Pengalaman kena terajang dari Putrajaya tidak cukup rupanya untuk ahli-ahli politik Pakatan Harapan faham roh sosial Malaysia. Masih ada yang menangguh air keruh apabila pihak polis menjalankan kerja di negeri Pulau Pinang.

Bagi yang tidak tahu, orang awam telah melaporkan tentang sebuah restoran di Jalan Icon City, Juru.

Rupanya ramai tidak berpuas hati kerana premis tersebut menghiasi dinding dengan elemen-elemen komunisme (Imran, 2021).

Dan pengurus muda tersebut didapati sebuah lagi restoran sama di Pulau Tikus.

Tindakan pantas dibuat polis, yang membuang hiasan tersebut.

Walau bagaimanapun, ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis.

Tan Teik Cheng mempertahankan restoran tersebut bagi pihak Pertubuhan Cina Malaysia (MCA).

Poster tersebut katanya sekadar hiasan sahaja. Pihak polis patut menguruskan isu ini lebih baik lagi (Chern, 2021). Sebagai sebuah parti dalam kerajaan, pendapat yang bertembungan dengan pihak berkuasa memang tidak patut dibuat.

Malah MCA sendiri hanya memenangi satu kerusi sahaja dalam pilihan raya umum (kerusi kedua dimenangi setahun kemudian). Itu tidak menjadi penghalang buat kerajaan untuk memberikan jawatan menteri pada ahli MCA.

Pemikiran sebegini sebenarnya menyukarkan penyatuan masyarakat. MCA sudah sekian lama bersama Barisan Nasional, jadi sepatutnya lebih arif perihal tanggapan orang ramai yang mengundi pada ideologi komunisme.

Tetapi MCA nekad memutihkan keadaan, walhal jelas lagi terang restoran tersebut memaparkan hiasan komunis.

Ada banyak lagi hiasan yang lebih layak diletak pada dinding restoran. Warna-warni Malaysia jauh lebih relevan.

Mercu tanda dan pencakar langit negara lebih layak. Pemimpin negara, sekalipun dalam kalangan orang Cina, juga boleh dinaikkan. Tetapi Mao Zedong yang jauh juga dimuliakan.

Tidak cukup dengan MCA, Nga Kor Ming daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak melepaskan peluang. Tanggapan orang ramai yang menyekutukan MCA dan DAP semakin berasas pula sekarang.

Kenyataannya adalah seperti berikut, “kerajaan pintu belakang (Perikatan Nasional) tidak patut membuang hiasan nakal di sebuah restoran hanya kerana ada gambar pengerusi Mao (Zedong). Tolonglah, rakyat Malaysia dalam abad ke-21 ini tahu membezakan sendiri ideologi komunis dengan gimik pemasaran.”

Inilah masalah yang menerangkan dengan jelas kenapa Pakatan Harapan gagal menjadi sebuah kerajaan yang menjaminkan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Ada beza antara Tun Abdul Razak bertemu dengan Mao Zedong, dan hiasan sebuah restoran.

Menggunakan logik Nga Kor Ming, rakyat Jerman pun sepatutnya pandai membezakan sendiri ideologi N-azi-sme dengan gimik pemasaran.

Persoalannya: seberapa banyak restoran dari Flensburg sampai Rosenheim membuat sedemikian? Berapa banyak kedai makan di seluruh Austria, terutamanya Braunau am Inn menghiasi dinding dengan elemen sama?

Padahal Austria merupakan wilayah kelahiran sebuah ideologi yang pernah menguasai seluruh Jerman Raya.

Jangankan restoran. Orang bukan Jerman pun tidak boleh mengagung-agungkan Ad-o-lf Hi-tl-er.

Contohi saja bagaimana BBC, Time dan Washington Post mengudarakan tentang kenyataan Bung Moktar Radin susulan kemenangan besar Jerman dalam Piala Dunia 2014.

Sampai Holger Michael di pejabat kedutaan menempelak Bung Moktar (Zurairi, 2014). Padahal beliau bukan seorang menteri di Malaysia ketika itu.

Jika perjµ-angan komunis ingin diputihkan seolah-olah mahu Tanah Melayu merdeka, naratif yang sama juga boleh digunakan bagi pihak Jerman dulu.

Ketepikan saja jumlah kem-ati-an yang berlaku angkara rejim berkenaan, cukup sekadar menjulang matlamat mereka.

Kononnya komunis ingin menghalau British, walhal dengan jelas menyebabkan 5,000 ke-mat-ian dalam kalangan orang awam antara 1948 hingga 1960.

Belum lagi dicampur dengan as-ak-an Chin Peng antara 1968 hingga 1989, yakni 21 tahun Malaysia tanpa pengaruh British lagi.

Jadi mengagung-agungkan komunisme pada zaman ini memanglah suatu perkara yang menghairankan.

Ini hanya menunjukkan bahawa roh sosial negara masih belum diperhalusi semua. Sebarang hujah bahawa tindakan polis boleh menjejaskan keakraban Malaysia dan China memanglah tidak masuk akal.

Malaysia dari dulu lagi mengharamkan sebuah parti berideologikan komunisme. Beijing tahu dari dulu sampai sekarang. Dan Beijing sendiri memutuskan hubungan dengan parti Chin Peng bermula Jun 1974.

Zedong pula tiada jasa langsung dengan Malaysia. Paparan elemen komunis ini jauh berbeza dengan hiasan Lady Liberty di U.S. Pizza.

Kerana pertama sekali Lady Liberty ialah mercu tanda besar Amerika Syarikat. Dan kedua pula, Amerika Syarikat tidak cari pasal dengan Malaysia sampai menyebabkan kema-tian dalam negara.

Roh sosial harus difahami untuk menjalinkan pemahaman dan penyatuan. Cuba kalau kerajaan Malaysia membiayai restoran berelemenkan Tomoyuki Yamashita di Singapura.

Ini juga suatu pro-vo-kasi terhadap kaum Cina, kerana pucuk kepimpinan Yamashita mengeluarkan perintah bµnµh 50,000 orang Cina di sana (Gunn, 2007).

Perkara ini harus berubah. Tanpa sebarang perubahan, Malaysia takkan sesekali mencapai impian penyatuan. Sebuah gulai takkan boleh siap jika rempah, ikan dan garam mendidih dalam periuk berasingan.

Untuk memahami kenapa orang Melayu tidak berpuas hati dengan hiasan ini, senang saja.

Cuba gantikan gambar Mao Zedong dengan Abu Bakr al-Baghdadi. Kalau masih ada yang tidak faham, sama ada hipokrit, buta sejarah, bodoh geopolitik atau semuanya sekali.

RUJUKAN:

Chern, L.T. (2021, Januari 3). Penang MCA says restaurant with communist-themed decorations not out to spread propaganda, posters only decorative. The Star.

Gunn, G.C. (2007). Remembering the Southeast Asian Chinese (ditapiskan) of 1941-1945. Tandfonline.

Imran, H. (2021, Januari 3). Cops raid restaurant decorated with Communism-inspired wallpaper. The Star.

Zurairi, A.R. (2014, Julai 9). Bung’s (ditapiskan) remark ‘unacceptable’, German ambassador says. Malay Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.