Oi ade berjilbab ungu
Cantik nian cak ulat bulu
Dapat salam dari ayah ibu
Tamat kuliah jadi menantu
Adek jangan senga mak itu
Mentang kakak ni bujang buntu
Kecik igo ngelamar kau
Tinggal berdoa Allah yang bantu
Oye adek yang kakak suko
Oye adek yang kakak sayang
Cubo tengok niat kakako
Dakang nyesal ayolah terimo
Kakak janji bakal setia
Bimbing ade sampai ke Surga
Dunia ini hanya sementara
Payu gancang kito ke K.U.A
Balasan Lagu Adek Jilbab Ungu
Oh abang taukah yang adek rasakan
Pertemuan kita yang telah lama dirindukan
Di kala malam adek selalu terbayang
Senyuman wajahmu ingin cepat ku pandang
Adek mengerti abang di sana bekerja
Mencari modal untuk pernikahan kita
Karna lamanya cinta kita bercerita
Semoga dipermudah Allah maha kuasa
Di setiap doa adek selalu harapkan
Kebersamaan halal itu yang adek inginkan
Selama janji abang masih tetap terucapkan
Adek akan setia sampai waktunya datang
Ooo abang adek juga rindu
Dengan abang yang tampan itu
Salam balek untuk bapak ibu
Adek siap jadi menantu
Abang jangan lama di situ
Adek sudah lama menunggu
Berdoa semoga Allah bantu
Supaya cepat kita bersatu
Adek yakin abang setia
Bimbing adek sampai ke Surga
Jangan abang banyak gaya
Bawa adek ke K.U.A
Syarah:
Pernikahan adalah jalan terbaik dalam percintaan.
Rasulullah bersabda; “Aku tidak melihat (penawar ) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah.”
(HR Baihaqi & Ibn Majah)
Cinta bukan mainan. Ianya suatu perasaan kurniaan Tuhan, agar kita mengenal makna kebahagiaan. Bahkan di syurga yang di sana ada segala-galanya, masih Adam merindukan Hawa sebagai peneman. Mana mungkin lelaki bisa sendiri tanpa perempuan. Begitu juga sebaliknya.
Bernikahlah.
Jumpalah ibu ayah. Bukankah cinta mengajar soal keberanian. Kirimkan salam perkenalan. Mudah-mudahan dibukakan pintu hati. Ada jodoh, insyaAllah tak ke mana. Mana tahu habis kuliah ada rezeki dapat menghalalkan hubungan. Jujur & ikhlas. Usulkan hasrat ke ayah ibu, moga berbalasan salam ke bakal menantu.
Cinta bukan setakat kata-kata. Kasih sayang juga dibuktikan dengan bekerja, mengumpul hantaran, buat menghalalkan sebuah perhubungan. Penat lelah bekerja bukan mudah, namun sanggup dipikul sang pecinta kerana mahu bersama gadis yang dicintai. Ingat, ia bukan percuma, Seharusnya pengorbanan pasangan dihargai dengan kesetiaan.
Allah berfirman:
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(QS: An-Nuur. 32)
Rasulullah bersabda:
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.
(HR. Ahmad)
Apa lagi, cepat-cepatlah ke K.U.A; Kantor Urusan Agama.
Pejabat Kadi dah memanggil-manggil.
Bercinta biar sampai syurga. Bukan sekadar suka-suka di dunia yang sementara. Jikalau kita benar-benar sayangkan seseorang, semestinya ingin bersama sampai bila-bila. Biar maut tak bisa memisahkan, apabila yang mengikat cinta ialah cinta kerana Tuhan. Biarlah bersama-sama mencintai Allah sampai ke syurga. Tidak terhenti di sini, bahkan berkekalan di sana. Setia sampai syurga.
Hadith Qudsi, Allah berfirman;
“Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang cinta mencintai keranaKu. Kasih-sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang sering memperhubungkan tali silaturahim keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bernasihat keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling berziarah keranaKu. Kasih sayangKu berhaklah diberikan kepada orang yang saling bantu membantu keranaKu. Orang yang cinta mencintai keranaKu berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, sangat dicita-citakan tempat-tempat mereka itu oleh para Nabi, Siddiqin dan Syuhada.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Hakim, Qudha’i)
Jikalah hadir lelaki yang baik agamanya & tulus meminang, usah berat membuka hati.
Rasulullah bersabda:
“Apabila seseorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang kepada kamu untuk meminang anak kamu, maka hendaklah kamu menikahkan orang tersebut dengan anak perempuan kamu. Jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.”
(HR At-Tirmidzi)
Tak elok lambat-lambatkan pernikahan jika mampu dipercepatkan. Terutamanya di zaman fitnah ini. Banyak dugaan. Dengan bernikah, ia menyempunakan agama. Jangan lama-lama dalam hubungan di luar pernikahan. Macam-macam boleh terjadi. Syaitan menyucuk kanan dan kiri.
Cinta yang jujur membuktikan janji,
ialah yang dimaharkan lafaz sufi.
Dua jiwa menjadi satu.
Ada jodoh, cepat-cepat jadi menantu.
Rujukan:
- Cerita Lagu ‘Oh Adek yang Jilbab Biru’ Tengah Viral di Media Sosial, Ciptaan Mahasiswa UIN Palembang. http://sumsel.tribunnews.com/2018/10/13/cerita-lagu-oh-adek-yang-jilbab-biru-tengah-viral-di-media-sosial-ciptaan-mahasiswa-uin-palembang
- Pencipta ASLI lagu Oi Adek Berjilbab Ungu/Biru (Bujang Buntu)- IMAM NAHLA | penyanyi balasan asli. https://www.youtube.com/watch?v=x1FJKpdJFZ0
- BALASAN!! Adek Jilbab Ungu Vs Adek Juga Rindu || Animasi Lirik. https://www.youtube.com/watch?v=YZgS5k_wAQ8
- Adek Berjilbab Ungu + Balasan cover by Alfiromi & Salma Nabiilah. https://www.youtube.com/watch?v=pYVqpsxl4Aw
- Adek Juga Rindu, Adek Jilbab Ungu (Versi Full). https://www.youtube.com/watch?v=3N2zJE1ePHU
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih