Lagu November Rain dikeluarkan pada 1992 bersama-sama dengan album Use Your Illusion I.

Lirik lagi ini adalah berdasarkan kisah buku pendek tulisan Del James berjudul Without You. Buku yang menceritakan seorang pemuzik blues kehilangan teman wanita yang dia sayangi. Wanita itu membunuh diri.

Cetakan buku ini sangat terhad dan dikatakan cuma ada balik pada 2008. Dalam buku yang baru dicetak itu ada intro oleh Axl Rose yang menulis:

“Del James ada pengetahuan yang sangat luas dalam banyak hal dan situasi yang dia tulis.”

James turut menyumbangkan 2 lagu kepada GNR, The Garden dan Yesterdays.

Projek November Rain

Lagu November Rain adalah tulisan Axl Rose. Rakaman pertama lagu ini adalah 25 minit. Panjang sangat? Baiklah, Axl Rose menerima lagu ini dipotong dan menjadi kurang 9 minit iaitu 8 minit 57 saat.

November Rain adalah lagu kedua terpanjang dalam album Use You Illusion I selepas Coma yang berdurasi 10 minit 14 saat.

Menjadi antara lagu dengan solo gitar paling panjang (lagu dengan vokal).

Kekal menjadi lagu paling panjang masuk ke top 10 Bilboard.

Muzik Video

Video muzik lagu ini diarahkan Andy Morahan yang juga terlibat dalam video muzik Don’t Cry dan You Could Be Mine.

Video ini menjadi video muzik paling mahal pada satu ketika dahulu. Menjadikannya video muzik pertama menelan kos lebih $1 juta ataupun angka sebenar $1.5 juta.

Pelakon wanita utama dalam video ini ialah Stephanie Seymour, yang ketika itu masih menjadi teman wanita Axl Rose. Kemudiannya mereka berkahwin.

Tapi 1993 mereka bercerai selepas Stephanie curang dengan Axl Rose. Siap ada kes serangan fizikal oleh Axl ketika itu.

Kisah dalam video ini, Stephanie berkahwin dengan Axl dan Slash menjadi best man bersaksikan band members yang lain.

Plot Video

Plot cerita dalam video ini agak tidak jelas. Tetapi permainan emosi Slash menunjukkan dirinya sedang frust Stephanie Seymour menikahi rakan baiknya Axl Rose. Dah terang lagi bersuluh mereka berdua rakan baik, sebab itulah Slash yang jadi best man.

Slash yang awalnya mesti korang ingat cari lighter cricket dia kan? Untuk nyalakan rokok di mulutnya.

Sebenarnya…

Dia cari cincin kahwin yang dia letakkan di poketnya. Tapi cincin tu bergolek dan kawan dia berikan pada Slash. Selepas selesai upacara sarung cincin kiss the bride. Slash keluar gereja dan melakukan aksi solo!

Ada satu riak muka Stephanie Seymour selepas keluar gereja dan menaiki kereta pengantin. Daripada ceria dia terus menunjukkan ada sedikit duka. Adakah dia teringatkan Slash?

Selepas itu, majlis meraikan tetamu, ketika semua orang sedang bergembira, tiba-tiba hujan lebat turun. Itu adalah November Rain!

Semua orang menyorok dan mencari tempat berteduh. Lelaki yang terbang merempuh kek tu adalah Riki Rachtman yang merupakan pengacara MTV, sahabat baik Axl.

Situasi itu menggambarkan ada petanda buruk kepada kehidupan perkahwinan Axl dan Seymour.

Perginya Gadis Itu

Pada babak berikutnya, Stephanie Seymour ditempatkan di keranda untuk penghormatan terakhir kerana membunuh diri. Ini kerana cerita ini berdasarkan buku Without You.

Axl Rose sedang bermimpi yang Stephanie membaling bunga kepada hadirin tetapi bunga itu telah disambut oleh keranda hitam Stephanie.

Jadi, mungkin berlaku konflik 3 segi di antara mereka dan Seymour membunuh diri?

Adakah Benar Dia Membunuh Diri Ataupun Dibunuh?

Dalam video ini, Axl Rose digambarkan mengambil ubat-ubatan untuk menenangkan dirinya. Ketika bermimpi tentang Stephanie wajahnya jelas penuh ketakutan dan penyesalan.

Satu babak di mana, Axl Rose telah berjalan di hadapan kedai senapang. Dan mungkin juga Stephanie Seymour telah ditembak oleh Axl Rose dan hal itu disembunyikannya.

Itu yang membuatkan video ini pada awalnya dimulakan dengan babak Axl Rose dalam keadaan tidak boleh tidur mengambil ubatan dan diakhiri dengan Axl Rose meronta-ronta cuba keluar daripada ingatan ngeri ke atas bunga merah yang berdarah.

Disebalik November Rain

Bercakap kepada Q Magazine pada 2004, Slash menyatakan, video ini yang paling letih mereka bekerja. Semua orang terlibat. Tetapi akhirnya mereka berpuas hati menikmati hasilnya.

Pada 1992, video muzik November Rain menang anugerah sinematografi terbaik dalam anugerah MTV. GNR bergandingan dengan Elton John untuk upacara penutup.

Shannon Hoon daripada kumpulan Blind Melon menjadi backup singer dalam lagi ini. Pada 1995, Shannon meninggal dunia kerana overdose dadah.

Matt Sorum adalah drummer dalam lagi ini selepas menggantikan Adler pada 1990 ketika Axl Rose mahu membuat line up terbaik untuk album pertama.

Sorum kagum dengan kegeniusan Axl Rose. Walaupun Sorum adalah pemain dram dengan sentuhan hebat dalam lagu ini, tetapi beliau memberikan kredit kepada Axl Rose yang menjadi arkitek kepada variasi drum.

Axl Rose sanggup lepak dengan Sorum semalaman untuk mencari pukulan drum yang terbaik dan membentuk struktur muzik.

Elemen orkestra dimasukkan ke dalam lagu ini, Matt Sorum banyak membantu GNR kerana background beliau yang membesar dengan muzik seperti Elton John.

Mereka berbincang cara untuk memasukkan unsur orkestra dan memastikan bunyi gitar rock tidak terlalu kuat serta piano yang mendayu dayu. Ia digelar pianissimo ataupun very soft!

Mereka mahu pendengar menikmati lagu ini secara total dan hanyut sekali bersama-sama dengan plot cerita dan muzik.

Tracii Gunes memberitahu, lagu ini sudah lama dicipta Axl Rose. Dah siap sekitar 1983. Namun Axl Rose masih polish lagu ini setiap masa untuk memastikan ia benar-benar siap untuk dipasarkan.

Tracii tahu, lagu ini akan hits kerana kualiti lagu ini sangat baik.

Matt Sorum memberitahu yang lagi November Rain, Don’t Cry dan Estrange adalah satu kisah. Ia trilogi.

Sorum bermain drum fill yang sama dalam 3 lagu itu. Ia mendapat kritikan daripada drummer legend Dream Theater, Mike Portnoy.

Ketika rakaman lagu ini, GNR dan orkestra melakukan nyanyian live yang betul dan bukannya lip synching. Ada 1,5000 tenaga manusia digunakan termasuk pelakon tambahan. Jadi, baru nampak real!

Lagu dan video muzik November Rain ini telah memperbaiki imej GNR yang sebelum itu banyak sangat kontroversi.

Ia kekal menjadi antara lagu rock serta video muzik paling berpengaruh di dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Saya seorang penulis tegar. Selalu menulis ketika mendengar lagu aku yang dulu bukanlah yang sekarang daripada Tegar. Tegar bukan?

Leave A Reply