Tarikh 28 Oktober 1914 akan sentiasa dikenang sebagai hari paling gelap sepanjang sejarah tentera laut Rusia. Ser*ngan terhadap pelabuhan Georgetown di Pulau Pinang oleh kapal Jerman, SMS Emden telah meragut nyawa seramai 88 orang pelaut Rusia didalam kapal Zhemchug.

Di saat pelaut-pelaut Rusia sedang kehilangan harapan di tengah-tengah pertemp*ran yang jelas tidak memihak kepada mereka dan hanya mampu terjun ke dalam laut disaat kapal sedang karam, siapa sangka sebahagian dari mereka mampu meneruskan hidup di tanah yang jauh dari kampung halaman mereka itu.

Mereka langsung tidak menjangkakan bahawa nyawa mereka masih panjang apabila sekelompok penduduk Melayu tempatan yang merupakan para nelayan sanggup mengambil risiko dengan mengharungi ombak menggunakan bot kecil di kawasan yang baru sahaja menyaksikan pertemp*ran armada laut melibatkan dua kuasa besar yang datang nun jauh dari Eropah.

Kerana atas dasar kemanusiaan dan toleransi, nelayan tempatan nekad untuk pergi menyelamatkan seberapa banyak pelaut Rusia yang mereka mampu.

Latar Belakang Peristiwa

SMS Emden, yang mula beroperasi pada tahun 1909 dan dinamakan sempena kota Emden di Jerman, adalah kapal penjelajah ringan milik Tentera Laut Empayar Jerman.

Dengan berbekalkan sepuluh meriam 10.5 cm dan dua tiub torpedo, Emden menghabiskan sebahagian besar karier militarnya di Asia dan Lautan Hindi. Ia berada di bawah perintah Kapitän (Kapten) Karl Friedrich Max von Müller pada tahun 1913.

Zhemchug adalah sebuah kapal penjelajah yang ditugaskan melindungi kepentingan Empayar Rusia dalam Armada Pasifik dengan anjakan seberat 3153 tan, ia merupakan sebahagian daripada pasukan petugas Sekutu yang memburu Skuadron Jerman Asia Timur.

Zhemchug

Kapal Rusia ini dirasmikan pada tahun 1903 di St Petersburg dan telah pun melalui sejarah yang berliku-liku sebelum hayatnya berakhir di Pulau Pinang. Ia pada asalnya dibina untuk menjadi sebahagian dari Armada Pasifik Tentera Laut Rusia yang berpusat di Port Arthur dan Vladivostok.

Semasa Pertemp*ran Tsushima pada tahun 1905, Zhemchug berjaya melepaskan diri dari dimusn*hkan oleh Tentera Laut Jepun dan berjaya tiba ke pelabuhan Manila yang neutral, di mana ketika itu pelabuhan di Manila berada di bawah kawalan Amerika Syarikat.

Zhemchug, dengan kru sekitar 300 orang, kemudian berlayar menuju ke Pulau Pinang untuk kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan beberapa bahagian badan kapal.

SMS Emden

Pada tahun 1914, Panglima Baron I. A. Cherkassov dilantik sebagai kapten Zhemchug. Ketika itu, kapal penjelajah berperisai itu digunakan sebagai kapal simpanan yang melindungi kepentingan Rusia di China dan berada dalam keadaan rosak.

Kapal itu tiba dan berlabuh di Georgetown pada 26 Oktober, Georgetown yang pada waktu itu merupakan sebuah pelabuhan utama Koloni Mahkota British Pulau Pinang yang paling dekat dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Tidak nengendahkan nasihat Panglima Tentera Laut Diraja yang berpusat di China, Naib Laksamana Martyn Jerram, Komander Cherkassov memberikan sebahagian besar dari krewnya bercuti dan bersenang lenang di pantai, kemudian meninggalkan kapal penjelajah itu dengan menanggalkan semua s3njata termasuk t0rpedo, dan semua p3luru terkunci kecuali hanya 12 pusingan yang tersimpan di geladak dengan hanya lima peluru sedia untuk digunakan.

Manakala kru-kru yang tinggal di atas kapal berpesta hingga gagal menghidu malap*taka. Bahkan, Cherkassov sendiri berada di dalam Hotel Eastern & Oriental bersama dengan perempuan simpanannya.

Asap, bedilan dan l*tupan Per*ng Dunia Pertama dapat dilihat dengan jelas di Selat Melaka ketika pertemp*ran akibat tindakan kuasa-kuasa besar dari Eropah yang terdesak mencari dan merebut ruang strategik di Asia Tenggara itu.

Hatta sebuah pulau kecil di Kepulauan Melayu turut jadi rebutan kerana potensinya sebagai pelabuhan tepat di laluan laut yang strategik dan pernah menjadi antara laluan perdagangan antarabangsa yang utama di dunia ketika dikemuncaknya pada sekitar awal abad ke-16.

Pertemp*ran Pulau Pinang

Setelah beberapa jam memasuki tarikh 28 Oktober, kapal cruiser ringan Jerman, SMS Emden yang dibawah perintah Lt Komander Karl Von Muller, berangkat menuju ke Georgetown dalam satu misi serbuan.

Kapal Jerman itu mendekati Pulau Pinang pada jam 04:30, bergerak dalam penyamaran dengan memasang cerobong asap palsu yang menjadikan kapal SMS Emden kelihatan tidak ubah seperti sebuah kapal penjelajah British, ia berjaya membantu Jerman mencapai jangkauan posisi yang diperlukan untuk menyer*ng.

Sebaik saja Emden berjaya memasuki kawasan pelabuhan, panji-panji t3ntera laut Jerman dikibarkan dan ser*ngan pun bermula, SMS Emden melancarkan tembakan torp*do terhadap kapal Zhemchug, satu tembakan yang menyebabkan kerosakan teruk tanpa sebarang peluang untuk kapal Rusia itu pulih.

Zhemchug juga turut membalas bedilan Emden, tetapi dalam masa beberapa minit sahaja ser*ngan torp*do yang kedua mengenai tepat ke bahagian magazin pelancar misil hadapan, lalu menyebabkan berlakunya satu l*tupan besar.

Sebaik sahaja kapal Rusia itu hampir karam sepenuhnya, sekumpulan para nelayan Melayu tempatan berangkat menaiki bot-bot kecil untuk  menyelamatkan para pelaut Rusia.

Lebih 100 nyawa pelaut Rusia berjaya diselamatkan oleh nelayan-nelayan Melayu. Korb*n keseluruhan dalam ser*ngan itu telah meragut sebanyak 88 nyawa, dan turut mencederakan seramai 121 pelaut.

Sekutu Yang Saling Menuduh

Semasa pertemp*ran itu berlangsung, Komander Cherkassov hanya mampu menyaksikannya dengan rasa ketakutan dari jendela Hotel ketika kapalnya tenggelam ke dasar Selat Melaka.

Dia kemudian dibicarakan di mahkamah tentera kerana kelalaian ketika bertugas dan dijatuhi hukuman 3.5 tahun penjara, serta diturunkan pangkat dan statusnya selaku pegawai Angkatan Laut Imperialis Rusia dan anggota bangsawan Rusia.

Hanya beberapa jam saja setelah kapal Zhemchug tenggelam, sebuah kapal pemusn*h Perancis bernama Mosquet yang baru kembali dari tugas rondaan, menuju ke pelabuhan.

Mosquet cuba mengejar SMS Emden, namun malangnya, kapal Perancis itu juga karam digany*ng kapal penjelajah ringan Jerman itu dan menyebabkan seramai 47 pelaut Perancis terkorb*n dan 36 yang lain cedera.

Seperti kebiasaan yang berlaku dalam beberapa siri ser*ngan bersejarah melibatkan pelabuhan, sebenarnya sudah berulang kali amaran dan peringatan yang melibatkan maklumat risikan awal mengenai kemungkinan berlakunya ser*ngan yang tinggi telah diberikan kepada pihak berkuasa pelabuhan British, tetapi mereka gagal mengambil tindakan susulan.

Tiada sebarang persiapan per*ng dilaksanakan. Ini berlaku kerana persepsi selamat bahawa “Pelabuhan Pulau Pinang di George Town lazimnya hanya digunakan oleh kapal dagang Sekutu dan tentera laut British.”

Kecuaian ini hakikatnya menjadikan Pulau Penang sebagai sasaran yang lebih mudah lagi jelas bagi Jerman. Selepas berakhirnya pertemp*ran itu, pihak Inggeris berusaha untuk mendiamkan akhbar-akhbar tempatan kerana cuba lari dari bertanggungjawab dan tidak mahu dikritik.

British bahkan dengan tidak semena-mena menyalahkan rakan sekutu mereka sendiri iaitu Perancis kerana atas sikap ‘pengecut’ dan Rusia disalahkan kerana ketidakcekapan mengendalikan pertemp*ran laut.

Ingatan Dan Terima Kasih Dari Rusia

Setelah 100 tahun semenjak pertemp*ran itu berlaku, Duta Besar Rusia ke Malaysia pada tahun 2014, Lyudmila Vorobyeva telah mengunjungi Pulau Pinang bagi menghadiri satu upacara bagi memberi penghormatan kepada para pelaut Rusia yang terkorb*n dan menzahirkan rasa terima kasih kepada para nelayan
Melayu yang gagah berani.

Beliau memuji tindakan nelayan-nelayan tersebut dengan menganggap walaupun pada saat itu negara Malaysia belum dilahirkan dan masih tiada sebarang jalinan hubungan diplomatik secara rasmi, ia membuktikan dalam sejarah bahawa wujudnya hubungan dan sifat kemanusiaan yang sebenar.

Fitrah naluri manusiawi dan toleransi yang ternyata sangat tebal dan sebati dalam jiwa orang Melayu hingga ke hari ini, benar-benar terbukti apabila nelayan tempatan berbangsa Melayu tidak berfikir panjang dan terus meredah ombak dengan kapal kecil mereka demi menyelamatkan orang asing yang mereka tidak kenali iaitu pelaut Rusia yang sedang lemas.

Ramai pelaut Rusia yang bukan sahaja telah diselamatkan, mereka bahkan dijaga dan dirawat oleh penduduk tempatan dan mereka terus tumpang berteduh secara ekspatriat di Pulau Pinang.

Kebanyakan dari mereka ini tinggal dan dirawat selama empat bulan di Pulau Pinang sebelum mereka bertolak pulang ke Vladivostok.

“Rusia tidak akan sesekali melupakan tindakan yang mulia ini dan Pulau Pinang akan sentiasa mendapat tempat yang paling istimewa didalam hati kami rakyat Rusia,”Lyudmila Vorobyeva

Seramai 88 orang kru kapal Zhemchug terkorb*n kerana ser*ngan itu namun hanya sepuluh sahaja yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Barat George Town, dan dua dikebumikan di Pulau Jerejak.

Tiada sebarang catatan tentang di mana korb*n yang selebihnya dikebumikan, boleh jadi mungkin m*yat yang selebihnya tidak pernah berjaya ditemui. Di Pulau Jerejak juga turut dibangunkan satu struktur monumen sebagai tugu bagi memperingati para pelaut kapal Zhemchug yang terkorb*n itu.

Selepas pemerintahan monarki Empayar Rusia diruntuhkan sebelum sempat pun Per*ng Dunia Pertama berakhir, monumen tersebut kekal dalam struktur asal sebelum pihak kerajaan Kesatuan Soviet mengubahsuai tugu tersebut pada tahun 1972 dan 1987.

Setiap kali pelaut Rusia berlabuh di pelabuhan Georgetown, mereka akan memastikan mereka pergi mengunjungi tugu tersebut, ia seolah-olah menjadi satu kewajiban ziarah  bagi mereka.

Selain dari menempatkan tempat persemadian untuk 10 orang pelaut Rusia yang terkorb*n dalam Pertemp*ran Pulau Pinang, ia turut menempatkan kubur-kubur untuk penduduk tempatan, orang Inggeris dan bangsa dari negara asing yang lain seperti Perancis dan Armenia.

RUJUKAN:

  • The Star : The Battle of Penang : https://www.thestar.com.my/Lifestyle/Features/2014/06/28/The-Battle-of-Penang/
  • The Malaysian Insider : Russia Remembers Malaysian Fishermens Help Commits to MH17 Investigations : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/russia-remembers-malaysian-fishermens-help-commits-to-mh17-investigations
  • SMS Emden : http://www.worldwar1.co.uk/emden.html

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.