Pendidikan merupakan pembelajaran sepanjang hayat. Walaupun sudah berusia lanjut, ada yang terus gigih memburu ilmu tanpa rasa segan. Macam seorang nenek Itali berusia 90 tahun ini yang kembali ke sekolah baru-baru ini.

Bagi Annunziata Murgia, kembalinya dia ke sekolah didorong keinginan untuk menyambung semula pengajian yang ditinggalkan. Selepas Perang Dunia Kedua (WWII), Murgia terpaksa membatalkan hasrat bergelar pekerja dan bekerja demi menyara keluarga. Tambahnya lagi, hanya individu yang berstatus berada yang mampu meneruskan pengajian.

Kemahiran menjahit yang dipelajarinya sejak kecil membantunya bergelar tukang jahit bila mencecah usia dewasa. Di sebalik kesibukannya bekerja dan membina keluarga, Murgia tetap berusaha menambah ilmu di dada dengan banyak membaca buku dan belajar secara sendiri.

Dia merupakan pelajar paling tua untuk kelas malam bagi menduduki licenza media atau peperiksaan diploma rendah sekolah menengah. Peperiksaan ini biasanya diduduki oleh pelajar menengah rendah pada usia 14 tahun. Kelas yang dihadiri Murgia terletak berhampiran dengan kediamannya di Dolianova, Sardinia.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Menariknya, dua subjek yang diminatinya ialah muzik dan sejarah. Ini kerana bagi Murgia, dia telah mengalami sebahagian perkara yang diajar dalam buku sejarah Itali. Ini termasuk kesan polisi pasca-Perang Dunia Pertama (WWI) dan kengerian WWII terutama di benua Eropah.

Rakan sekelas Murgia yang termuda berusia 16 tahun. Kebiasaannya, bagi pelajar ini terutama berusia 16 hingga 20 tahun, mereka akan menduduki semula peperiksaan pada satu ketika dalam tempoh usia berkenaan. Rakannya itu akan menduduki licenza media buat kali kedua tahun ini.

Sekiranya lulus termasuk ujian matematik dan Bahasa Itali, mereka akan menduduki peperiksaan diploma tinggi sekolah menengah. Kebiasaannya, pelajar akan mula menduduki ujian itu semasa berusia 18 tahun.

Guru Murgia, Marina Pilia menyifatkan nenek tersebut sebagai seorang pelajar yang bersemangat dan sentiasa aktif dalam sesi pembelajaran. Walaupun mempunyai daya pendengaran yang lemah dan baru pulih daripada kecederaan selepas jatuh beberapa hari sebelumnya, dia tetap aktif sebagai pelajar.

Menariknya, Murgia bukan satu-satunya pelajar berusia lanjut dalam kelas berkenaan. Menurut Pilia, purata usia pelajar dalam kelas nenek berkenaan ialah 40 tahun ke atas. Sesetengah wanita menyertai kelas berkenaan atas pelbagai sebab seperti menyambung pengajian pasca-kelahiran anak, keperluan pekerjaan atau dalam kes Murgia, tidak mendapat sijil diploma sekolah menengah.

Kali terakhir seorang individu yang berusia sama seperti Murgia dalam kelas berkenaan ialah seorang nenek berusia 87 tahun. Dia menyertai kelas berkenaan pada 2016. Sekiranya Murgia menduduki licenza media, dia bakal menjadi pelajar tertua kelas itu yang mengambil peperiksaan berkenaan. Dan itu sudah cukup membantunya bersedia menduduki peperiksaan itu.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Kehadiran individu seperti Murgia dalam kelas berkenaan tidak dipandang serong oleh sesiapa baik pelajar mahupun guru. Malah, dia menganggap rakan-rakan sekelasnya seperti cucunya sendiri. Ada yang turut menemaninya pulang ke rumah terutama bila kelas berakhir pada waktu malam.

Kita gelak besar melihat kerenah warga-warga emas belajar dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Walaupun ia lucu, pengarahnya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebenarnya mengingatkan orang ramai bahawa pembelajaran itu bersifat sepanjang hayat. Ia tidak pernah dianggap terlambat untuk sesiapa termasuk untuk nenek yang berusia 90 tahun.

RUJUKAN

Giuffrida, A. (2022, 13 April). ‘My classmates are like my grandchildren’: Italian woman returns to school at 90. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply