Dalam banyak-banyak parasit, kulat juga mampu menjadi parasit yang menyusahkan kita. Bukan kulat hutan yang kita biasa makan ya! Kulat yang saya maksudkan ialah kulat halus sampai boleh dilihat dari mikroskop.
Untuk trivia ini, saya ceritakan pasal satu jenis penyakit iaitu ‘onychomycosis’. Penyakit onychomycosis adalah jangkitan kulat yang menyerang kuku, tidak kira kuku jari tangan atau jari kaki.
Simptom-simptom berlakunya jangkitan kulat kuku ini ialah permukaan kuku yang pucat dan mudah terhakis, kuku yang rapuh dan menebal. Kalau kuku korang nampak pucat dan mula mengelupas, itu tandanya korang kena jangkitan kulat kuku.
Serangan kulat ke atas kuku biasanya terjadi apabila terdapat bukaan antara kuku dan kulit, ataupun kuku cedera. Dari situlah segala macam kulat masuk ke dalam bukaan atau luka. Penyakit onychomycosis biasa menyerang di kuku jari kaki.
Penyakit ini taklah jarang terjadi. Ia penyakit yang biasa macam kena serangan demam. Tapi ada sesetengah pesakit mengalami jangkitan kulat kuku yang teruk sampai kukunya menebal teruk!
Mereka yang alami jangkitan yang teruk biasanya alami trauma, kena diabetes, sistem imun yang lemah, dan mempunyai sejarah jangkitan kulit. Ada sampai pesakit susah berjalan dengan keadaan kuku jari kakinya mengelupas dan menebal.
Jadi, korang kena bersihkan diri, sentiasa potong kuku, dan tidak berkaki ayam di kawasan lembap. Langkah-langkah ni boleh mencegah dari serangan kulat kuku.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih