Selalunya bila sebut ninja, kita membayangkan aksi mereka dalam filem seperti ini:
Atau bagi yang biasa menonton filem-filem lama seni mempertahankan diri, kita selalu dimomokkan bahawa mereka ini mempunyai kelebihan luar biasa seperti berjalan di atas air atau menghilangkan diri bak hantu. Tetapi bagi pemegang ijazah Master pertama dalam kajian ninja, ia sebenarnya satu gaya hidup yang bersifat lestari yang patut dijadikan sebagai amalan.
Bagi Genichi Mitsuhashi, 45, dia sedar seni ninja atau ninjutsu dilihat boleh menjadi amalan utama kemandirian diri selepas dirinya pernah diacu s3njata semasa berada di Brazil ketika berusia 19 tahun. Bila ditanya apa yang mendorongnya mempelajari ninjutsu, Mitsuhashi berkata, “Anda dibenarkan menggunakan s3njata atau memanfaatkan anggota badan musuh.
“Anda boleh gunakan apa saja yang anda perlukan untuk menyelamatkan diri. Ia berdasarkan realiti. Ia bersifat fleksibel dan memberi kebebasan.” Mitsuhashi merupakan antara kumpulan tujuh pelajar pertama yang mendaftarkan diri dengan program kajian ninja Universiti Mie, 350 km di barat daya Tokyo di mana program tersebut diadakan pada tahun 2017.
Kumpulan tersebut bukan saja mempelajari sejarah dan tradisi ninjutsu tetapi juga teknik kemandirian dan pertarungan sebelum dilengkapkan dengan dua hari kerja di lapangan. Tatkala dunia fiksyen termasuk Hollywood memberi ciri bersifat tahyul kepada ninja, hakikatnya pengamal ninjutsu mengamalkan kehidupan biasa sebagai petani sekiranya tidak digerakkan untuk misi pengintipan.
Mungkin ada menganggap idea sebegini sebagai pelik tetapi ia sebenarnya membantu mengekalkan kecergasan mereka dan mengasah kemahiran mereka termasuk s3njata sulit. Antara misi mereka bila diupah oleh daimyo mengikut rekod sejarah ialah pengintipan, s4botaj, pembvnvhan dan taktik p3rang saraf terutama semasa pep3rangan.
Seperti mana pengamal ninjutsu silam yang datang dari latar belakang petani, Mitsuhashi memilih menanam sayur-sayuran dan padi serta mengusahakan sebuah rumah tumpangan di Iga. Iga mungkin bandar kecil hari ini tetapi pada masa lalu, ia merupakan lubuk utama ajaran ninjutsu dan menjadi rebutan para daimyo yang bersaing dalam mengukuhkan kedudukan mereka.
Salah satu tindakan mereka yang terkenal dalam sejarah ialah tindakan sabotaj ke atas Istana Sawayama. Pada tahun 1558, Rokkaku Yoshikata mengupah sekumpulan ninja dari Iga untuk mencetuskan kebakaran dalam istana berkenaan. Untuk menjayakan tersebut, satu pasukan dengan kekuatan 48 orang digerakkan dan menyusup masuk ke dalam istana secara senyap-senyap.
Pihak musuh tidak menyedari identiti sebenar mereka kerana 48 ninja ini mencuri sebuah tanglung membawa lambang mereka dan meniru tanglung tersebut sebelum menyusup masuk. Selepas berada di dalam, barulah mereka mencetuskan keb4karan sekaligus membolehkan t3ntera Yoshikata masuk dan menawan istana berkenaan.
Disebabkan kelicikan mereka sebagai pengintip dan pencetus huru-hara, tidak hairanlah mengapa banyak istana di Jepun dilengkapi dengan perangkap atau helah anti-ninja. Misalnya untuk mengelak cubaan bvnvh oleh ninja, sesetengah daimyo menyimpan s3njata mereka dalam tandas atau papan lantai yang boleh dialihkan.
Kebanyakan istana Jepun dibina sebagai sukar untuk dilalui dan laluan mengelirukan dibuat sebelum sampai ke bahagian dalam istana. Ada pula yang memasang lantai berbunyi sekiranya ada orang berjalan seperti Istana Nijo di Kyoto. Semua ini dibuat bagi menggagalkan usaha ninja dari menyusup masuk ke istana.
Melihat kisah-kisah sebegini, tidak hairanlah mengapa Mitsuhashi mengajar seni mempertahankan diri dan ninjutsu di dojonya kepada individu yang berminat. Bagi mereka, perguruan ini membenarkan mereka mengetahui serba sedikit tradisi yang ditakuti akan hilang begitu saja berikutan kekurangan pengamal ninjutsu yang berbakat.
“Kita tidak seharusnya memetik satu aspek sahaja tetapi memilih untuk mempelajari cara hidup mereka. Ini termasuklah seni mempertahankan diri, gaya hidup lestari. Saya rasa kita harus mensasarkan gaya hidup yang bersifat menyeluruh dan kita patut belajar daripada ninja,” ujarnya.
Bagi individu yang berminat menjadi seperti Mitsuhashi, mereka harus mengambil peperiksaan sejarah Jepun dan melepasi ujian bacaan teks ninja bersejarah. Anda boleh gelak tetapi ada yang menunjukkan minat menyertai program tersebut sejak ia diwujudkan pada tahun 2017.
Pakar sejarah Jepun yang berkhidmat di pusat ninja Universiti Mie, Profesor Yuji Yamada berkata, “Tiga orang pelajar mendaftar setiap tahun. Saya fikir ada permintaan. Kami mendapat banyak pertanyaan dari luar negara tetapi saya hanya mahu mengatakan satu perkara: Ini kursus untuk mempelajari ninja, bukan untuk menjadi ninja.”
RUJUKAN:
AFP. (2020). Japan university awards first ninja studies degree. The Straits Times. https://www.straitstimes.com/asia/east-asia/japan-university-awards-first-ever-ninja-studies-degree
Ju-min, Park. (2020). Japan’s ninja arts hold key to survival, says first winner of graduate degree. Reuters. https://af.reuters.com/article/worldNews/idAFKBN24Z0IQ
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih