat dari landasan udara kecil berhampiran Rom menuju pergunungan yang menempatkan hotel tersebut.

Ketika mereka mendekati lokasi pendaratan, Skorzeny menyedari bahawa tanah yang telah ditanda khas untuk pesawat melakukan pendaratan sebenarnya adalah lereng yang curam, berbatu dan bukan tanah yang rata seperti yang disarankan oleh foto dari udara. Pesawat yang sedang terbang itu tidak mempunyai pilihan selain mendarat secara ekstrim di atas tanah berlereng, pendaratan itu menyebabkan keced*raan terhadap beberapa anggota pasukan didalam salah satu pesawat luncur.

Operasi Komando Tanpa Sebarang Tembakan

Sementara itu, di bawah lembah, dua unit pasukan terjun diketuai oleh ketua komander Operasi Eiche, Mejar Harald Mors menawan kereta api fikular yang biasanya membawa pelancong ke hotel. Mors mengarahkan agar semua talian komunikasi diputuskan, sekaligus memutuskan hubungan kawasan itu dengan dunia luar.

Setelah mendarat, Skorzeny dan pasukannya terus menyerbu hotel. Hotel dengan satu-satunya ‘tetamu’ penting itu dikawal ketat oleh dua ratus anggota Carabinieri, tetapi Skorzeny mempunyai perancangan yang diharapkan dapat membuat mereka menyerah. Dia telah membawa bersama seorang jeneral Itali, Fernando Soleti. Ketika pasukannya menerjah masuk melalui pintu hotel, Soleti dipaksa berteriak agar para pengawal tidak menembak. Menjadi bingung, anggota Crabinieri meletakkan senjata mereka dan terus menyerah.

Setelah itu, radio pengawal dilumpuhkan supaya tidak ada sesiapa yang cuba untuk meminta bantuan, Skorzeny kemudian terus berlari ke bahagian atas dan mula mencari-cari bilik yang menempatkan Mussolini. ketika dia akhirnya berjaya menemui Mussolini, dia menangis sambil mengatakan “Duce, Fuhrer telah menghantar saya untuk menyelamatkan kamu! Sekarang kamu bebas!” Mussolini merasa lega dengan emosi. “Saya tahu rakan saya Adolf tidak akan meninggalkan saya,” katanya kepada Skorzeny.Kemudian, Mejar Mors yang telah tiba di atas gunung dan memasuki hotel. Dia memberi salam kepada Mussolini sambil memperkenalkan dirinya. Diktator Itali itu tersengih ketika mengambil gambar beramai-ramai sementara Skorzeny menghubungi pesawat Fieseler Fi 156 STOL (Short Take Off and Landing) melalui radio untuk datang dan menjemput Mussolini.

Pesawat itu melakukan pendaratan yang sukar di landasan berbatu dan pemimpin Itali itu dikawal iring untuk menaiki pesawat setelah mengucapkan selamat tinggal kepada pada penyelamatnya. Pesawat itu direka bentuk untuk membawa dua penumpang sahaja tetapi Skorzeny berkeras untuk mengiringi diktator tersebut, ia menjadikan pesawat itu terlalu berbahaya untuk dinaiki.

Mengapa Skorzeny mempertaruhkan nasib misi yang hampir berjaya pada peringkat akhir ini? Membebankan pesawat secara berlebihan akan menjadikannya lebih sukar untuk berlepas. Jawapannya mudah. Sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada Mussolini ketika dia dikeluarkan dari Itali, Skorzeny akan bertanggungjawab secara peribadi. Tidak terkenal dengan sifat pemaafnya, Hitl*r pasti menuntut nyawa Skorzeny sekiranya Mussolini gagal diselamatkan. Jadi lebih baik dia m*ti bersama-sama Mussolini secara bermaruah.

Maka, pesawat yang terlebih muatan itu bergerak menyusuri landasan sementara yang pendek itu dan akhirnya terbang ke udara. Ada saat yang mencemaskan berlaku ketika pesawat nyaris terjunam ke bawah lembah tetapi juruterbang berjaya menaikkan muncung pesawat dan mereka terbang menuju ke Rom sementara penyelamat Mussolini yang lain bersiap sedia untuk kembali ke wilayah yang selamat dengan berjalan kaki  .  Operasi Eiche telah mencapai kejayaan yang luar biasa, tanpa ada satu pun tembakan dilepaskan.

Hauptsturmführ*r Otto Skorzeny

Pengakhiran Yang Disedari Mussolini

Hitl*r terkejut melihat rakan lamanya itu ketika kedua-dua diktator itu bertemu pada 14 September di bunker Führer yang bergelar ‘Wolf’s Lair’ dalam hutan di luar bandar Rastenburg.  Mussolini cuba memadamkan rasa kecewa dan penyesalan yang menyebabkan dja kehilangan banyak berat badan sejak kali terakhir Hitl*r melihatnya. Tetapi bagi Hitl*r, apa yang penting adalah rakan lamanya itu selamat.

Sudah tentu, hakikatnya misi menyelamat itu adalah kemenangan kosong bagi Mussolini. Setelah diangkat oleh Hitl*r sebagai pemimpin boneka Republik Sosial Itali yang baru ditubuhkan, Mussolini mengakui bahawa dia sekarang tidak lebih dari sekadar seorang pegawai bawahan Hitl*r.

Dalam wawancara dengan Madeleine Mollier, isteri setiausaha akhbar kedutaan yang telah menemubual diktator itu semasa zaman kegemilangannya pada tahun 1938, Mussolini sedar yang pengakhirannya sudah hampir tiba.

“Tujuh tahun yang lalu, saya adalah seorang yang menarik. Sekarang, saya tidak lebih dari sekadar mayat,” katanya kepada Mollier. “Ya, Puan, saya sudah selesai. Bintang saya telah jatuh. Tidak ada sebarang semangat juang lagi yang tersisa dalam diri saya. Saya bekerja dan saya mencuba, tetapi tahu bahawa semua itu hanyalah satu kepalsuan … Saya menunggu pengakhiran tragedi dan yang peliknya saya terlepas dari segala-galanya, saya tidak merasakan diri saya seperti sedang berlakon lagi, saya rasa saya adalah penonton yang terakhir.”

Ketika pengakhiran itu tiba, ia tiba dalam masa yang pantas sekali. Ketika angkatan Sekutu menggemp*r melalui utara Itali, Mussolini dan wanita simpanannya, Clara Petacci, berusaha untuk melepasi sempadan Switzerland yang neutral.

Pada 27 April 1945, Mussolini, perempuan simpanannya dan rombongan mereka telah ditangkap oleh puak partisan Itali berhampiran kampung Dongo di tepi Tasik Como. Keesokan paginya, Il Duce yang pernah menjadi orang yang paling berkuasa selepas raja di Itali, ditembak m*ti oleh skuad penembak. Mayat Mussolini – bersama-sama dengan perempuan simpanannya dan beberapa penyokongnya – digantung secara terbalik dari bumbung stesen minyak Esso di Milan.

Itulah penamat yang paling hina bagi seorang lelaki yang telah memerintah Itali selama lebih dari dua puluh tahun, walaupun beberapa orang Itali meratapi kem*tiannya. Mussolini mungkin berjaya melepaskan diri dari cengkaman musuh-musuhnya pada tahun 1943, tetapi kezalimannya terhadap bangsanya sendiri dan seluruh dunia bererti dia tidak boleh melepaskan diri dari keadilan untuk selama-lamaya.

RUJUKAN:

González López. (November 16, 2018). Freeing Mussolini: Dismantling the Skorzeny Myth in the Gran Sasso Raid. Pen and Sword Military.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.