Sebelum kita membincangkan mengenai srikandi wanita yang bernama Nusaybah Binti Ka’ab, atau Umm Umarah, adalah penting untuk kita memahami status wanita sebelum dan selepas ketibaan Islam. Jika tidak, sukar untuk kita merealisasikan transformasi besar yang dilihat wanita pada awal kedatangan Islam.
Bagi wanita, Islam diibaratkan satu rahmat yang cukup istimewa. Di tanah Arab, sebelum kedatangan Islam, kelahiran seorang anak perempuan dianggap sebagai malapetaka besar dan memalukan, dan bapa yang kejam lagi jahil sering menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup.
Sebelum kedatangan Islam, seorang wanita dianggap oleh ibu bapanya sebagai satu ancaman terhadap maruah keluarga dan oleh itu anak perempuan dianggap patut dikuburkan ketika masih kecil.
Sebagai orang dewasa pula, seorang perempuan hanyalah tidak lebih dari sekadar objek seks yang boleh dibeli, dijual dan diwarisi. Dari kedudukan yang hina dan ketiadaan undang-undang ini, Islam tiba dan mengangkat darjat wanita pada kedudukan berpengaruh dan berprestij tinggi dalam keluarga dan masyarakat.
Islam mengangkat kedudukan wanita dalam masyarakat dan memperlakukannya setara dengan lelaki, dan dalam beberapa kes, sebagai ibu misalnya, jelas menerima keutamaan melebihi lelaki. Ibu diberi penghormatan yang amat tinggi, ini bertepatan dengan sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. dan bertanya; “Wahai Rasulullah, siapakah insan yang paling utama harus aku berbuat baik kepadanya?” Baginda bersabda, “Ibu mu.” Lelaki itu bertanya lagi “kemudian siapa?” Baginda menjawab. “Ibu mu.” Lelaki itu bertanya lagi “kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Ibu mu.” Lelaki itu bertanya lagi, “kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Bapa mu.” (HR Al Bukhari dan Muslim).
Terdapat satu peristiwa yang disebut dalam periwayatan mengenai Muawiyah dan ia adalah sebuah kisah yang sahih. Antaranya ialah dalam riwayat Ibnu Majah, Imam an-Nasai, Imam Ahmad, Imam at-Thabarani dan disahihkan oleh Imam al-Hakim yang disepakati oleh Imam adz-Dzahabi.
Maksud: “Bahawasanya ia (Muawiyah bin Jahimah) datang kepada Nabi SAW, lalu ia berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin berper4ng dan aku datang untuk meminta petunjukmu.” Nabi SAW bersabda; “Apakah engkau memiliki ibu?” Maka, dia menjawab ya. Dan Baginda SAW bersabda: “Beradalah dengannya kerana sesungguhnya syurga di bawah kedua kakinya.” (Hadis Riwayat An-Nasai, no. 3104)
Islam memberi wanita identiti yang merdeka dan menyatakan bahawa ketinggian nilai moral dan rohaninya hanya bergantung pada penampilannya sendiri. Sebagaimana seperti lelaki, kegagalan atau kejayaan seorang wanita terletak pada kepercayaan, sikap, perbuatan dan tingkah lakunya sendiri. Wanita memikul tanggungjawab sendiri serta tanggungjawab moral dan kerohaniannya. Wanita Muslim adalah pasangan yang setara dengan lelaki dalam setiap bidang kehidupan.
Nusaybah Binti Ka’ab bin Amr bin ‘Auf bin Mabdzul yang berasal dari kalangan Al-Anshariyah, Al-Kahzrajiyyah, An-Najjariyah, Al-Maziniyyah, Al-Madaniyyah, adalah salah seorang wanita yang memeluk Islam dengan kekuatan yang luar biasa. Sejarah tidak banyak menjelaskan kepada kita tentang tahun-tahun sebelum Islam. Sebagai seorang wanita dari suku Banu Najjar yang tinggal di Madinah, Nusaybah adalah adik perempuan Abdullah bin Ka’ab, dan ibu kepada Abdullah dan Habib ibn Zayd al-Ansari.
Dari 73 orang yang turut serta dalam Bai’ah Kedua di al-Aqabah untuk bersumpah setia kepada Islam, hanya Nusaybah dan Ummu Munee Asma binti Amr bin ‘Adi sahaja yang datang dari kalangan kaum wanita. Suami Nusaybah yang terakhir, Ghazyah bin ‘Amr, memberitahu Nabi bahawa wanita-wanita itu juga ingin berbaiah, dan baginda bersetuju. Nusaybah kembali ke Madinah dan mula mengajarkan tentang Islam kepada wanita-wanita di kota itu.
Dua anak lelakinya yang terbvnuh dalam pertempvran, adalah hasil dari perkahwinan pertamanya dengan Zaid bin ‘Asim Mazni. Dia kemudian berkahwin dengan Ghazyah bin Amr, dan mendapat seorang lagi anak lelaki Tameem dan seorang anak perempuan bernama Khawlah.
Dengan kedatangan Islam, dia percaya bahawa seorang wanita memiliki peranan dan tanggungjawab yang sama dalam mempertahankan agama Islam. Bahkan, ramai yang menganggap Nusaybah sebagai seorang wanita terhormat berikutan peranannya sebagai srikandi yang mengambil bahagian dalam Pertempvran Uhud.
Semasa awal pertempvran, dia bertugas membawakan air untuk para pejuang yang dahaga dan merawat pahlawan-pahlawan yang terceder4, seperti yang dilakukan wanita lain. Apabila pertempvran itu mula memihak kepada tenter4 Islam, pasukan pemanah tidak mematuhi perintah Nabi, dan ini menyebabkan satu kemenangan sedang bertukar menjadi kekalahan, seperti yang dijelaskan oleh Al-Qur’an.
Pada saat ini, Nusaybah bangun dan mara bersama dengan ped4ng dan busur di tangannya, untuk turut serta dengan kelompok kecil yang terus berdiri teguh bersama-sama Nabi, Nusaybah bertindak sebagai perisai manusia untuk melindungi Nabi dari temb4kan anak p4nah orang-orang Quraisyh. Setiap kali bahaya mendekati Nabi, dia bergegas melindunginya.
Bahkan ketika Ibnu Qumai’ah datang hendak membvnuh Nabi dengan ped4ngnya, Nusaybah dengan beraninya tekad melindungi Nabi. Nabi Muhammad S.A.W. menyedari hal ini, dan kemudian bersabda, “Ke mana saja aku berpaling, ke kiri atau kanan, aku melihat dia berjuang mempertahankan aku.”
Apabila pasukan berkuda Quraisy menyer4ng, Nusaybah menarik tali kuda di lehernya hingga penunggang kuda itu jatuh. Melihat kejadian ini, Nabi Muhammad menjerit kepada anak Nusaybah, Abdullah, untuk membantu ibunya. Pasangan dua beranak itu kemudian mengelilingi Nabi. Tidak cukup dengan ped4ng dan busur, mereka juga melemparkan batu kepada tenter4 Quraisy.
Di tengah-tengah pertempvran itu, Abdullah diceder4kan oleh ped4ng tenter4 Quraisy pada lengan kirinya. Walau bagaimanapun, Nusaybah tetap mendorong anaknya itu agar tidak kehilangan semangat dan keberanian. Abdullah bangkit dan mengambil ped4ngnya kembali. Nabi kemudian pergi memberi semangat kepada Abdullah dan memuji keberaniannya untuk terus bertempvr. Nabi kemudian menunjukkan lelaki yang menceder4kan Abdullah kepada Nusaybah.
Nusaybah kemudian bangkit dan menentang lelaki itu lalu melibas kakinya dengan ped4ng. Mvsuh mereka itu jatuh ke tanah dan kemudian m4ti dibvnuh oleh pejuang-pejuang yang lain.
Pada hari itu, Nusaybah sendiri mendapat banyak keceder4an ketika dia melawan mvsuh dan menyer4ng mereka. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat Nusaybah terluk4, baginda bersabda, “Wahai Abdullah (anak Nusaybah), balutlah luk4 ibumu! Ya Allah, jadikanlah Nusaybah dan anaknya sebagai sahabatku di dalam syurga.”
Mendengar doa Rasulullah, Nusaybah tidak lagi menghiraukan segala luk4 yang ada pada tubuhnya dan terus berper4ng, membela Rasulullah dan agama Allah. “Aku telah meninggalkan urusan duniawi,” ujarnya.
Nusaybah menerima 12 luk4 dari ser4ngan Ibnu Qumai’ah serta keceder4an pada bahunya hingga rebah tidak sedarkan diri sehingga tamatnya pertempvran itu, namun, ayat pertama yang diucapkannya setelah menyedarkan diri adalah “Adakah Rasulullah S.A.W. selamat?”
Perjuangan jihad Ummu Umarah itu tidak terbatas pada pertempvran Uhud sahaja. Dia juga muncul dalam beberapa peristiwa lain, antaranya ialah Perjanjian ‘Aqabah, Perjanjian Hudaybiyah, Pertempvran Khaybar, Pertempvran Yamamah dan Pertempvran Hunayn. Semangat kepahlawanannya di Hunayn tidak kurang hebatnya daripada semangat kepahlawanannya di Uhud. Pada zaman Khalifah Abu Bakar, dia menyertai Pertempvran Yamamah di mana dia berper4ng dengan gagah berani dan menerima sebelas luk4 serta kehilangan tangannya.
Setelah wafatnya baginda Rasulullah S A.W., sebahagian kaum Muslim mula kembali mvrtad dan enggan berzakat. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq segera membentuk satu pasukan tenter4 untuk memer4ngi mereka. Abu Bakar mengirim surat kepada Musailamah Al-Kadzdzab dan melantik Habib, anak lelaki Nusaybah, untuk dihantar sebagai utusannya.
Namun, dengan kej4mnya Musailamah meny3ksa Habib dengan memengg4l anggota tubuhnya satu demi satu hingga syahid. Kesyahidan Habib meninggalkan luk4 yang mendalam di hati Nusaybah. Semasa Pertempvran Yamamah, Nusaybah dan anaknya, Abdullah, turut serta dalam kempen memer4ngi Musailamah hingga mvsuh Islam tewas di tangan mereka berdua.
Nusaybah hidup sepanjang zaman pemerintahan Abu Bakar Al Siddiq, dan Umar Bin Al Khattab. Dia cukup disegani oleh kedua-dua Khalifah tersebut yang terus-menerus memuji perjuangan dan keberaniannya. Dikatakan bahawa apabila Umar menerima hadiah dari beberapa negara asing. Hadiah-hadiah itu terdiri dari kain yang dibuat dari bahan sutera terbaik.
Beberapa orang yang ada disitu menyarankan agar dia mengirimkannya kepada anak perempuannya atau kepada menantunya. Umar menolak kedua-dua cadangan itu. Dia mengatakan bahawa ada seorang wanita yang lebih layak menerima kain itu, lalu dia mengirimkan kain sutera itu kepada Nusaybah.
Dalam sejarah Islam, Nusaybah juga cukup dikenali sebagai seorang wanita yang mendahulukan kepentingan orang lain dahulu berbanding dirinya sendiri. Malahan, apabila dia menerima berita tentang kesyahidan salah seorang anak lelakinya dalam satu pertempvran, Nusaybah menerima berita itu dengan penuh keredhaan dan beliau amat bangga dan yakin bahawa anaknya yang syahid itu akan mendapat kedudukan yang tinggi dan terpuji di sisi Allah S.W.T. kelak.
Tidak jelas tentang pengakhiran riwayat hidup Nusaybah, namun dipercayai beberapa tahun setelah Per4ng Yamamah, Nusaybah meninggal dunia pada tahun 13 Hijriah dan dikebumikan di Al Baqi’e, Mekah al Mukarramah. Semoga Allah mencurahkan rahmat kepada Nusaybah binti Ka’ab Al-Anshariyah dengan kedudukan yang mulia lagi terpuji, ditempatkan dalam kalangan para syuhada, serta dirahmati seluruh ahli keluarganya.
RUJUKAN:
Halil, Shawqi Abu (2003). Atlas of the Prophet’s Biography.
Ghadanfar, Mahmood Ahmad (26 December 2017). Great Women of Islam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih