Baru-baru ini, siaran TV bernama Ireland’s National Television and Radio Broadcaster (RTÉ) menyiarkan dua dokumentari arahan Katrina Costello yang bertajuk ‘The Burren: Heart of Stone.
Menariknya tentang dokumentari yang dibikin selama 13 tahun ini ialah ia menyiarkan tentang evolusi manusia bermula dari komuniti awal dari Afrika, terutamanya asal-usul orang Ireland kuno yang merupakan kaum pemburu-pengutip dari 10,000 tahun lalu. Sebenarnya kaum ini berkulit gelap dan mempunyai pasangan mata biru!
Dokumentari ini menyiarkan tentang wilayah Buren yang terletak di barat daya Ireland yang penuh dengan gua, dan landskap yang berbatu. Wilayah itu juga terkenal dengan banyak binaan kuno bernama Dolmen, iaitu binaan batu besar yang berupa meja berkaki dua yang dibina oleh orang Neolitik awal. Kemudian, dokumentari ini menyiarkan perkaitan orang Ireland kini dengan moyang mereka yang menetap pada 10,000 tahun lalu.
Jadi, bagaimana kaum Ireland kini yang berkulit pucat ini mempunyai moyang mereka yang berkulit gelap?
KAJIAN DNA KE ATAS ORANG IRELAND KUNO
Bagi mencari identiti sebenar moyang warga Ireland kini, hli genetik bernama Dr. Lara Cassidy dari Trinity College Dublin memulakan kajian DNA orang Ireland melalui teknik Sanger, iaitu process pengurutan DNA. Pengurutan DNA penting dalam dunia genetik kerana mereka boleh memahami memahami kandungan genetik yang hadir dalam diri kita seperti keturunan.
Dalam dokumentari kedua, ia fokus kepada populasi pemburu-pengutip dari fasa Mesolitik yang berkulit gelap dan bermata biru pada 10,000 tahun lalu, kemudian berlaku perubahan populasi pada 4,000 tahun kemudian. Keputusan dari kajian DNA dari tulang mendapati pemburu-pengutip Ireland sebenarnya berkulit gelap dan mempunyai mata biru. Kemudian kaum ini digantikan dengan kaum petani dan pembina yang lebih tinggi dan berkulit cerah.
Kajian 2008 oleh University of Copenhagen pernah menyatakan bahawa kaum yang mempunyai mata biru hanya mempunyai moyang yang tunggal. Antara 6,000 hingga 10,000 tahun lalu, manusia biasanya mempunyai mata perang, kemudian mutasi genetik berlaku pada gen OCA2 dalam kromosom kita, menyebabkan kelahiran mata biru. Dari sini para saintis ini mampu identifikasikan dengan mudah siapakah moyang kaum Ireland kini.
Menurut Dr. Cassidy, kumpulan mereka juga menggunakan teknik penyiasatan jenayah forensik untuk membantu membongkarkan identiti moyang pemburu-pengutip ini. Sehingga 6,000 tahun lalu baru ada kehadiran kaum baru yang berkulit cerah, dan mahir dalam bidang pertanian. Maka, moyang pada 10,000 tahun lalu ini semestinya mempunyai berkulit gelap. Menariknya, cebisan tulang yang ditemui dalam gua Burren dan makam zaman megalitik menunjukkan hubungan terus antara pemburu-pengutip dengan kaum petani.
MENJEJAKI SEJARAH MOYANG PEMBURU-PENGUTIP IRELAND
Moyang Ireland ini ialah kaum nomad yang mengamalkan pertanian bergilir dan menetap di hutan-hutan wilayah Burren. Mereka biasa memancing, memburu haiwan, dan mengumpul kacang dan buah beri. Mereka membina rumah kayu sementara, kemudian meninggalkan rumah mereka setelah perolehi sumber mereka nakkan. Sebab inilah sukar para arkeologi mencari penempatan kekal moyang Ireland berkulit gelap ini.
4,000 tahun kemudian, muncul kaum baru yang bermigrasi ke wilayah Burren. Kaum baru ini berkulit cerah dan bermata gelap. Mereka mahir bertani dan membina rumah batu sehinggalah peninggalan mereka seperti batu meja Dolmen masih kekal di tempatnya.
Sehingga pada 4,500 tahun lalu iaitu pada Zaman Gangsa, populasi Burren yang terdiri dari kaum pemburu-pengutip dan kaum petani telah berkembang pesat. Dari sinilah dari lahirlah generasi-generasi yang kemudian tercetuslah generasi kaum Ireland yang sebahagian individu mempunyai mata biru milik moyang pemburu-pengutip dan berkulit cerah milik kaum petani.
RUJUKAN:
Sahir. 21 April 2021. 10,000-years-ago Irish Hunter-Gatherers Were Dark-Skinned. Science Alert.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih