Kalau sebut pasal Tesla, mesti ada orang ingat Elon Musk sebagai pencipta Tesla. Sebenarnya nama Tesla tu diambil daripada nama seorang pereka cipta yang pernah berperang minda dengan Thomas Edison.
Nikola Tesla, anak jati Smiljan, Croatia. Semasa beliau dilahirkan, berlaku ribut petir yang kuat yang membuatkan ibunya berkata, “Dia akan menjadi anak cahaya.”
Ternyata kata-kata mak dia tu menjadi kenyataan. Dari kecik lagi, Tesla dah tunjukkan bijak dia terutama dalam matematik sehingga guru-gurunya tuduh beliau menipu dalam peperiksaan.
Sampailah Tesla berhijrah ke Paris dan bekerja sebagai pekerja teknikal loji arus terus (DC) untuk Continental Edison Company.
Dua tahun lepas itu, Tesla berhijrah ke Amerika Syarikat sebab nak bekerja terus dengan Edison.
Tetapi hubungan mereka renggang bila Edison janji nak bayar $50,000 jika Tesla dapat tambahbaik pelan dinamo DC. Selepas bereksperimen berbulan-bulan, satu prototaip berjaya dihasilkan. Tetapi Edison taknak bayar dan anggap itu hanya satu gurauan.
Tak lama lepas itu, Tesla tinggalkan Continental Edison Company dan mula tubuhkan syarikatnya sendiri. Beliau bekerja sebagai pengorek longkang dengan gaji $2 sehari untuk cari modal.
Pada tahun 1887, usaha Tesla berhasil apabila dua orang pelabur setuju tanam modal dalam Syarikat Elektrik Tesla.
George Westinghouse upah Tesla untuk dapatkan lesen bagi motor AC ciptaan dan memberinya sebuah makmal.
Tesla dan Westinghouse bersaing dengan Edison yang disokong J.P Morgan untuk penguasaan sektor elektrik sehingga ia digelar Perang Arus Elektrik (Battle of the Currents).
Kedua-duanya gunakan arus elektrik berbeza dengan kedua-dua pihak saling mendakwa arus elektrik mereka jauh lebih selamat.
Terdesak untuk buktikan AC lebih merbahaya berbanding tenaga DC yang digunakannya, Edison cipta kerusi elektrik yang dikuasakan oleh AC sebagai kaedah baru hukuman mati.
Namun, taktik tersebut tak menjadi dan ia makin mendorong Tesla berusaha menambahbaik ciptaannya itu.
Masalah dana buatkan Tesla takde pilihan melainkan serahkan hak royalti AC kepada Westinghouse bagi membolehkan mereka terus membuat kemajuan berkenaan AC.
Pada tahun 1893, Westinghouse cadangkan mereka jadikan Pameran Pesta Dunia di Chicago bagi menunjukkan kehebatan AC berbanding DC.
Hasilnya, tenaga elektrik yang dihasilkan menerusi kaedah AC menerangi lebih banyak mentol dan menarik perhatian pengunjung dengan helah seperti menyalakan lampu tanpa sebarang wayar.
Westinghouse dapat kontrak pembinaan stesen tenaga elektrik di Air Terjun Niagara sekaligus menjadikan stesen itu stesen tenaga AC berskala besar pertama di dunia.
Pada tahun 1915, wujud ura-ura Tesla dan Edison akan diangkat sebagai pemenang Anugerah Nobel tetapi tak menjadi kenyataan.
Tesla menerima pelbagai penghormatan sepanjang hayatnya termasuk Pingat Edison dari Institut Jurutera Elektrik Amerika Syarikat.
Pada tahun-tahun terakhir kehidupannya, Tesla pilih untuk hidup bersendirian dan lebih fokus kepada ciptaannya.
Beliau berpindah dari satu hotel ke satu hotel yang lain dengan penginapan terakhirnya ialah di Hotel New Yorker. Pada tahun 1943 atau 7 Januari 1943, Tesla mati dalam biliknya pada usia 86 tahun.
Nikola Tesla langsung tak berkahwin dan tiada zuriat sehingga beliau mati.
Oleh: Azizul Farhan
___
Betul ke genius-genuis sarjana ni selalu hidup merana di akhir hayatnya? Kenali 25 sarjana Fizik seperti Albert Einstein dan Marie Curie bersama THE PHYSICISTS ODYSSEY di: https://bit.ly/ThePhysicistOdyssey
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih