Sesungguhnya negara Jepun sangat kaya dengan sejarahnya. Sejarahnya penuh warna-warni. Antara warna-warni yang boleh kita belajar ialah seorang tokoh yang bernama Oda Nobunaga (織田 信長), yang bercita-cita menyatukan seluruh Jepun, ketika di hujung Perang Saudara Antara Negeri di Jepun. Lahir pada 23 June 1534 di Owari, siapa tahu yangOda Nobunaga bakal menjadi salah seorang daripada pemerintah Jepun yang hebat dalam sejarahnya. Dalam sejarah, Jepun disatukan oleh tiga orang, dan penyatuan itu dimulakan oleh Nobunaga, kemudian diteruskan oleh Toyotomi Hideyoshi dan dilengkapkan oleh Tokugawa Ieyashu.

Walaupun dilahirkan sebagai seorang bangasawan, namun itu tidak pernah membuatkan Oda Nobunaga jadi besar kepala. Dia dikenali sejak kecil sebagai seorang lelaki yang tidak pernah sebati dengan keadaan masyarakat di sekelilingnya. Dia merupakan seorang anak lelaki yang mempunyai jiwa memberontak yang kuat. Ketika usia kecilnya, dia sering dilihat bermain dengan rakan-rakannya yang daripada kalangan rakyat biasa sehingga digelar “The Fool Of Owari”. Ketika pengenalan senjata api ke Jepun, dia dikenali kerana melahirkan rasa kagumnya pada tanegashima firearms atau lebih dikenali sebagai “Senjata Api Jepun.”

Oda Nobunaga – Anak Muda Yang Memberontak

Pelbagai kisah dicatatkan mengenai kehidupan Oda Nobunaga sewaktu muda. Pada tahun 1546, Oda Nobunaga telah mengalami pengalaman menghadiri ritual cukup umur di Istana Furuwatari dan dinamakan sebagai Oda Kazusanosuke Nobunaga dan dikahwin dengan dengan Nohime pada usia 14 tahun untuk mewujudkan hubungan sekutu antara provinsi Owari dan Mino.

Apabila ayahnya mangkat pada tahun 1551, Oda Nobunaga dilantik menjadi ketua puaknya. Walaupun sedemikian, ketika ini perangai Nobunaga yang pelik dapat dilihat. Dia menolak untuk menghadiri majlis pengebumian ayahnya, di mana telah membuatkan seluruh puak-puak yang bernaung di bawah puak Oda telah naik darah. Namun pada akhirnya, dia terpaksa juga menghadiri majlis pengebumian itu.

Namun anehnya ketika dia diminta untuk memberi penghormatan terakhir, dia telah membuang abu ritual tersebut. Dicatatnya dia membuang abu tersebut laksana seorang ahli sumo membuang garam ke dalam gelangang untuk menyucikan gelanggang. Hamba setia kepada ayahnya telah membunuh diri sebagai protes kepada tindakan Oda Nobunaga ini. Oda Nobunaga yang terkesan dengan peristiwa itu telah mengarahkan sebuah kuil di bina untuk menghargai hamba setia ayahnya, iaitu Shiba Yoshimune.

Persengketaan Adik Beradik Demi Sebuah Kuasa

Ketika era Nobunaga menjadi ketua puaknya, terdapat beberapa konflik berlaku dan memisahkan puak Oda kepada beberapa bahagian. Dalam itu, Oda Nobunaga dicabar oleh pakciknya Oda Nobutomo dan juga adiknya iaitu Oda Nobuyuki. Kedua-dua oran ini telah bekerjasama dengan merancangkan konspirasi untuk menggulingkan kepimpinan Oda Nobunaga dan merancang untuk menggunakan Shiba Yoshimune, yang merupakan gabenor dalam provinsi Owari untuk menjatuhkan Oda Nobunaga.

Tetapi selepas seketika, Yoshimune didapati oleh Oda Nobutomo merupakan seorang pengsimpati pada perjuangan Oda Nobuanaga membuatkan Yoshimune telah dibunuh oleh Nobutomo. Tetapi sayangnya waris Yoshimune telah berjaya melarikan diri dan lari ke arah Nobunaga. Beberapa ketika selepas itu pula. Nobutama pula dibunuh oleh salah seorang daripada pakcik Nobunaga iaitu Oda Nobumitsu yang telah membunuh Nobutomo di Istana Kiyoshu. Oda Nobunaga pula telah bekerjasama dengan Nobumitsu untuk mematahkan setiap pemberontakan.

Beberapa bulan kemudian, Nobuyuki telah menyerang anak-anak buah di bawah puak Oda, iaitu dan telah mencetuskan pertempuran antara dua adik beradik. Oda Nobunaga dan Oda Nobuyuki telah turun untuk bertempur di Pertempuran Ino dan pertempuran ini telah dimenangi oleh Oda Nobunaga. Mujurlah ibu mereka telah masuk campur bagi menghalang sebarang pertumpahan antara adik beradik sedarah ini.

Namun siapa tahu yang Nobuyuki tidak pernah menyerah. Setahun selepas itu. Nobuyuki merancang untuk memberontak lagi, namun kali ini dia telah dimaklumkan oleh orang kepercayaannnya. Maka, merasakan kali ini adiknya telah melampau, maka Oda Nobunaga telah berlakon sakit dengan harapan dapat dekat dengan Nobuyuki dan akhirnya, Nobuyuki telah dibunuh oleh Nobunaga di Istana Kiyosu.

Pada tahun 1559, Nobunaga telah menghapuskan semua saingannya di dalam puaknya sendiri dan seluruh Provinsi Owari. Shiba Yoshikane, waris kepada Shiba Yoshimune telah dijadikan boneka untuk Nobunaga memerintah seluruh provinsi Owari. Namun untuk beberapa ketika selepas itu, Nobunaga menyedari bahawa Shiba Yoshikane cuba untuk mengenbalikan kegemilangan kegemilangan puak Shiba. Akibatnya, Yoshikane telah dijatuhkan daripada jawatan gabenor dan Nobunaga telah mengelak dari semua pakatan yang diukir atas nama puak Shiba.

Pertempuran Yang Mengukirkan Nama Nobunaga

Setahun selepas semua saingan Nobunaga dihabiskan di provinsi Owari, entah dari sebuah provinsi yang sangat berdekatan dengan Owari, seorang samurai yang memerintah Provinsi Suruga telah mengerahkan 25 000 orang askar untuk menjatuhkan pemerintahan Oda Nobunaga di Provinsi Owari.

25 000 orang askar Imagawa Yoshimoto dikatakan sedang mara ke arah Kyoto, kota pemerintahan Nobunaga di provinsi Owari. Tetapi untuk melawan 25 000 bala askar Yoshimoto, puak Oda hanya mampu mengerahkan 3000 orang askar sahaja. Bahkan 3000 orang askar ini pula terpaksa dikerahkan untuk mempertahankan beberapa buah kubu di sempadan.

Para penasihat Oda Nobunaga mengatakan bahawa pertempuran ini adalah sangat-sangat mustahil untuk dimenangi oleh Nobunaga. Namun, samurai hebat ini tidak pernah mengalah sebaliknya dia mengatakan bahawa dia ada cara untuk menang ke atas bala askar Yoshimoto. Direkodkan bahawa Yoshimoto telah berjaya menawan beberapa buah kota ketika kemaraannya. Ini telah dilaporkan kepada Nobunaga.

Diceritakan bahawa Oda Nobunaga telah merancang untuk memberi gambaran bahawa askar utama Nobunaga diletakkan di sebuah kuil. Bendera yang terlalu banyak dipacakkan di kuil itu untuk mengaburi pandangan askar pengintip musuh bahawa pasukan utama Nobunaga masih belum berganjak. Pada petang itu juga, askar-askar musuh telah meraikan kejayaan mereka dengan meminum arak dan berpesta, sambil beberapa askar pengimtip ditugaskan untuk memastikan bahawa pasukan utama Nobunaga belum lagi bergerak.

Padahal sebenarnya Oda Nobunaga telah memimpin 1500 – 2000 orang askarnya meredah hutan untuk menyerang secara mengejut ke atas pasukan Imagawa Yoshimoto. Direkodkan bahawa hujan ribut melanda kem musuh dan sebaik sahaja askar Nobunaga tiba, ketika itu dalam keadana lecun dan berat dengan air hujah, serta baru sahaja sedang berpesta, mereka tidak dapat menahan serangan dan bala askar Oda Nobunaga.

Diceritakan bahawa dalam pertempuran ini, Imagawa Yoshimoto turut mati dan dua orang jeneral utama Imagawa turut mati dalam pertempuran. Pad apenghujung pertempuran ini, semua askar Imagawa yang masih hidup telah menumpahkan taat setia tidak berbelah bahagi kepada Nobunaga memandangkan ketua dan dua dua jeneral perang mereka telah mati. Dalam pertempuran ini turut mengundang Tokugawa Iyasu daripada Mikawa yang turut menumpahkan taat setia pada Nobunaga. Samurai ini kemudiannya menyambung perjuangan Nobunaga selepas kemangkatan Nobunaga.

Kempen Penaklukan Oda Nobunaga

Selepas pertempuran yang berlaku dengan memihak kepada Oda Nobunaga, maka samurai ini mula merancang untuk meluaskan kekuasannya. Antara sasarannya ialah provinsi Mino yang dipimpin oleh Puak Saito. Dan ketika usianya mencecah 33 tahun, keluasan wilayah yang diperintah oleh Nobunaga terus meluas sehinggakan dia membina sebuah istana yang bernama Inabayama sebagai pusat pemerintahannya. Wilayah seterusnya yang berjaya jatuh ke tangan Nobunaga ialah wilayah Kyoto dan Kansai sama ada melalui peperangan dan pencaturan politik yang penuh licik.

Salah satu peristiwa yang terkenal dalam kempen Nobunaga menawan seluruh Jepun ialah untuk mengalahkan satu lagi puak terkenal di Jepun iaitu Puak Asakura, dan menawan Provinsi Echizen. Diceritakan bahawa dalam kempen penaklukan ini, salah seorang daripada orang kepercayaan Nobunaga telah mengkhianatinya dan ini membuatkan bala askar Nobunaga tewas teruk, apabila daripada 30 000 orang askar yang turun ke medan perang, hanya 10 orang sahaja yang selamat.

Namun, seperti sebelum ini, tindakan Nobunaga yang cuba menawan Echizen ini sebenarnya tidak disenangi oleh ramai orang bawahannya. Selepas tewas dalam pertempuran, sentimen kebencian ke atas Nobunaga mula bertiup. Ini telah mewujudkan satu lagi konflik perang saudara di bawah Nobunaga. Mujurlah semua sentimen itu berjaya dipatahkan oleh Nobunaga. Pemberontakan berjaya dipatahkan dan kali ini.

Selepas berjaya mematahkan pemberontakan itu, Nobunaga meneruskan kempen penaklukannya, di samping mematahkan beberapa serangan daripada musuh beliau. Selepas berjaya menawan Echizen, yang di mana beliau gagal ketika kali pertama berbuat demikian, satu lagi sentimen untuk menggulingkan beliau kembali memercik.

Ketika itu, Nobunaga dinaikkan pangkat daripada Dainagon kepada Konoe Daisho, yang merupakan pisis ketiga paling berkuasa di kerajaan ketika itu. Pemberontakan kedua yang berlaku berjaya juga dipatahkan oleh Nobunaga. Tetapi itu bukanlah penamat kepada pemberontakan. Beberapa pemberontakan kecil berlaku dalam wilayah pimpinannya membuatkan dia terpaksa membahagikan askarnya kepada beberapa bahagian, di mana bahagian askarnya akan dipimpin oleh orang kepercayannya.

Sebuah Pengkhianatan Dan Kematian Nobunaga

Oda Nobunaga sedang di puncak kejayaannya. Selepas berjaya menghancurkan puak Takeda dalam Pertempuran Temmokuzan. Oda Nobunaga hanya tinggal beberapa langkah sahaja untuk mencium kejayaan menyatukan seluruh tengah Jepun.

Pesaing kuat yang tersisa hanya tinggal puak Uesugi, Mori, dan Hojo yang ketiganya sedang mengalami kegagalan selepas kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Nobunaga, di samping konflik dalaman yang melemahkan mereka.

Ketika melihat keadaan tiga puak di tengah Jepun yang masih belum diperangi yang sedang melemah, maka Nobunaga menghantarkan jeneral-jeneral terbaiknya ke berbagai penjuru negeri untuk meneruskan kempen penaklukannya.

Toyotomi Hideyoshi diperintahkan untuk menyerang puak Mori di Provinsi Bitchu; Niwa Nagahide untuk melakukan serangan atas Shikoku; Takigawa Kazumasu untuk mengawasi puak Hojo dan bersiap bagi serangan ke atas Provinsi Kozuke dan Shinano; dan Shibata Katsuie menyerang Echigo yang dikuasai puak Uesugi. Pada waktu yang sama juga, Nobunaga mengarahkan orang kepercayannya, Tokugawa Ieyasu, daimyo yang memerintah provinsi Mikawa, untuk mengelilingi seluruh wilayah Kansai bagi meraikan kemenangan mereka mengalahkan musuh azali Nobunaga iaitu Takeda.

Ketika itu, Nobunaga menerima khabar daripada Hideyoshi untuk yang sedang mengalami kebuntuan dalam penawanan sebuah benteng yang dipertahankan oleh Shimizu Muneharu dari puak Mori dengan begitu kental.

Mengetahui bahawa orang kepercayaannya sedang dirundung malang, maka Nobunaga pun berpisah dengan Ieyasu dan mengerahkan bala ke wilayah yang sedang ditawan oleh Hideyoshi.

Dia telah memerintahkan Akechi Mitsuhide untuk terlebih dulu berangkat ke sana sementara dia sendiri singgah dulu di Kyoto dan bermalam di Kuil Honnoji, tempat biasa Nobunaga menginap bila berkunjung ke kota itu.

Akechi Mitshuhide inilah yang menjadi dalang kepada kematian Nobunaga. Dia menjadi pengkhianat dan sedang merencanakan pemberontakan. Akechi Mitsuhide kembali ke markas besarnya, Istana Sakamoto di Provinsi Tamba. Dia mengadakan pertemuan di dengan beberapa orang bagi menjelaskan tujuannya untuk memberontak. Mitsuhide merasa inilah saat yang tepat untuk bertindak kerana Nobunaga sedang dalam keadaan tidak bersedia langsung di Honnoji dan sebagian besar daimyo dan jeneral kepercayaan Nobunaga sedang sibuk berperang di seluruh Jepun demi memenuhi cita-cita Nobunaga.

Mitsuhide memulakan agenda jahatnya denngan memimpin pasukannya ke Kyoto dengan alasan Nobunaga ingin mempamerkan kekuataan tenteranya melalui perarakan.

Tidak ada yang seorang pun yang memasang curiga sepanjang pasukan Mitsuhide bergerak ke arah Kyoto kerana bukan pertama kalinya Nobunaga melakukan perarakan tentera, di samping Mitsuhide ialah orang kepercayaan Nobunaga.

Sebelum fajar menyingsing, pasukan Mitsuhide telah mengepung kuil itu lalu serangan mengejut dilakukan ke atas pasukan Nobunaga yang langsung tidak bersedia. Panah-panah api ditembakkan sehingga api menjalar membakar bangunan itu. Nobunaga dan para pengawalnya melawan dengan gigih namun kerana dalam keadaan tidak bersedia, dan jumlah askar yang kurang berbanding dengan pasukan Mitsuhide, maka akhirnya dalam keadaan yang cedera parah, Nobunaga membunuh dirinya dengan melakukan seppuku.

Setelah menghancurkan kuil Honnoji dan mengalahkan Nobunaga, Mitsuhide menyerang Istana Nijo yang terletak tidak jauh dari situ, di mana Oda Nobutada, anak sulung dan calon penerus legasi Nobunaga, bermalam. Tidak mampu untuk melawan serangan mengejut itu, Nobutada pun mengikuti jejak ayahnya melakukan seppuku di istana yang telah terkepung itu.

Legasi Perjuangan Nobunaga Diteruskan

Mitshuhide kemudiannya cuba untuk menaikkan dirinya sebagai pemerintah baru wilayah Nobunaga, namun pantas dibunuh dan dikalahkan oleh jeneral setia Nobunaga iaitu Hideyoshi. Selepas itu, Toyotomi Hideyoshi meneruskan legasi Nobunaga menyatukan seluruh Jepun, lalu disambung oleh Tokugawa Ieyasu, yang menubuhkan Kesyogunan Tokugawa.

Sebuah pepatah lahir dari kisah ini yang menceritakan mengenai penyatuan seluruh Jepun.

“Nobunaga menyediakn ramuan kek untuk penyatuan seluruh Jepun, Toyotomi hanya perlu menggaulinya, manakala Ieyasu pula hanya perlu duduk dan memakan kek itu.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.